Search This Blog

Monday, June 8, 2009

Menunggu Kerajaan Perpaduan...

Salam,


Kesediaan DS Najib untuk berjumpa pimpinan PAS berkaitan Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan, merupakan satu hasrat yang baik.


Seperti kata Presiden dan Tim. Presiden PAS, pertemuan atau perbincangan berhubung perkara ini bukanlah bermakna PAS atau Umno akan dibubarkan untuk diserap oleh salah satu parti lain atau kemungkinan PAS menyertai BN.


Pertentangan di bidang politik bukanlah penghalang untuk bekerjasama di bidang lain. Tugas dan tanggung jawab memastikan negara ini terus makmur, harmoni dan selamat untuk didiami umpamanya, tidak akan dapat dilaksanakan oleh Kerajaan dengan berkesan tanpa kerjasama rakyat termasuk parti politik seperti PAS.


Bukanlah juga sesuatu yang janggal bagi PAS umpamanya mencadangkan sesuatu yang berguna untuk dilaksanakan, umpamanya cara membendung gejala sosial yang berleluasa. Amatlah tidak adil jika kerajaan disalahkan sepenuhnya apabila mat rempit bermaharajalela di jalan raya kerana gejala merempit ini tidak mengira anak siapa!


Diharapkan selepas apa yang dipanggil Kerajaan Perpaduan ini dapat direalisasikan, perseteruan politik Umno vs PAS ( dan parti lain seperti PKR ), dapat dikurangkan, demi kesejahteraan rakyat keseluruhannya. Tumpuan untuk kerja-kerja lain, pemulihan ekonomi umpamanya pasti akan dapat difokus.


Sebab jika asyik bertentang, asyik berbantah, asyik tidak bersetuju dek kerana perbezaan ideology, rakyat juga akhirnya akan bertanya, apa yang kami dapat?


Kita tunggu hasilnya...

14 comments:

TAAVEEKUN PERAK said...

Ulama' PAS Ni Cakap Berbelit2. Itulah Menyebabkan Pengikutnya Sesat. Ulama' PAS Melebihkan KUASA Berbanding AGAMA. Agama Digunakan Untuk Mencapai Pengaruh Politk Semata2.

Anonymous said...

Kerajaan perpaduan tidak munkin menjadi kenyataan kerana pemimpin umno tidak pernah jujur.
Pemimpin umno hanya jujur jika bersama kaum lain, tetapi jika sesama islam umno akan tikam dari belakang.
oleh itu PAS nanti hanya akan di peralatkan oleh umno sahaja.
Bodoh betul PAS jika bersetuju dng kerajaan perpaduan.

Anonymous said...

Kerajaan perpaduan tidak munkin menjadi kenyataan kerana pemimpin umno tidak pernah jujur.
Pemimpin umno hanya jujur jika bersama kaum lain, tetapi jika sesama islam umno akan tikam dari belakang.
oleh itu PAS nanti hanya akan di peralatkan oleh umno sahaja.
Bodoh betul PAS jika bersetuju dng kerajaan perpaduan.

kifli said...

Perpaduan apakah diharapkan pada UMNO!!
Mengapa UMNO baru sekarang begitu ghairah dengan isu Kerajaan Perpaduan kononnya untuk menguatkan perpaduan orang Melayu ?.



Sebenarnya, apa yang pasti UMNO lah yang telah memecahbelahkan perpaduan dan kesatuan orang-orang Melayu.


Mari kita lihat sejarah sebagai bukti.

1. Perpecahan Melayu Pertama tahun 1948
Selepas penubuhan UMNO pada tahun 1946 yang menggabungkan 11 Persatuan Melayu Negeri. Orang Melayu bersatu di dalam UMNO hinggakan berjaya menggagalkan percubaan British untuk menubuhkan gagasan Malayan Union. Namun segalanya musnah pada 17 Mac 1948.
Satu persidangan Islam Se-Malaya telah diadakan di Gunung Semanggol yang menghimpunkan para Ulama seluruh Malaya bagi membincangkan hala tuju perjuangan bangsa Melayu. Persidangan tersebut telah menyatakan kekecewaan terhadap UMNO kerana tidak bersungguh-sungguh mempertahankan hak Islam dan Melayu dalam perjuangan kemerdekaan mereka. UMNO dilihat lebih banyak mengikut telunjuk British dan lebih menumpukan untuk memperoleh kuasa selepas merdeka daripada mempertahankan hak-hak Islam dan Melayu.
Teguran Ulama dalam persidangan ini tidak diambil serius oleh UMNO, sebaliknya UMNO bukan memperbaiki kelemahan tetapi menghentam pula kenyataan Ulama. Maka, para Ulama yang kecewa ini telah menubuhkan Parti Orang Muslimin Malaya (Hizbul Muslimin).
Hizbul Muslimin kemudiannya diharamkan oleh penjajah British

kifli said...

sambungan

2. Perpecahan Melayu kedua tahun 1951
Dato' Onn Jaafar pengasas dan Presiden UMNO pertama telah keluar dari UMNO setelah cadangan beliau untuk membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu untuk membentuk perpaduan kaum ditentang hebat. Maka Dato' Onn Jaafar bersama-sama pengikutnya telah menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos 1951.
Akibatnya orang Melayu terpecah dua, satu pihak menyokong UMNO manakala satu pihak menyebelahi IMP. Apa yang dikesalkan, pemimpin UMNO melayan Dato' Onn Jaafar sebagai musuh ketat padahal beliaulah yang bertanggungjawab menubuhkan UMNO. Kemudian, Dato' Onn Jaafar telah membubarkan IMP dan menubuhkan Parti Negara pada tahun 1962.


3. Perpecahan Melayu ketiga tahun 1955
Sekali lagi Melayu berpecah pada 31 Mei 1955. Golongan Ulama di dalam Biro Agama UMNO yang kecewa dengan UMNO kerana tidak meletakkan Islam sebagai asas perjuangan telah keluar beramai-ramai dari UMNO dan bergabung dengan Hizbul Muslimin membentuk Persatuan Islam Se-Malaysia yang kemudiannya didaftarkan sebagai Parti Islam SeMalaysia (PAS).
PAS telah didaftarkan di Pulau Pinang dan mempunyai pengikut yang kuat di Gunung Semanggol, Perak dan negeri Pulau Pinang sendiri. PAS kemudiannya bertanding dalam pilihanraya pertama pada tahun 1955 dan berjaya memenangi 1 daripada 52 kerusi parlimen yang dipertandingkan.
Melayu pada waktu itu terpecah kepada 3 kelompok iaitu yang menyokong UMNO, PAS dan IMP.

kifli said...

disambunkan lagi

4. Perpecahan Melayu keempat tahun 1964
Perpecahan Melayu pada tahun 1964 berpunca daripada keputusan Tunku Abdul Rahman mengeluarkan Singapura daripada Persekutuan Malaysia. Keputusan Tunku Abdul Rahman dilihat tidak wajar kerana walaupun kerajaan negeri Singapura dikuasai oleh orang Cina melalui Parti Tindakan Rakyat (PAP), tetapi mereka tidak bermaksud untuk merdeka daripada Malaysia.
Malahan Dewan Undangan Negeri (DUN) Singapura menolak sekeras-kerasnya usul Parlimen untuk mengeluarkan Singapura. Namun, Parlimen yang dikuasai UMNO tetap mengeluarkan Singapura dari Malaysia. Akibatnya, Singapura tergadai kepada orang Cina. Sepatutnya perselisihan antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri Singapura diselesaikan secara baik bukan dengan cara emosional dan egoistik serta terburu-buru.
Pada ketika ini UMNO dan PAS teruk bercakaran sehingga timbul isu kafir-mengkafir antara kedua-dua belah pihak.

5. Perpecahan Melayu kelima tahun 1978
Selepas tragedi rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, PAS yang ikhlas berjuang menegakkan Islam telah melakukan satu pengorbanan besar apabila menyertai Barisan Nasional (BN) pada tahun 1972. Penyertaan PAS dalam BN adalah untuk membantu UMNO menyelamatkan 'survival' politik Melayu yang terhakis akibat rusuhan kaum 1969.
Namun, UMNO telah mengkhianati keikhlasan PAS apabila 'menikam PAS dari belakang' pada tahun 1978. UMNO telah menyingkirkan PAS keluar dari BN dengan penuh hina sekali. Bukan itu sahaja, UMNO juga didakwa mencetuskan huru hara di Kelantan sehingga Kelantan diistiharkan darurat dan ditadbir oleh MAGERAN.
Akibatnya, kerajaan PAS Kelantan tumbang dan UMNO berjaya menawan Kelantan buat pertama kali dan memerintah Kelantan dari tahun 1978 hingga 1990. Peristiwa ini menyebabkan ramai pendokong PAS sudah tidak mempercayai lagi UMNO sampai bila-bila.

