Hujung minggu ini PAS akan menjalankan urusan parti dengan bermuktamar. Istimewa muktamar kali ini ialah agenda pemilihan parti. Tumpuan tentunya pertandingan tiga tokoh merebut jawatan Tim. Presiden.
Nasharuddin Mat Isa selaku penyandang akan ditentang oleh dua naib presiden, Datuk Husam Musa dan Mat Sabu. Siapa yang mengiring Hj Hadi Awang sebagai Presiden, para perwakilan pastinya sudah mempunyai pilihan hati, di antara tiga calon tersebut.
Apa yang diharapkan melalui muktamar ini nanti, para perwakilan PAS akan dapat memilih pasukan baru yang akan membawa hala tuju PAS dalam mendepani pergolakan politik negara. Dapat memilih pimpinan yang benar-benar tulin dalam menjayakan agenda parti.
Kita berharap PAS dengan pimpinan baru nanti tidak akan terjebak dengan permainan politik yang menjadikan kuasa sebagai matlamat utama, sehingga mengabaikan banyak keutamaan lain. Permainan politik yang hanya menjadikan Umno sebagai musuh ketat, musuh yang 'wajib' yang dikalahkan walau dengan apa cara sekalipun!
Sebagai parti politik, PAS memang wajar berusaha menewaskan saingannya seperti Umno. Merebut kuasa yang dipegang selama ini oleh Umno memang benar. Namun, alangkah baiknya jika dua parti yang didominasi oleh orang Melayu beragama Islam, dapat bekerjasama dan saling membantu untuk menegakkan kesucian Islam.
Tidak mungkin dan hampir mustahil PAS dan Umno untuk dibubarkan dan bergabung sebagai satu entiti. Tapi rasanya banyak titik persamaan dalam perjuangan untuk kedua-dua parti ini. Seperti PAS yang menjadikan negara Islam sebagai matlamat, rasanya Umno juga memiliki hasrat yang sama. Cuma bezanya, mungkin Umno tidak 'berkokok' seperti PAS!
Perjuangan Umno mengangkat taraf orang Melayu yang kebetulan beragama Islam, sesuai dengan kedudukan orang Melayu sebagai peribumi di negara ini, juga rasanya tidak mungkin ditentang PAS!
Alangkah indahnya jika PAS dan Umno bercerita di atas titik persamaan tersebut. Berpadu tenaga pada kepentingan bersama. Meninggalkan seketika pakaian politik bila mempertahankan kepentingan bersama umpamanya.
Eloknya, tiada caci-mencaci, fitnah, buruk sangka, tuduhan tanpa bukti, melabel orang lain yang sehaluan dengan gelaran yang buruk dek kerana politik, kerana merebut kuasa di antara PAS dan Umno.
Rasanya tidak berbaloi jika Umno menang PAS kalah atau PAS menang Umno kalah, tetapi nasib orang Islam berbangsa Melayu di negara ini akan terpinggir!
Apalah kiranya jika hubungan PAS dan Umno baik dan harmoni, pasti nanti yang untung ialah Islam dan orang Islam!
3 comments:
Tentang kuasa terserah kepada UMNO, sebab UMNO 'tak nampak' keislamanya. Orang Islam dok berebut kuasa tak elok....
Salam ustaz,
Selalu nya, saya banyak bagi ulasan dan komen di laman blog ustaz ini. Jadi, untuk tujuan 'Transformasi' , saya kemuka kan pula 'persoalan' saperti berikut;
" Seandai nya satu 'Ajakan Paridgma' berlaku dalam sistem politik di Malaysia ini; macam mana kah keadaan senareo pemerintahan negara kita, sekira nya PAS dalam Barisan Nasional (BN). Manakala UMNO pula bersama Pakatan Rakyat (PR)? ". (Rasional dan logik nya, kedua-dua parti ada lah ' Malay and Muslim Based').
Fikir fikir kan lah
Malang betul Malaysia sebab dpt parti pembangkang yang bermentaliti kelas ke-3 ni.
tak habis2 dgn politiking. nak kuasa dah dpt kuasa. tapi tak boleh handle dh jd huru-hara.
sepatutnya diorg ni jd bdn yg buat check & balance kpd kerajaan sedia ada. buat apa yg sepatutnya. baru la kebajikan rakyat terjamin.
Ini tidak,dok mengata BN mkn rasuah la, tipu la, gila kuasa la, last2 diorg tu mngata diri sndiri je rupanya.
Post a Comment