Salam,
Dilaporkan Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan Umno sudah menerima cadangan majoriti bahagian Umno untuk meminda beberapa perkara dalam perlembagaan Umno. Terutamanya berkaitan soal kouta dan amalan yang membolehkan politik wang.
Kita sangat setuju dan menyokong usaha Jawatankuasa ini, khususnya dalam mengenepikan pandangan segelintir pimpinan bahagian yang keberatan melakukan pindaan kerana khuatir pindaan akan menggugat kedudukan mereka.
Sewajarnya segala permasalahan yang melingkari Umno selama ini, yang menyebabkan orang ramai khususnya orang Melayu menjauhi Umno, segera diambil tindakan. Mana-mana perkara dalam perlembagaan Umno atau amalan biasa yang sudah berakar umbi di kalangan ahli Umno tetapi dibenci oleh ahli lain, segera diubah!
Amalan cantas-mencantas, fitnah, menipu, eksploitasi kedudukan adalah sebahagian rencah yang menjelikkan. Harapnya pindaan ini nanti mampu meminimumkan amalan buruk dan keji ini.
Tranformasi untuk menguatkan Umno dan meyakinkan rakyat serta ahli Umno wajar segera dilaksanakan dalam tempoh sebelum PRU12 nanti. Dibimbangi jika impak transforamsi ini tidak kelihatan, Umno akan terus ditolak nanti.
Demi memastikan igauan buruk ini tidak terjadi, inilah masanya Umno membuang segala penyakit yang ada: panau, nanah, kurap atau kudis. Malah jika perlu ada yang perlu dipotong kerana menjadi punca penyakit, Umno wajar bertindak tegas!
Kehilangan anggota yang terpaksa dipotong lebih elok daripada hancur seluruh badan!
5 comments:
yeyeye setuju potong,cantas segala ideologi2 yg bertentang2 dengan Aqidah islam yg ada dlm ni...
islam didahulukan
hukum quran & hadis diutamakan...
Salam ustaz,
Semoga perubahan dapat dilakukan. Harap-harap dengan perubahan itu maka UMNO akan kembali menjadi payung rakyat, bukan lagi sekadar payung kepada kontraktor-kontraktor mee segara dan korporat-korporat saja. Mudah-mudahan yang tidak kaya tetapi ada bakat kepimpinan, akan boleh diangkat menjadi pemimpin.Mudah-mudahan UMNO tidak akan lagi hanya dijadikan sebagai 'kuda' untuk mendapatkan harta dan pangkat.
salam ustaz...kalau ada masa singgah2 la ke blog sakangkang ambuk hamba di ridznel-dee.blogspot @ taipkan saja fikrah anak bisaya...saya perlukan binbingan ustaz
salam ustaz...kalau ada masa singgah2 la ke blog sakangkang ambuk hamba di ridznel-dee.blogspot @ taipkan saja fikrah anak bisaya...saya perlukan binbingan ustaz
JANGAN CAKAP SAJA... UMNO KENA LAKSANAKAN... TAHNIAH ... BY ANAK BFT
Post a Comment