6. Perpecahan Melayu keenam tahun 1987
Perpecahan orang Melayu paling teruk berlaku pada tahun 1987. Keputusan Tengku Razaleigh mencabar Dr. Mahathir dalam pemilihan UMNO 1987 menyebabkan UMNO terpecah kepada Team A dan Team B. Bukan itu sahaja, perpecahan ini telah diheret ke mahkamah. Akibatnya, Mahkamah Tinggi telah mengharamkan UMNO pada Februari 1988. Berkuburlah UMNO buat selama-lamanya.
Namun, pihak yang masih sayangkan UMNO iaitu Team A telah menubuhkan parti baru iaitu UMNO BARU. UMNO BARU kemudiannya dikenali sebagai UMNO (B) dan kemudiannya hanya dikenali sebagai UMNO sehinggalah ke hari ini. Manakala Team B telah menubuhkan Parti Semangat 46 (S46).
Orang Melayu pada ketika ini telah terpecah kepada 3 kelompok, iaitu satu pihak menyokong UMNO BARU, satu pihak menyokong PAS dan satu pihak menyokong Semangat 46. Namun, PAS dan Semangat 46 telah bergabung di dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang telah berjaya menawan semula Kelantan pada pilihanraya tahun 1990.
Semangat 46 kemudian menyertai UMNO pada tahun 1996.

kifli said...

diharap anda faham

7. Perpecahan Melayu ketujuh tahun 1998
Sekali lagi UMNO menjadi punca kepada perpecahan Melayu apabila Melayu berpecah pada tahun 1998 ekoran pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO.
Akibatnya Melayu terpecah kepada 3 kelompok iaitu UMNO, PAS dan Parti Keadilan Nasional (KeADILan). PAS dan KeADILan telah bergabung membentuk Barisan Alternatif (BA) dan menang besar pada pilihanraya tahun 1999 serta berjaya menawan Terengganu dan Kelantan.


Kesimpulan
Jelas, UMNO yang menjadi punca perpecahan bangsa Melayu sejak dari tahun 1948 hingga kini. Idea & Isu kerajaan perpaduan dengan UMNO sungguh tidak relevan. Perpaduan Melayu hanya akan tercapai sekiranya orang Melayu bersatu menyertai parti yang benar-benar memperjuangkan Islam dan Melayu iaitu PAS.

Ajin b. Gagah said...

Sdra Ustaz,
Perkataan ‘Kerajaan’ dan ‘Perpaduan’ yang banyak di ceritakan oleh pemerhati politik akhir-akhir ini, merupakan satu fenoma yang penuh bermakna.

Dengan menggunakan perkataan ‘Kerajaan’, jelas sekali melambangkan bahawa cadangan pakatan tersebut bukan nya setakat berbentuk ‘NGO’ dan sebagai nya. Dalam kontek ini, ada lah penyatuan dua parti dalam satu Kerajaan.

Walau macam mana pun, menurut sejarah yang di illustrasikan dengan panjang lebar oleh blogger sdra kefli; tidak mungkin ‘Perpaduan’ ini akan dapat di ‘ materialisasi’ kan.
Berpandukan ‘chronicles’ sejarah sdra kifli, jelas kelihatan dari mana punca nya kegagalan tersebut...

Dalam pada itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO dalam ucapan nya, merasakan, terlalu awal untuk membuat kesimpulan dan persetujuan dalam merealisasikan ‘Kerajaan Perpaduan’ yang di cadangkan. Banyak syarat yang perlu di persetejui..

Manakala PKR pula, merasakan ada lah terlalu awal untuk menerima konsep ‘ Kerajaan Perpaduan’ . Sebaik-baik nya, mereka menunggu dehulu penjelasan dari pimpinan PAS berhubung isu kerajaan perpaduan mahupun sebarang bentuk perbincangan dengan UMNO.
.
Apa yang kita lihat setakat ini, PAS semakin hari semakin popular kerana mereka berada dalam perkongsian dengan PKR dan DAP. (Pakatan Rakyat).
Justru itu, tiada jaminan PAS akan meneruskan ‘populariti’ ini bilamana mereka telah menubuhkan ‘kerajaan Perpaduan’ ini nanti..

Persoalan nya, ada kah PAS sanggup berkorban demi untuk kepentingan nasional dengan meninggalkan sahabat-sahabat mereka .yang telah berjuang bersama selama ini.
Sahabat-sahabat yang sanggup dipenjarakan, berpuasa bersama dan sebagai nya (saperti di Perak); demi untuk memperjuangkan hak dan maruah ketua mereka dari PAS ( Ir. DS Mohd Nizar Jamaluddin).

Atau pun, mungkin ada hikmah di sebalik perkongsian kuasa dengan bangsa nya sendiri dari UMNO melalui ‘ ‘Kerajaan Perpaduan’ yang kini hangat di heboh-heboh kan ? Fikir-fikir kan lah.

Salam

Atuk Banjar Masin said...

Kebijaksanaan cina berpolitik memberi kesan kebaikan dan keuntungan kepada mereka, sebalik nya telah memberi banyak keburukkan dan kerugian besar kepada kaum melayu/Islam.

Seperti kata2 Mat Sabu: "Setiap kali PRU diadakan, kaum cina bersatu, mereka menyokong satu parti sama ada MCA, Gerakan atau DAP."
Pada PRU12 yang lepas, mereka bersatu menyokong DAP. Mereka menjadi kuat jika berada dalam satu parti.

Pejuang said...

Yang paling takut terhadap 'Kerajaan Perpaduan' ialah PKR dan DAP.

Jika kenyataan ini mungkin benar2 terjadi, PKR akan hancur lebur, DAP pula akan kembali lemah seperti asalnya dahulu.

Orang melayu akan bersatu dalam sebuah parti, Kekuatan politik melayu tidak akan boleh diganggu gugat lagi oleh kaum kafir.

Unknown said...

semakin banyak cerita tentang kerajaan perpaduan, semakin jauh nampak daripada realiti. PAS pada dasarnya setuju dengan cadangan itu tetapi UMNO ada masalah berdepan dengan tiga puak yg kerap mendatangkan masalah. pertama yang bodoh tak boleh diajar. kedua yang bodoh tp nak mengajar dan ketiga yang cerdik tapi kurang ajar.

orgkualekembali said...

Ustaz, rasanya sudah masanya orang melayu dan orang islam bersatu di bawah satu parti.Akhbar BH melaporkan bahawa daripada undian di internet mendapati 70% mahukan parti GERAKAN keluar dari Parti BN. Takut terjadinya 13Mei. Jadi mari smua org Melayu bersatu lupakan smua sentimen Parti. Nampaknya org Cina dan org India sudah mula tunjuk taringnya.Kalau org Melayu bersatu mesti kecut org kafir. Jadi fikir sendiri mahukah kita jadi macam Singapura org melayu terpinggir.Lu fikir la sendri.Mungkin tak lama lagi dunia nak kiamat.

terrabacabuku ekiosk said...

Perbezaan pendapat antara dua golongan utama dalam PAS ada kaitan dengan kecenderongan Nik Aziz, dengan bisikan anak didik Anwar dalam PAS-Husam dan kamaruddin jaafar- mempercayai janji berbilion dicurahkan ke kelantan jika Anwar jadi PM.

Kedua, Nik Aziz ambil hukum tiada saksi maka Anwar tak ada sondolmi, boleh di sokong.

Ketiga dendam kejatuhan kerajaan PAS Kelantan semasa berpisah dari BN. Dendam inilah puncanya.

Jadi Nik Aziz tidak tertarik dengan hujah haji Hadi yang lebih meletakkan hukum tidak membenarkan ditutup pintu rundingan dalam Islam.

Golongan pro-hadi secara diam tahu tentang masalah tabi'i sex Anwar, dan tidak boleh terima dia sebagai layak menjadi PM. hadi bimbang menyandarkan masa depan parti kepada satu pihak sahaja kerana nanti apbila DAP dan PR dapat lumpuhkan kekuasaan politik orang Melayu PAS akan dituduh bersubahat.

DAP tetap dengan agenda menjatuhkan kuasa politik Melayu, dan menggunakan PKR dan PAS semata-mata untuk tujuan ini. If you can't beat them, join them and then destroy them.

Apa nak dibanggakan PAS apabila Nizar cuma boneka DAP? jadi DAP dah kawal Perak dan Penang. Mana PAS nak pergi nanti? Maaf tapi Tok Guru Nik aziz pandai cakap sahaja tetapi mudah dipengaruhi oleh mereka yang rapat.

haji Hadi dari dulu bukan mudah diperdaya. jadi PAS Kelantan cawangan PKR?

Bah Lontok said...

Tujuan PAS bersengkokol dengan DAP se mata2 inginkan sekelimut kuasa memerintah. Yang akan di timpa malang ialah orang melayu.

PAS sudah mengetahui bahawa DAP sedarah sedaging dengan PAP Singapura. Cina dan india Malaysia sudah bersatu menyokong DAP@ PAP. Untuk menguatkan kedudukan nya DAP mengambil hati pemimpin2 PAS dengan menyokong nya pada PRU12 yang lepas.

PAS mengetahu akan kesalahan nya menyokong DAP@PAP, apakan daya sudah termakan budi. Terpaksa terus menyokong DAP. Sekarang cuma rakyat melayu sahaja yang boleh selamatkan negara dari balapetaka ini. Kita kena berhenti menyokong PAS dan PKR, menyokong mereka bermakna menyokong DAP @ PAP.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin