Search This Blog
Tuesday, April 27, 2010
Syed Husin Teringin Jadi Calon...
Salam,
Selepas melihat Zaid Ibrahim tewas 1725 undi di Hulu Selangor, Syed Husin Ali rasa geram sangat...
Apa kejadahnya si Zaid ni tak mampu mempertahan kerusi Parlimen untuk PKR. Satu lagi kerusi hilang, selepas empat MP keluar parti menjadi bebas. Macam ni susah la nak tawan Putrajaya. Bukan tambah kerusi, kerusi yang ada pula hilang. Lama lagi la nak rasa jadi menteri. Entah sempat ke tidak?
Zaid ni harap nama ja besar...bekas menteri, bekas MP, bekas itu, bekas ini, satu sen pun tak guna. Dengan budak mentah nama Kamal pun tak boleh menang. Nasib baik BN tak bubuh calon Umno, kalau tidak, sure hilang deposit. Tuan Syed ni geram sangat...
Anwar ni pun satu. Letak la calon kualiti sikit, moral bersih dan tak dipersenda orang. Carilah orang tempatan, senang sikit nak kempen. Ni dari hari pertama sampai hari mengundi, kerja defend peribadi Zaid ja. Kena serang dari segenap penjuru. Nak marah tak boleh la, sebab kerja serang peribadi memang kerja PKR sebelum ni.
Marah betul Tuan Syed. Marahnya sampai cadang adakan pemilihan untuk Dewan Negara pula. Rasa lemah ja jadi YB tak menang pilihanraya, jadi YB tiada kawasan. kena panggil pula YB Senator....tak glamer langsung.
"Ketiga, kami akan mengambil langkah-langkah yang sesuai dan perlu agar akhirnya majoriti ahli-ahli Senat hendaklah dipilih oleh pengundi-pengundi dalam pilihanraya, dan bukan dipilih oleh Dewan Undangan atau dilantik oleh Agong, selaras dengan kuasa yang diberi oleh Fasal (4b) dalam Perlembagaan Malaysia. Sebagai permulaan, kami mendesak supaya seorang yang ditambah dari tiap-tiap Negeri nanti hendaklah dipilih melalui satu pemilihan umum di Negeri masing-masing. "
Hai Tuan Syed, rasa nak jadi calon pilihanraya Dewan Negara pulak?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Ustaz said..
Ini satu tuduhan tidak berasas yang mana boleh di dakwa di mahkamah,bersedia jumpa di mahkamah.
Peguam PKR.
Sdr ustaz Said...
Mengapakah sdr suka merepek macam ni,tak usahlah bangga sangat, menang 1725 saja tu..dan kalau dikira ikut bahagian DUN, konon cerita, DUN Batang Kali dan DUN KKB..,kalah..?
Marilah bercakap secara pro, sikap ustaz macam menyebabkan rakyat makin menjauhi BN...Nanti kalau ditakdirkan Peaufort jatuh ketangan PKR pada PRU 13 nanti, berlagu tak berirama sdr..
Puak-puak PKR,
PKR menang majoriti 198 pun menangkan. Kenapa nak bising bila BN menang lebih 1700.
Dah kalah buatlah cara kalah. Suruh aje anwar bersumpah habis cerita.
Tak usah cakap banyaklah kalau harapkan undi dap kafir harbi saja.
anony 11:21pm...
mengapa bising-bising pasal 1725...
Walaupn 198 saja dulu, tapi sebelum itu PKR tidak bongkak dan riak letak sasaran itu sasaran ini. Dalam kes yang 1725 ni, kami ungkit sebab walaupn kalah tapi kami tidak malu sebab BN kata, mereka akan menang besar lebih 6000 undi....jadi sekarang mana itu 6000 majoriti ? Mana ? melainkan memang sikap Bn takabur..bongkak !
Kami terima kekalahan, tidak apa, kasih pinjam saja sama BN, PRU 13 nanti kita ambil semula...
laaaa... tak abis lagi?
hehehehe
cuba baca apa aku tulis di bawah ini sebagai pengenalan diri aku.
aku yang bingai
e-Direktori Bloggers Malaysia
Post a Comment