Search This Blog

Monday, April 5, 2010

Menarik di Hulu Selangor...


Salam,


Berikut dinukilkan beberapa perkara menarik berkaitan P.094 Hulu Selangor, untuk tatapan semua, khusus untuk pucuk pimpinan BN. Harapannya boleh membantu dalam memutuskan calon yang bakal dijadikan ayam sabung merampas kembali kerusi ini dari tangan PKR.


1. Keputusan PRU 2008:


P094 - HULU SELANGOR
Peratus keluar mengundi 75.24
Undi Rosak 1,466
Majoriti 198
1. PALANIVEL A/L K. GOVINDASAMY (BN) 22,979
2. ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD (PKR) 23,177

N09405 - HULU BERNAM
Peratus keluar mengundi 73.69
Undi Rosak 318
Majoriti 3,549
1. MOHAMED IDRIS BIN ABU BAKAR (BN) 7,985
2. ABDUL SUKOR BIN ALI (PAS) 4,436

N09406 - KUALA KUBU BAHARU
Peratus keluar mengundi 73.20
Undi Rosak 549
Majoriti 448
1. WONG KOON MUN (BN) 6,555
2. K ANNAMALAI RAMU A/L KANDASAMY (DAP) 6,107

N09407 - BATANG KALI

Peratus keluar mengundi 77.87
Undi Rosak 404
Majoriti 2,179
1. MOHD. NASHRUDDIN BIN ABD. AZIZ (PKR) 9,545
2. MOHD. ISA BIN ABU KASIM (BN) 11,724


2. Majoriti yang diterima BN dari ketiga-tiga DUN berjumlah 6719, tetapi BN kalah 198 undi di kerusi Parlimen.


3. Terdapat 5981 pengundi memangkah BN di peringkat DUN tetapi tidak mengundi calon BN di peringkat Parlimen.


4. Jumlah undi rosak 1,466, jauh lebih banyak daripada majoriti kemenangan PKR, 198.


5. Sejak PRU 2008, 9 PRK telah dijalankan. Tiada seorang pun calon yang kalah dalam PRU dicalonkan semula oleh BN.


6. Kemenangan PRK ini penting untuk moral BN, ketika PKR sedang porak-peranda!


5 comments:

Anonymous said...

salam ustazSAID,

kalau diamati penolakan sebenar PRU12 adalah pd paklah dan KJ bkn kerana calon. pengundi2 hulu selangor marah pd dua2 insan tadi.mereka sengaja nak bagi pengajaran pada kerajaan persekutuan.
ni pendapat saya lah?

~kwn~

Anonymous said...

kalau dilihat dengan teliti, majoriti yang dimenangi oleh calon UMNO adalah lebih tinggi berbanding calon dari parti komponen lain, bermakna pengundi di Hulu Selangor mahukan calon dari UMNO untuk menerajui P094

Unknown said...

Salam Ustaz,

Sebenarnya P94 kubu kuat BN. Kekalahan calun MIC pada PRU12 kerana undi protest - protest calun MIC.

Anonymous said...

janganlah kerana 1 kerusi sahaja, komponen BN nak berebut/ bergaduh...pikirkan PRU ke 13 kelak... isu berebut kerusi ini pasti akan digunakan PR masa PRK ini nanti...sesiapa pun yg DS Najib pilih...kene sokonglah... ini masa terbaik untuk halau PKR keluar dari Hulu Selangor

YANG GAMBI said...

Salam Ustaz,

Kawan setuju dgn artikel tuan ini...

Kekadang kita kena juga berfikir, khususnya penyokong-penyokong UMNO, apakah UMNO hanya mahu mencapai kemenangan di P94 saja ?

Tidakkah UMNO akan menghadapi p/raya yg paling besar di PRU13.... UMNO memerlukan sokongan serta kesetiaan parti-parti komponen dlm BN untuk menerajui kerajaan, bagaimanakah kalau parti-parti dlm BN yg mewakili kaum-kaum bukan Melayu sudah tidak yakin pada UMNO ?

Kawan rasa sikap tamak, perlu dihindarkan dlm PRK P94.... renungilah... waima siapa saja yg dipilih, sikap setia kawan perlu kita pegang dan hurmati....

Itu hanya pandangan kawan, kalau boleh diterima sahabat-sahabat semua yg cintakan UMNO...

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin