Salam,
BN dilaporkan mengkaji faktor kekalahan semasa PRK Kuala Terengganu, satu kawasan yang dimenangi BN pada PRU 12 tahun lalu. Post mortem juga dilaporkan akan dibuat, mengkaji kenapa BN khususnya Umno terus tewas di PRK Bukit Gantang.
Post-Mortem di dua kawasan ini - Kuala Terengganu dan Bukit Gantang - penting untuk diketahui, khususnya oleh barisan hadapan Umno kerana kedua-dua kawasan ini adalah majoriti Melayu yang dikuasai oleh Umno sebelum ini.
Dengan adanya post-mortem, Umno boleh menganalisis segala faktor kenapa pengundi di dua kawasan menolak Umno, sedangkan sebelum ini Umno tidak bermasalah. Dapat diketahui faktor-faktor yang menyumbang kepada kekalahan Umno.
Minggu depan Umno akan berdepan lagi dengan PRK Dun Manek Urai. Bagaimana strategi Umno menawan kawasan yang dikuasai PAS ini tidak dapat dipastikan, apatah lagi mengambil kira post-mortem kekalahan Umno dalam PRK sebelum ini juga tidak diketahui, sama ada sudah dibuat atau belum.
Jika post-mortem sudah dibuat maka bolehlah Umno merangka strategi dengan segala kekuatan yang ada untuk menggempur Manek Urai dan memastikan kemenangan berpihak kepada Umno.
Namun, adalah sangat
Jika begitu keadaannya, maka bersedialah kita untuk berdepan satu lagi siri kekalahan!
4 comments:
Assalamu 'alaikum
Salam kenal
Salam ukhuwah from Indonesia
Masih baca-baca dan belajar dari blog ini
wassalam
Satu kelemahan yang wajib diubah oleh kepimpinan UMNO. Kajian dan post mortem sepatutnya sudah lama dibuat sejak tahun 1999. Pemimpin UMNO peringkat akar umbi banyak relax.....
Askum Ustaz, pelbagai kempen dan cara yang digunakan oleh pihak pembangkang utk membongkar kesalahan dan keburukan BN. Apa pandangan ustaz mengenai video ini yang telah disalahgunakan dlm kempen Manek Urai.
http://www.youtube.com/watch?v=LXN_gga-JjM
Harapan untuk UMNO menang di Manik Urai adalah cerah. Ada beberapa faktor yang menyebabkan PAS akan kecundang.
Bah
Post a Comment