Search This Blog

Wednesday, June 24, 2009

'Denial Syndrome'


Salam,


Satu Malaysia tahu dan menyedari bahawa Umno ketika ini sedang sakit. Umno sedang menghadapi masalah kemerosotan sokongan di kalangan rakyat, khususnya orang Melayu.


Petanda jelas masalah ini dapat dilihat melalui keputusan PRU12 setahun lalu. Umno bersama gabungan BN bukan sahaja kehilangan majoriti 2/3 malah terlepas genggaman di 4 negeri, selain terus kempunan di Kelantan.


Pelbagai usaha telah dilakukan untuk memulihkan Umno. Sama ada ia berjaya atau tidak belum dapat dipastikan. Namun, daripada beberapa siri PRK yang berjalan, nampaknya masih banyak usaha yang perlu dilaksanakan Umno untuk kekal relevan.


'Musibah' yang berlaku ke atas Umno, diakui pucuk pimpinan termasuk Presiden dan segenap ahli dan penyokong. Sebab itu, wujud ungkapan : Umno Mesti Berubah atau Rebah?


Namun usaha pemulihan tidak mungkin berjaya sepenuhnya jika masih wujud gejala Sindrom Penafian. Di Sabah, seorang pemimpin kanan Badan Perhubungan Umno Negeri yang juga Ketua Umno Bahagian dalam ucapannya merasmikan satu acara baru-baru ini berkata Umno masih kuat dan kata-kata Umno lemah adalah gimik pembangkang!


Tidak pula diketahui apa tujuan pemimpin tersebut berkata demikian. Barangkali masih seronok Sabah dan Sarawak menjadi penyumbang kerusi terbanyak untuk mengekalkan dominasi BN/Umno di Dewan Rakyat, seterusnya membentuk kerajaan. Berasa seronok kerana BN/Umno menang selesa di Sabah.


Atau pun, kata-kata demikian terhambur kerana untuk menyedapkan hati pemimpin dan ahli-ahli Umno yang mendengar ucapan. Diketahui, ketika ini ahli Umno sedang keresahan, menanti langkah Umno seterusnya menangani situasi semasa yang kelihatan tidak memihak Umno. Resah juga melihat gelagat segelintir pimpinan Umno di peringkat pertengahan yang masih syok sendiri!


Mungkin juga pemimpin ini 'buta' dan 'pekak', gagal melihat dan mendengar isyarat perkembangan persekitaran yang terang lagi bersuluh, sememangnya Umno ketika ini berdepan cabaran getir. Tersilap langkah, kuasa di tangan akan terlepas...


Diharapkan pemimpin ini - dan pemimpin Umno lain - segera bangkit dari lamunan dan mimpi indah. Mengelak sindrom menafikan hakikat sebenar yang berlaku. Mungkin ahli dan penyokong Umno boleh 'dikelirukan' dengan retorik kekuatan Umno melalui ucapan yang muluk-muluk, tapi realiti sebenar tidak mungkin dapat dinafikan!


Sindrom penafian ini hanya akan melengahkan usaha pemulihan malah boleh pula mempercepatkan jangka hayat berakhir!

8 comments:

Adisaputra said...

saya bersetuju dengan pandangan saudara...mungkin kemerosotan UMNO sekarang adalah disebabkan segelintir pemimpin yang hayal dengan kemewahan dan kekuasaan sehingga mengabaikan kawasan masing2..di kawasan saya misalnya, walaupun di wakili oleh seorang tim menteri tetapi pembangunan masih lagi perlahan kalau pun ada sekadar jalan yang di turap kembalu atau jambatan yang masih dijanjikan ataupun dewan yang masih dalam pembinaan(untuk maklumat di kawasan pekan saya ini terdapat lebih 5 buah dewan, untuk apa dewan yang banyak , kan baik peruntukan itu disalur untuk membina kilang) ...kami sebenarnya lebih mahukan lebih dari itu seperti kilang2, pusat2 perlancongan yang banyak disini atau apa sahaja yang boleh menjana ekonomi kami di samping menawarkan peluang pekerjaan kepada golongan muda seperti kami agar kami tidak lagi ci label sebagai sumber gejalah sosial..

Datu Sulaiman said...

Salam ustaz,

Apa hendak dikatakan lagi. Paling membingungkan bila mana ketika ini ada pula penyokong dan pendokong UMNO mengambil pendekatan memaki hamun, menghina, mencaci dan mencarut untuk mengutuk parti dan pemimpin pembangkang.Dengan cara itu mereka berharap orang akan kembali menyokong UMNO.. Ini adalah kebebalan yang tambah membawa rebah..

khabarnya bila Nizar melaungkan 'hidup rakyat' dan memakai lilitan 'bubar DUn Perak' di Dewan Rakyat, ada pula pemimpin UMNO yang memberi ulasan dengan menyifatkan Nizar sebagai 'putus wayar'.. Mungkin pemimpin itu merasakan dirinya amat pintar dan betul.. Kalau beginilah mentaliti para pemimpin UMNO maka kita tunggu dan lihat saja hingga PRU 13 nanti..Rakyat sudah berubah dan amat malang jika para pemimpin UMNO masih dibuai dengan kenikmatan dan kemewahan hidup.

Datu Sulaiman said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Datu Sulaiman said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Datu Sulaiman said...

minta maaf ustaz, komen ini terdouble klik..tolong delete yang selebihnya..

Ajin b. Gagah said...

Sdra Ustaz,
Artikel yang menarik. Rumusan pun bernas. Komen dari Adisaputra dan Datu Sulaiman, walau pun berbentuk provokasi, namun terdapat banyak kebenaran.

Seada nya memang tidak dapat dinafikan UMNO maseh kuat dan maseh melekat di hati majoriti pengundi Sabah yang ber agama Islam.

Kenapa? kerana hingga hari ini kita belum lagi mempunyai parti alternatif ( saperti PAS di Semenanjung) yang memperjuangkan
nasib orang-orang Islam di Sabah.

Parti-parti yang sedia ada, tidak menjaminkan keluhuran mereka untuk 'hidup dan mati bersama kita'.

Kerana kesedaran ini lah yang mengalakkan Pemimpin-Pemimpin UMNO untuk tidak perihatin terhadap isu-isu turun padang dan transformasi dikalangan mereka.

Walau pun theori Ustaz "Denial Syndrome" timbul sebagai ingatan kepada pemimpin-pemimpin ini. Rasa nya mereka tidak akan kisah sangat perihal saperti ini.

Seada nya, mereka tahu dan percaya bahawa selagi 'perubahan sempadan' (sebanyak 34 kawasan ADUN dan 13 kawasan MP) yang di 'manipulation' untuk UMNO; itu kekal, selagi itu mereka rasa selamat. Dan merasakan akan memimpin sepanjang hayat yang mereka mahu.

Berpandukan sejarah, bukan mudah untuk merubah minda orang-orang kita untuk memilih parti lain selain dari UMNO.

However, berpandukan kepada sejarah juga kita pernah di kejutkan oleh PBS. Parti yang berani lari dari 'streamline' pemerentahan BN.

Dalam keadaan yang amat selesa ini, pemimpin-pemimpin UMNO Sabah harus ingat bahawa sudah timbul fenomena perubahan golongan pengundi. Kebangkitan luar jangka bilangan pengundi dari golongan muda. Kalau dulu, kebanyakan pengundi ada lah terdiri dari 'beliau-beliau, 'Pacik-Pacik', orang lama dsn.
Tapi kini, saperti penyakit cancer, pengundi baru ini boleh mengancam trend pengundian yang lama.

menurut 'projection statistic' mereka ini akan berkembang mendehului pengundi yang sedia ada di masa akan datang.

Golongan yang banyak terpengaruh oleh dunia 'cyberspace' dan situasi yang mereka lihat di sana sini...gejala kemiskinan dan jurang pengangguran yang melanda keluarga mereka.

Tidak kira mereka ini terdiri dari rumpun yang beragama Islam kah atau yang lain, pendirian mereka tetap sama. kadang-kadang menakutkan.. dahysat

Salam dan fikir-fikirkan ;lah

USD said...

Salam,
Adisaputra : Inilah masalahnya...byk tindkn dbuat x m'ikut prioriti.
Datu Sulaiman : Komen lain sudh dipadam.
Solymone : Kdg2 hujan turun tiba-tiba, tanpa ada mendung sbg petanda. Fahaman Umno Sabah kuat jgn sampai melekakan, sbb di Sgor, Perak NS dsb sblum 2008 pun Umno kuat. Hasilnya boleh kelihatan skg!

Lilis Indrawati said...

Umno mesti berubah atau rebah..

Sebagai bangsa tetangga, saya tidak bisa berkomentar tentang hal itu.
Bisakan Anda memberikan gambaran tentang sebab musabab mengapa bisa begitu, Ustadz...?
Terima kasih...

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin