Search This Blog

Friday, June 19, 2009

Bukan Penasihat Tapi Punahsihat!


Salam,

Di kalangan pemimpin, tidak kira pemimpin kerajaan, pemimpin BN atau pemimpin Pakatan Pembangkang, pasti wujud di keliling mereka sekumpulan penasihat. Peranan penasihat ini sesuai dengan namanya, tentulah memberikan nasihat yang berguna untuk kebaikan 'bos' mereka.



Penasihat yang baik akan menyatakan apa yang benar untuk dilaksanakan dan apa yang salah untuk dijauhi. Jarang ada penasihat yang berani seperti ini. Kebanyakannya bersikap mengampu dan memberikan nasihat yang salah.


Penasihat yang bersikap mengampu, tidak akan berani menyatakan kebenaran. Walau salah akan dikata benar, asalkan ia disukai oleh bos mereka. Kebanyakan penasihat jenis ini akan mengiakan sahaja kata-kata bos mereka.


Wujud pula sejenis penasihat yang salah. Sama ada disedari atau tidak oleh bos mereka, penasihat jenis ini sering memberikan nasihat yang tidak tepat, hingga menyebabkan imej bos mereka terjejas. Akibat diberi nasihat yang salah, maka tindakan susulannya pun ternyata salah.


Khabarnya, seorang Ketua Pemuda Umno Bahagian telah dinasihatkan supaya menyimpan rapi senarai keahlian pemuda cawangan. Ketika mesyuarat cawangan Umno yang sedang berlangsung sekarang hingga penghujung bulan ini, sepatutnya senarai tersebut diedarkan ke cawangan yang terlibat.


Penasihat ini dikhabarkan memberitahu bosnya, senarai keahlian tersebut adalah sulit dan tidak boleh diedarkan sesuka hati, ditakuti terlepas ke tangan pihak lawan. Begitu peka penasihat ini sehingga senarai keahlian pun diklasifikasi sulit!


Akibat bos mengikut sahaja kata sang penasihat tanpa bertanya kepada pihak lain yang lebih berpengalaman, maka diperamlah senarai keahlian tersebut. Soalnya, bagaimana pemuda cawangan hendak mengadakan mesyuarat cawangan tanpa mengetahui senarai keahlian terbaru? Di mana hendak dirujuk senarai keahlian terbaru ini?


Bos dan penasihat...sama saja. Hendak dikata dungu, tidak mungkin. Cuma mungkin kerana takut dengan bayang-bayang dan kurang keyakinan diri, maka taktik zaman purba yang selalu digunakan - menyimpan senarai keahlian - masih lagi diamalkan pada zaman maklumat cuma di hujung jari!


Bukankah senarai keahlian terbaru itu milik cawangan dan urusetia cuma menyimpan salinannya sebagai rujukan. Daripada senarai tersebut dapatlah diketahui jumlah ahli pemuda yang terkini, kerana pemuda yang melebihi umur 40 tahun secara automatik akan gugur keahlian pemudanya dan terkeluar daripada senarai tersebut.


Malanglah nasib Pemuda Umno dan Umno keseluruhannya, memiliki pemimpin muda dan kumpulan penasihat yang sedemikian rupa. Keliru dan mengelirukan. Orang tua berpesan: Bodoh tidak boleh diajar, Cerdik tak boleh diikut!


Lagi malang ahli pemuda bahagian berkenaan. Dek kerana penasihat yang bodoh sombong, diikuti pula oleh 'Bos' yang bagai kerbau dicucuk hidung, maka terhasillah keputusan yang tidak bijak - menyimpan senarai keahlian buat pekasam!


Mungkin ini bukan penasihat tapi Punahsihat!

8 comments:

Aspirasi said...

Nik Aziz semakin nyanyuk.. dah tua-tua ni masih gila kuasa... ada yang kata macam firaun nak pegang jawatan sampai mati. dulu dia kata tun mahathir kini depa pulak yang kena.. tuhan dah tunjuk kat dunia lagi,..

Anonymous said...

org klate
pada Aspirasi, bukan Nik aziz yg nyanyuk kamu tu yg nyanyuk, ada mata tak nak lihat, ada telinga tak nak dengar ada akal tak nak guna utk berfikir apa yg TGNA cakap,

kawe sokon 100% apa yg nik aziz kata, kalu nak kerajaan perpaduan kena libatkan semua parti di malaysia, bawa berbincang apa syaratnya, apa kebaikanya apa keburukanya. apa yg parti dapat dari segi pembahagian kabinet. kata I malaysia. kena lah buat 1 alal pati dimalaysia. yg dok sibuk nak berpadu dgn pas buat apa, pas sekarang dah jadi pasangan yag sah seperti suami isteri dengan PR spt umno dgn BN. tindakan umno ini umpama seorang lelaki yang dok pi mengurat bini orang dan tuduh suami org tu macam2 benda buruk dan tak betul. kerana bini mereka sekarang dah tak berapa elok lagi atau dah sesen kata org sekarang.

kalau umno/bn nak kepada pas kenalah tanya rakan dalam PR setuju ke tak, ni asyik dok main pintu belakang buat apa.

lain kali kalu tahu nak menilai apa yg TGNA kata baik tuan senyap nanti bila bercakap tanpa ada kajian maka tahulah kebodohan dan kedunguan kita.

I' M SORI.

TAAVEEKUN PERAK said...

Wahai org kelate
Kenape anda bodoh bebeno,anda tak faham lagi ke tujuan perpaduan UMNO dan PAS? Tujuan nya adalah untuk memperkukuhkan kedudukan orang Melayu dan Islam ianya priority.Awat benak bebeno kepala otak anda.Kalau perpaduan tu termasuk dgn Pkr dan Dap dah jadi Umno pun menyokong keganasan,liwat dan budaya BABI macam PAS sekarang.Umno nak selamatkan PAS yg dah jauh terpesong dari landasan di bawah penasihat PAS iaitu Si Nik Ajih yg dah menopose dan nyanyok tu.Masih tak faham?

Anak Lenggong said...

ORG KLATE NIE PUN SMA NYANYUK CAM NIE AJIS JUGAK YANG MINTA BERUNDING DENGAN SEMUA PARTI DALAM PR TU BUKAN NIK AJIS CAKAP LAA..TAPI MUTAPA ALI SETIUSAHA PAS TU...KAH KAH KAHMU PUN NYANYUK SUPA NIK AJIS JUGAK NAK SOKONG TU BIAR LAH BERTEMPAT DAN JANGAN NAK ANGGAP ORANG LAIN PUN BOLEH DIPERBODOHKAN SERUPA MU

matlan said...

asalamualaikum ustaz, kalau aku punya pendapat, nik aziz tu bukan nya nyanyuk, tapi beliau ada pandangan yang orang lain tak nampak, saya setuju dengan nik aziz, pas tak perlu nak gabung dengan umno untuk bentuk kerajaan perpaduan, tapi aku punya pendapat yang lain, pas juga tak perlu bergabung dengan pkr dan Dap untuk bentuk pakatan rakyat, kerana kalau pas tak setuju dengan idiologi umno, pas perlu tolak idiologi pkr dan dap secara total kerana idiologi mereka ini lebih tidak islamik jika dibandingkan dengan umno.....pas tak perlu bergabung dengan umno demi kepentingan dan kekuatan melayu dan orang2 islam di malaysia,....pas hanya perlu jadi pembangkang yang kuat, agar bertindak sebagai penegur kepada kealpaan atau keterpesongan pemimpin2 umno yang hanyut di buai kuasa dan kekayaan......dan pas tidak perlu di perkudakan oleh pkr dan dap untuk menjatuhkan umno seperti apa yang mereka buat di perak...apa yang penting pas perlu menjadi parti penegur yang kuat kepada umno demi masa depan umat islam dan melayu di malaysia.....allah hu alam,

komen aku pasal ketua pemuda yang peram senarai pemuda cawangan ni, kalau penasihat dah yang dungu dan bodoh2 belaka, maka ketua pemudanya pun ikut juga la jadi ketua kepada pemuda dungu dan bodoh....ketua pemuda lebih bodoh kerana ikut nasihat si bodoh...sedihnya kalau masih ada ketua pemuda yang macam ni, ingatkan dah pupus....allah hu alam

USD said...

Salam...
1. Yang cetuskan idea Kjaan Ppaduan ni ialah PAS mlalui Presiden. Ini kena difahami. Umno cuma setuju tanpa syarat. So, isu Umno nak ngurat bini orang x timbul.
2. Stuju dgn Matlan...PAS x payah stuju dgn Umno, cuma yg org tanya klu dgn Umno yg Muslim x stuju, apa hal dgn DAP yg terang2 menolak Islam!
3. Bukankah Kjaan Ppaduan ni elok...Islam pun ajar mcm tu!

jaket ija said...

Ciri2 penyokong UMNO:
-bodohkan orang
-nyanyukkan orang

us said:
-islam tak ajar tindas orang
-islam tak ajar penjarakan orang tanpa bicara
-islam tak ajar harta kerajaan jadi harta BN

Datu Sulaiman said...

Sdr.Matlan telah memberi pandangan yang rasional dan bernes. ASPIRASI dan RAHMAN Achong, adakah anda fikir dengan mengutuk dan memaki caci orang yang tidak sependapat dengan kamu akan menyebabkan mereka kemudian akan menyokong parti kamu? Jadilah rakyat Malaysia dan orang Melayu yang rasional seperti sdr Matlan.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin