Search This Blog

Wednesday, August 19, 2009

Baca Dengan Mata Hati...


Salam,

Tuanku Sultan Kedah bertitah negara akan berhadapan dengan bencana dan huru-hara jika kontrak sosial terus dipertikaikan serta dijadikan bahan untuk berpolitik.

Baginda khuatir tamadun dan kemerdekaan akan runtuh sebagaimana berlaku terhadap banyak negara apabila api kemarahan akar umbi tidak dapat dikawal.

Apa yang dititahkan baginda ini sangat kena pada masa dan tempatnya. Apalagi melihat senario yang berlaku sekarang, terutama selepas PRU12 lalu, gelagat yang dilakukan terutamanya oleh ahli politik, boleh memeningkan kepala.

Saban hari tuntutan yang berkaitan dengan Kontrak Sosial ini pasti ada sahaja diluahkan. Ia dilakukan secara terbuka dan mencabar orang Melayu dan Bumiputera. Peliknya, apabila orang Melayu Bumiputera bersuara mempertahankan sedikit yang masih ada ia akan dikata rasis.

Tindakan mempersoalkan Kontrak Sosial yang telah dipersetujui oleh generasi terdahulu, yang membolehkan negara ini aman makmur sentosa selama ini, hanya akan menyebabkan bercambahnya bibit-bibit kebencian di kalangan rakyat.

Apabila perasaan benci-membenci menguasai akal, nafsu dan emosi diri, dikhuatiri tindakan undang-undang di tangan sendiri akan berlaku!

Ketika itu, siapakah yang mahu dipertanggungjawabkan?

Elok rasanya titah Tuanku Sultan Kedah yang telah melihat suasana negara ini sejak sebelum merdeka sehingga kini, untuk kita fikirkan. Semoga sempena bulan merdeka ini, kita mampu berfikir dengan bijaksana...melihat kebenaran dengan mata hati!

10 comments:

kelambuharimau said...

sikitol mengetuai pakatan jahanam mempertikaikan kontrak sosial..yang tolol dan bahlolnya org melayu pengikut anuar ni..takde otak nak fikir ke?

Anonymous said...

Salam.
Bagi yg mempertikaikan kontrak sosial ini adalah lebih baik ia kita masukkan dlm "kapal Masa" kembali ke tahun 1956 dan cuba melihat bagai mana susahnya pemimpin Melayu dan Raja2 Melayu terpaksa menerima org bukan Melayu menjadi warganegara.Sebenarnya pd masa itu tidak semua org melayu bersetuju. Namu atas nama ingin mencapai kemerdekaan akhirnya mereka akur sja. Oleh itu cuba bayangkan jika pd masa itu pemimpin melayu tidak bersetuju dgn syarat menerima org bukan Melayu sbg w/negara... adakah sekarang org yg lantang mempertikaikan keistimewaan org Melayu itu masih wujud di Msia ?
Oleh itu buka minda dan hati, percayalah selagi kita bersatu org lain tidak akan mempermainkan kita.... MERDEKA !!!!!(DRP ANAK BFT)

Datu Sulaiman said...

Ustaz,
Soalnya sekarang mengapa orang Melayu tidak mahu bersatu?

Adakah Melayu yang menyokong PKR dan Anuwar itu tidak bijak dan mereka yang menyokong UMNO saja yang bijak?

Kemudian cuba ustaz dan rakan-rakan huraikan satu persatu dengan jelas dan fakta segala bentuk kontrak sosial yang telah dicabuli itu. Ramai orang kita yang tidak tahu, almaklumlah kami ini daripada yang kurang pendidikan dan tidak kepujian subjek sejatah.

Cuba kita lihat benda ini dari huraian ilmiah bukan daripada sentimen politik semata-mata.

USD said...

Salam Datu Sulaiman, saya cuba menjawab persoalan yg diajukan sedaya mungkin, harap memuaskan hati.

1. Orang Melayu tidak bersatu sebab terpesona dengan janji manis yg muluk2, yg belum diketahui masa depannya oleh Anwar Ibrahim. Sebelum ini Melayu pun tidak bersatu, berpecah melalui ideologi parti Umno vs PAS tetapi tidak seteruk sekarang selepas Anwar menjanjikan bulan bintang!

2. Tulisan saya tidak pernah menyentuh org Umno bijak dan selain Umni tidak bijak. Kalau Datu berfikir begitu, u will be what u will be!

3. Datu faham Kontrak Sosial? Kalau Datu tidak faham saya terangkan dgn bahasa yg mudah.

Kontrak Sosial ialah persetujuan para pemimpin terdahulu Melayu Indai & Cina sebelum merdeka yg diterjemahkan melalui Perlembagaan Malaysia.

Pemimpin India & Cina mengakui Hak Istimewa Orang Melayu & Bumiputera sebagai penduduk asal negera ini ( Perkara 153 ), Bahasa Melayu sbg bahasa kebangsaan ( P 152 ), Agama Islam sbg agama rasmi ( P 3 ) dan kedaulatan Raja-raja Melayu ( P 38 ).

Sebagai ganti, pemimpin Melayu menerima orang Cina dan India sbg werganegara ( harus diingat, sebelum itu dua kaum ini adalah PTI yg dibawa British. Wajibkah bagi pemimpin Melayu masa itu menerima dan berkongsi negara ini dgn orang lain? Sudah tentu tidak. Apa yg berlaku adalah toleransi antara kaum, yg akhirnya terbukti membawa kejayaan kepada Malaysia. Soalnya selepas 52 tahun, toleransi org Melayu ini wajarkah untuk tidak diucapkan terima kasih? ).

Persefahaman ini harus difahami oleh generasi sekarang, jika tidak maka berlakulah banyak perkara seperti tuntutan yg tidak munasabah. Penghapusan perkara2 yg terkandung dalam Perlmbagaan dan sudah pun dipersetujui sekian lama.

Ruang yg ada tlalu kecil utk menerangkan perkara sebesar ini. Saya berbesar hati utk bbincang dgn Datu. Datu boleh menghubungi saya semula melalui emel @ facebook.

PAS-PKR-DAPigs said...

Selama lebih 50 tahun UMNO memerintah bukan sahaja rakyat nya menderita kemiskinan tetapi ramai yang buta huruf dan tidak berpelajaran.

Kaum melayu cuma berkerja menjadi kuli dan buruh kasar sahaja.

Segala kerja di sektor kerajaan dimonopoly oleh pendatang asing.

Paling ramai melayu cuma menjadi guru sekolah melayu sahaja, itu pun sekolah setakat darjah 6 sahaja.

Guru2 sekolah ini cuma mampu berbasikal atau bermotor capcai sahaja pergi mengajar ke sekolah.

Guru2 ini juga cuma mampu tinggal di rumah2 setinggan atau ponduk buruk sahaja.

Ayoh mari kita tentang kerajaan BN yang zalim ini. Gantikan dengan kerajaan PR.

Anonymous said...

Kontrak sosial harus difahami dari sudut sejarah dan perlembagaan negara, kerana itu lebih objektif. Tafsiran akan jadi tersasar kalau dinilai dari satu sudut pandangan sahaja. Sorry to said, lebih baik blog saudara bersifat terbuka, kerana saya melihat banyak pandangan yang dikemukakan lebih bersifat kepartian khususnya UMNO / Melayu, kerana kebenaran yang dikatakan tak semestinya merujuk kepada satu pihak sahaja. Sebab blog saudara ni mengutamakan soal kebenaran. Oleh itu perlu objektif dalam menilai apa yang dikatakan kebenaran? Kalau tidak, isu-isu yang diketengahkan tidak mencabar fikiran, seolah-olah hanya ulasan kepada isu semasa yang telah ditentukan hala tujunya, atau duplicate kepada media arus perdana yang semakin disangsikan oleh khalayak yang bijak berfikir.

USD said...

Anon 7:32PM, tk atas pandangan. Saya setuju Kontrak Sosial harus difahami dlm konteks sejarah & plembagaan. Apa yg saya catat adalah apa yg tcatat dlm plembagaan negara, bukan plembagaan Umno. Jika ada psamaan apa yg dpjuangkan blog ini dgn apa yg dpjuangkan Umno @ media arus perdana, rasanya bukanlah satu kesalahan, kerana copyright kebenaran itu bukan hak milik sesiapa!
Janganlah menafikan kebenaran hanya kerana duplicate drpd media arus perdana, dgn menyangka kebenaran cuma dtg dr Harakah, Suara Keadilan & Rocket!

Anonymous said...

Salam.

Nampaknya ada rakan2 yg komen blog ni dgn minda tertutup dan hati yg telah dipengaruhi perasaan kebencian kpd BN. insaflah kamu wahai org melayu kuasa ekonomi kamu dah tak ada yg tinggal hanya sedikit kuasa... kalau kamu nak juga buang kuasa yg sedikit tu ... siapa yg akan memperjuangkan nasib anak cucu kamu...?

Anonymous said...

Kebenaran pastinya tidak memihak kepada media arus perdana tidak juga kepada Harakah, Suara Keadilan atau Roket atau mana-mana blog. Pembaca boleh menilai dengan membuat analisis perbandingan berdasarkan fakta. tapi malangnya ramai yang terpedaya dengan propaganda kerana tidak bersifat terbuka.

Anonymous said...

Hakikatnya masih ramai orang Melayu dan orang bukan Melayu yang tidak memahami kontrak sosial kerana ia adalah satu proses kompromi yang secara halus dipaksakan oleh penjajah British. Namun kebijaksanaan Dato Onn dan kepimpinan lain termasuk juga pemimpin berhaluan kiri seperti PKMM yang menyedari kepentingan Melayu sebagai peribumi harus dilindungi walau apa jua bentuk pentadbiran yang dilaksanakan di Tanah Melayu. Selepas Perang Dunia Kedua British telah menjadikan Tanah Melayu bukan lagi milik mutlak orang Melayu, tetapi akan dikongsi bersama dengan orang bukan Melayu untuk membentuk warganegara Malaya melalui pelaksanaan Malayan Union. Sekalipun Malayan Union gagal dilaksanakan tetapi prinsip dan kepentingan British tidak terjejas dalam Persekutuan Tanah Melayu 1948. Orang bukan Melayu tetap diberikan kewarganegaraan walaupun syaratnya agak ketat berbanding Malayan Union. Kontrak sosial yang menjadi intipati penting Perlembagaan PTM 1948 memang menjadi faktor penting dalam mengekalkan keamanan dan keharmonian di Malaya ketika itu ketika Perlembagaan PTM digubal dan diterima oleh Raja-raja Melayu dan UMNO, tetapi kebanyakan rakyat tidak memahaminya kerana mereka serahkan kepada kebijaksanaan pemimpin mereka untuk menjalin muhibah antara pelbagai etnik, sementara rakyat masih bergelut dengan pelbagai keperluan hidup dan kesukaran selepas perang serta ancaman Darurat. Lantas kontrak sosial lebih dihayati oleh pemimpin bukan keseluruhan rakyat yang mereka wakili. Sehingga ke hari ini masih ramai rakyat Malaysia yang tidak memahami prinsip penting kontrak sosial apatah lagi perlembagaan sehingga menimbulkan salah faham dan tidak menyedari kewujudan semua etnik/warganegara sebagai satu bangsa Malaysia yang sepatutnya bersatu padu dan bekerjasama membangunkan negara bukannya menajamkan prejudis akibat sentimen perkauman.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin