Search This Blog

Tuesday, June 2, 2009

Nyatakan Pendirian Anda!

Salam,

Nampaknya cadangan Kementerian Pelajaran Malaysia mengehadkan 10 subjek untuk diambil pelajar dalam peperiksaan SPM mendapat respon yang pelbagai. Selain di blog ini, ramai sahabat juga meninggalkan komen di Facebook.

Kita berpeluang menyatakan pendirian terhadap cadangan ini atau cadangan subjek teras, sama ada melalui emel atau faks kepada Ketua Pengarah KPM, Datuk Alimuddin Mohd Dom, sehingga hujung minggu ini.

Emel : alimuddin.dom@moe.gov.my

Faks : 03-88894548

Respon anda penting dan sangat dialu-alukan. Selamat menulis!

5 comments:

mrakunman said...

Demi masa depan negara: subject berikut mesti dipertahankan:

matematik
sains-biologi, fizik, kimia
sejarah-masukan rukun negara

geografi, hanya option

org kuale said...

KENYATAAN Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran untuk mengurangkan bilangan subjek teras dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada enam kepada empat harus dikaji semula. Enam mata pelajaran teras bagi pelajar yang menduduki SPM pada masa ini ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam/Moral, Sejarah, Matematik dan Sains.

Memang pengurangan bilangan subjek teras berkenaan akan membolehkan calon-calon SPM mempunyai lebih banyak pilihan untuk subjek elektif dalam peperiksaan tersebut. Tetapi ia akan menjejaskan jati diri pelajar sebagai seorang rakyat Malaysia.

Apakah yang akan berlaku sekiranya empat subjek teras tersebut nanti adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains kerana dianggap lebih penting. Sudah tentu pelajar-pelajar yang tidak minat subjek Sejarah akan meminggirkan subjek tersebut.

Ada pelajar yang tidak akan mengambil subjek Pendidikan Islam dan Moral kerana diangap subjek yang tidak begitu penting sedangkan Pendidikan Islam, Moral dan Sejarah merupakan elemen penting membentuk modal insan yang berkaliber.

Dengan menghasilkan pelajar yang kurang pengetahuan agama dan nilai-nilai murni serta buta sejarah, apakah yang akan berlaku kepada masyarakat Malaysia pada masa hadapan? Akibat lemah pegangan agama dan buta sejarah, masyarakat Malaysia boleh terjerumus ke arah kehancuran peradaban yang akan menyaksikan masyarakat musnah ditelan pelbagai gejala tidak sihat.

sumber Utusan Malaysia

TAAVEEKUN PERAK said...

10 SUBJEK ITU HANYA UTK MENILAI PEMBERIAN BIASISWA.NAK AMBIL LEBIH SAMPAI 21 SUBJEK TU TERPULANG LAH KEPADA PELAJAR ITU SENDIRI.KERAJAAN HANYA TEKANKAN 10 SUBJEK.ADA DUIT ADA OTAK TERUSKAN NIAT ANDA.

Ajin b. Gagah said...

Ustaz, Salam,
Nampak nya isu KPM menghadkan 10 subjek untuk SPM dan penting nya sejarah sebagai subjek teras ini, berlanjutan dan bertambah menarik.

Saya tiada masaalah dengan mereka-mereka yang merasakan sejarah ini “ merupakan elemen penting membentuk modal insan yang berkaliber. Begitu juga dengan Pendidikan Islam dan Moral “. Idea yang bernas saperti ini sepatutnya di sokong dan kalau boleh di terima oleh semua. That is that..

Namun kalau kita mula mencari kesalahan, mungkin kita akan tersalah tersasar dari isu-isu penting lagi luas sebagai panduan kita untuk mengimbang kan pandangan kita kearah positif.

Rasa nya, kes sejarah selaku subjek opsen bukan nya gawat sangat. Situasi saperti ini, sabenar nya telah biasa kita hadapi nya selama ini.
.
Cuma persoalan timbul bilamana perasaan prasangka terhadap tingkah laku KPM menghadkan subjek untuk diambil pelajar dalam peperiksaan SPM. Terasa seakan-akan mereka tidak perihatin kepada suara hati kita.

Untuk waktu seketika, cuba kita mengambil pendekatan tentang tanggung jawab atau accountability. Maksud nya siapa kah yang harus bertanggung jawab untuk mengajar subjek saperti sejarah, Pendidikan Islam dan Moral. Rasa nya selain dari Guru-Guru, Ibu Bapa dan sahabat andai perlu juga memainkan peranaan dalam hal ini.

So, selain dari KPM, Kita dan anak-anak, kita harus juga memikirkan situasi masyarakat kita secara menyeluruh. Kerana mereka ini banyak pengaruh kepada anak-anak kita dalam mengharungi perjalanan hidup mereka.

Justru itu, saperti saya katakan dulu, minat anak-anak bermula sejak mereka mulai pandai membaca. Sepatut nya mulai pada masa itu ilmu sejarah, Pendidikan Islam dan Moral, sudah kita(Ibu Bapa) tanam kan. Tak perlu saya detail kan cara-cara nya kerana kita semua tahu.

Realiti nya, kita perlu juga mengambil kira penting nya subjek yang releven untuk membantu masa depan anak-anak kita.

Contoh nya kalau ‘survival’ masa depan anak-anak kita untuk mendapat peluang pekerjaan melalui ICT, Doktor, Jurutera dan sebagainya (dsn); rasa nya penting juga mereka menumpuhkan perhatian mereka kepada hal-hal yang berkaitan.

Kita harus juga ingat bahawa ilmu pelajaran ini ada lah ‘process’ yang dinamik dan berlanjutan. Maksud nya anak-anak kita ( kerana minat sudah ditanam lebih awal) maseh boleh membaca buku-buku yang berkaitan moral dan sejarah dsn sebagai hobi dan ilmu pengetahuan.

Pada asas nya sistem peperiksaan ini ada lah untuk menguji kebolehan minda kita. Tetapi ia tidak dapat menjaminkan perasaan patriotik dalam sanubari kita.

Terdapat juga mereka yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan pengajian Islam, moral dan sejarah , bukan nya orang Melayu ( Bumiputera) atau pun mereka yang beragama Islam..

Namun, sehingga kini mereka maseh manganut agama mereka..bukan Islam

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin