Search This Blog

Monday, June 29, 2009

Khalid, Tolong Beritahu Yang Lain...



Salam,


MB TS Khalid Ibrahim dilaporkan menafikan spekulasi yang berlegar-legar bahawa dia akan mengosongkan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak, untuk memberi 'tiket' kepada Zaid Ibrahim di Dewan Rakyat.


Sama ada spekulasi ini benar atau tidak serta akan menjadi kenyataan belum dapat kita pastikan. Sementara menunggu bagaimana kesudahan spekulasi ini, elok rasanya kita melihat laporan kata-kata Khalid Ibrahim ini.


Antara alasan yang diberi oleh Khalid menolak spekulasi ini ialah kata-kata beliau :

"Namun saya fikir ketika ini bukan masa yang sesuai untuk mengosongkan kerusi dan mengadakan pilihan raya. Kita dapati rakyat tidak begitu selesa sekiranya terlalu banyak pilihan raya,"

Jika benar seperti yang dilaporkan, wajar Khalid tolong mengingatkan pimpinan PKR - dan pimpinan PAS dan DAP juga - agar jangan menjadikan pilihanraya sebagai medan menguji kekuatan dan menjadikan rakyat pula sebagai alasan, untuk mewajarkan tindakan mereka.


Kita mengakui keperluan PRK di sesuatu kawasan jika ada alasan munasabah seperti kematian, namun kita kurang memahami keperluan PRK akibat tindakan meletak jawatan sesuka hati. Apalagi PRK yang hendak diminta hanya kerana melangsaikan ego peribadi masing-masing, seperti di Perak.


Sebagai rakyat, rasanya kita juga setuju dengan Khalid, kita pun sudak muak dengan politiking dan kemahuan berpilihanraya yang seolah tidak pernah berhenti!

4 comments:

Anonymous said...

"""SALAM DARAI BELIA PEKAN WESTON"""

SELAMAT DATANG KE KARNIVAL SUKAN PERPADUAN BELIA ANJURAN PERSATUAN BELIA PEKAN WESTON

MEREBUT PILA YB DATUK HJ SAPAWI HJ AHMAD AHLI PARLIMEN P.178 SIPITANG

HADIAH WANG TUANI

BOLA TAMPAR
PERTAMA RM 500.00
KEDUA RM 300.00
KEETIGA RM200.00

SEPAK TAKRAW
RM300.00
RM200.00
RM100.00
KETERANGAN LANJUT HUBUNG :-

ENCIK ZAINAL ABIDIN OMAR ALI
PENGERUSI PERSATUAN BELIA PEKAN WESTON
0198723600

Anonymous said...

"""SALAM DARI BELIA PEKAN WESTON"""

SELAMAT DATANG KE KARNIVAL SUKAN PERPADUAN BELIA ANJURAN PERSATUAN BELIA PEKAN WESTON

MEREBUT PILA YB DATUK HJ SAPAWI HJ AHMAD AHLI PARLIMEN P.178 SIPITANG

HADIAH WANG TUANI

BOLA TAMPAR
PERTAMA RM 500.00
KEDUA RM 300.00
KEETIGA RM200.00

SEPAK TAKRAW
RM300.00
RM200.00
RM100.00
KETERANGAN LANJUT HUBUNG :-

ENCIK ZAINAL ABIDIN OMAR ALI
PENGERUSI PERSATUAN BELIA PEKAN WESTON
0198723600

rezqeen hill said...

elok la dia lepaskan jawatan sbb takde pun jasa dan bakti dia buat kt parlimen bdr tun razak

Datu Sulaiman said...

salam ustaz,

kalau melompat parti ngam tak untuk diminta mengosongkan kerusi? Kata 'rakyat didahulukan' tapi dalam soal melompat parti, rakyat tidak pula didahulukan? Boleh tak kita andaikan bahawa kebanyakkan 'kuntow' UMNO ni tidak boleh lagi diterima akal pertimbangan kita ?

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin