Search This Blog

Saturday, April 17, 2010

Nota Tambahan : Kenapa Zaid Mesti Ditolak!


Salam,

Pencalonan Zaid Ibrahim nampaknya semakin hari semakin mendapat 'tentangan'. Dengan track-record tang pelbagai warna dan ragam, nasib Zaid di Hulu Selangor hanya akan diketahui pada 25hb ini. Sama-sama kita tunggu...

Sambil kita menunggu bagaimana pula nasib PKR. Dalam sibuk berkempen, ADUN Bakar Arang pula keluar parti. Tapi biasalah, penyokong PKR akan kata ini proses pembersihan parti!

Sebagai tambahan artikel Muhamad Azli Shukri sebelum ini, dinukilkan pula tulisan blog Satumalitiga, yang mendedahkan 'kecacatan' Zaid sebagai taruhan PKR - yang kata penyokong tegar PKR - bakal PM Malaysia. Selamat membaca...

1. KITAR SEMULA! Itulah gelaran yang diberikan oleh pemimpin dan penyokong PAS, PKR dan DAP kepada calon-calon BN sekiranya meletakkan calon yang pernah kalah atau digugurkan untuk bertanding semula di dalam sesuatu pilihan raya. Tan Sri Isa Samad contohnya, ketika bertanding di Bagan Pinang dihumbarkan kata cercaan sedemikian tanpa henti. Malah sekiranya G. Palanivel dicalonkan semula oleh BN di Hulu Selangor, maka gelaran itu juga akan turut dicanang kepadanya.


2. Menariknya di Hulu Selangor, PKR lebih pantas berbanding BN dalam meletakkan calon kitar semula malah uniknya ialah calon berkenaan juga merupakan katak (dari satu parti ke satu parti yang lain) yang terbuang (dipecat!
) dalam arena politik. Selayaknya, gelaran yang sesuai diberikan kepada calon berkenaan ialah KATAK BUANGAN KITAR SEMULA bagi menonjolkan keunikkan yang ada padanya.


3. Kelebihan Katak Buangan Kitar Semula PKR ini ialah beliau bukan saja pernah menjawat jawatan Menteri Kabinet (tetapi digelar Menteri Paling Celaka oleh yb_pmn di Tranungkite@Online ), malah pernah digugurkan sebagai calon PRU 2008 dan dipecat dari UMNO. Sisa buangan inilah yang kini dikutip dan dijadikan calon PKR. Persoalannya, adakah PKR ketandusan pemimpin di Hulu Selangor sehingga terpaksa mengharapkan kepada sisa buangan UMNO untuk diangkat sebagai calon pilihan raya? Sisa buangan yang dibawa dari Kota Bharu, Kelantan pula tu!


Selanjutnya baca di sini : http://satulimatiga.blogspot.com/2010/04/harakahdaily-hentam-zaid-ibrahim-calon.html

10 comments:

abe awe said...

ustad said,
PR MENANG..BN KALAH...JGN MARE

abe awe said...

ustad said,
saya suka blog ustad, sebab majoriti ustad sokong PAS...sebilangan kecil..mcm ustad ni sokong UMNO

ISAC said...

Salam ziarah.

Tuan mohon linkkan dengan blog kawan; http://bumiyang.blogspot.com/

USD said...

Salam, Bumiyang: sudah dipautkan...selamat bjuang!

Datu Sulaiman said...

Ustaz,
Sebenarnya UMNO takut akan ketokohan Datuk Zaid..Beliau meninggalkan UMNO dan segala kemewahan bersama UMNO kerana beliau tahu bahawa UMNO sudah tidak releven..Sebenarnya UMNO takut apabila PKR mencalonkan Datuk Zaid..Kasihan UMNO/BN kerana hanya gah di tv dan suratkhabar yang menyokong mereka.

Sama-sama kita mendoakan semoga para pengundi Hulu Selangor mentalkin BN yang dipimpin UMNO pada PRK 25 hb ini.

Che Awe Donde said...

salam

Biar apapun ustaz nak cakap kat dato' zaid dan kalu mu nak jelas apa yang dato' zaid cakap bacalah sendiri penjelasan beliau dalam web greenboc. apa sebab beliau cabar hudud. dan bela lina joy.

bagi kawe kes lina joy adalah satu lagi kelemahan peranan badan islam dalam kerajaan bn, kerana gagal memberi tunjuk ajar dan bimbingan dan ambil tahu ttg kehidupan lina joy selepas peluk islam.

bagi saya baik kita bagi kan hak kepada lina joy balik pada agama asalnya kerana beliau tidak pernah amalkan apa itu agama islam. adakah kita nak umat islam kualiti macam itu, bagi saya kita nak penganut islam yg berkualiti , istiqamah, mati dan berkorban nyawa dan harta kerana islam dan peluk islam bukan kuantiti semata-mata2. ada paham

Anonymous said...

BN akan tumbang di hulu selangor mejoriti orang melayu kecewa pada PM yang bangang dan bodoh dalam memilih calon.

felda sungai buaya.

Anonymous said...

Hidup Zaid Ibrahim, mesti menang. Blog-blog penyokong UMNO memang begini perangai, cari gali keburukan lawan, macam depa baik sangat. Ustaz pun suka sebar fitnah yg orang lain tulis juga, apa bezanya? Macam di tv lah, orang dah muak isunya asyik burukkan pembangkang. At least Zaid seorang tokoh yang berpendirian,berilmu dan tak sokong pemimpin membabi buta macam pengampu-pengampu lain yg sokong ketua walaupun apa yg dibuat salah. Zaman dah berubah, cerita-cerita begini dah tak laku, orang makin bijak berfikirlah.

aswancc said...

.
Ahli UMNO merasa kecewa dan sedih sekali,
kerana UMNO gagal mewakili Barisan Nasional.....
Oleh itu agaknya siapa yang akan menang besar di HULU SELANGOR ?
[1] http://www.facebook.com/album.php?aid=20589&id=1788786723
[2] http://sites.google.com/site/n25kajang/1
.

aswancc said...

.
Ahli UMNO merasa kecewa dan sedih sekali,
kerana UMNO gagal mewakili Barisan Nasional.....
Oleh itu agaknya siapa yang akan menang besar di HULU SELANGOR ?
[1] http://www.facebook.com/album.php?aid=20589&id=1788786723
[2] http://sites.google.com/site/n25kajang/1
.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin