Search This Blog

Friday, August 28, 2009

Chua Soi Lek : Strategi Politik MCA ?


DS Dr. Chua Soi Lek dipecat dari MCA, selepas 18 bulah terlibat dalam skandal seks DVD lucah yang menggemparkan pada Januari 2008. Tindakan diambil selepas beberapa bulan dia diiktiraf oleh perwakilan MCA sebagai Timbalan Presiden mereka.


'Hukuman' yang telah dilalui oleh Chua - kehilangan jawatan Menteri Kesihatan dan tidak menjadi calon pada PRU12 lalu - nampaknya belum memadai untuk membersihkan imej MCA yang dikotor oleh perbuatan tidak bermoral beliau.


Mampukah pemecatan Chua membersihkan MCA dan menarik kembali aliran sokongan pengundi Cina kepada MCA - dan Gerakan ?


Dalam PRU12 dan beberapa PRK selepas itu, kelihatan kecenderungan pengundi Cina ialah mengundi selain BN. Mereka jelas terpesona dengan janji bulan bintang yang ditawarkan oleh pakatan pembangkang.


MCA ( dan Gerakan ) nampaknya terus gagal memainkan peranan dengan berkesan memastikan BN kekal sebagai pilihan popular di kalangan pengundi Cina. Kuasa penentu pengundi Cina terus menjadi 'pemusnah' kekalahan BN di kebanyakan tempat.


Ironinya, timbul pula penyiasatan kes yang telah lama berlalu ke atas seorang Timbalan Presiden, yang akhirnya membawa kepada pemecatan keahlian dalam parti yang seharusnya menjadi parti kedua terkuat dalam BN.


Mungkinkah 'drama' ini sengaja dirancang agar Chua Soi Lek dapat bersama Chua Jui Meng dan beberapa orang lain, berperanan pula di pihak sebelah demi memastikan kuasa tawar-menawar pengundi Cina kekal diberi perhatian?


Terlalu awal menelaah langkah Chua Soi Lek namun pasti PKR akan menyediakan red carpet untuknya, kerana disitu sudah ada bekas Tim. Presiden Umno yang juga pernah dipecat keahliannya, sedia menunggu memberikan laluan.


Kita tunggu kesudahan plot cerita ini...


8 comments:

mail lambong said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Ustaz..

Apa kata kita sarankan MCA keluar aje dari BN...

bungaraya said...

bottom line drp penganalisaan sdr Faisal itu ialah MCA kini sedang bergolak. Ustaz Said beranggapan pergolakan ini sengaja dirancang dengan halus sebagai strategi mengurangkan kekuatan BN secara keseluruhannya. memanglah Faisal tak nampak sebab Faisal rasa hanya dia yang benar. Faisal tahutak apa sebab sebenar Sukarno melakukan operasi "ganyang Malaysia"? Padahal ia tahu operasi tersebut adalah satu tindakan yang tidak elok untuk dilakukan. Lainlah jika operasi ganyang singapura.

Datu Sulaiman said...

Salam ustaz.

Yang paling pasti ialah tanpa kekuatan MCA dan MIC hayat BN sebagai parti pemerintah akan cepat berakhir. Apa yang berlaku sekarang ialah kesemua komponen Bn berada dalam keadaan tenat, hanya menunggu masa untuk berakhir dan nampak gayanya BN bersiap-siap untuk menjadi pembangkang pula, sekurang-kurangnya pada PRU13 nanti.

Janganlah simpan prasangka apa-apa sebaliknya akuilah bahawa rakyat tidak lagi percaya kepada BN.Sudah sampai masa untuk berubahan dan zaman kegemilangan BN akan bakal tinggal sejarah. Terimalah ini sebagai hakikat, terimalah ini sebagai satu bentuk tranformasi politik negara kita era moden 2020.

Datu Sulaiman said...
This comment has been removed by a blog administrator.
USD said...

Salam,
Komen kedua Datu Sulaiman dipadam kerana sama dgn pertama.
Datu Sulaiman, semoga apa yg diharapkan Datu akan terlaksana pd PRU13 nanti, jika benar telahan Datu. Cumanya, jika telahan Datu meleset, harap jangan pula bputus asa!
Faizal, kamu tidak akan dapat pandangan sehala dalam dunia ini. Politik sifatnya adalah ptentangan, so pandangan saya mungkin bbeza dgn pandangan kamu. Tiada masalah, cuma janganlah dipaksa semua orang mengikut saja pandangan kamu!
Bungaraya, hendaknya janganlah marah dgn Faizal sbb trend komen beliau d blog ini memang bgitu! Rasanya Faizal peminta setia blog ini, terima kasih!

mail lambong said...

"tak sungguh orang tak kata"

sekadar ingin berkongsi info..

SSS Admin said...

Tuan Ustaz,

Maafkan kami kerana membuat jemputan kepada Tuan Ustaz secara am seperti dibawah:-

Yang berbahagia Dato/Datin/Tuan/Puan/Saudara/Saudari,

Dengan segala hormatnya kami memaklumkan bahawa kami akan melancarkan portal “Satu Sekolah Untuk Semua (SSS)” di

http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com.

Kami menjemput anda untuk melayari laman web tersebut selepas Sambutan Merdeka 12tengahmalam pada 31 Ogos 2009. Anda dipersilakan untuk melayari tab “e-patriot”

(http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com/patriotsinsuppor/)

di mana kami telahpun menyenaraikan laman citra anda di bawah senarai “e-patriot” (“Patriots displaying SSS Logo”). Kami ingin merakamkan rasa penghargaan kami yang tidak terhingga di atas sokongan anda terhadap Kempen SSS ini apabila anda telah mempamirkan logo SSS di laman citra anda. Terima kasih di atas sokongan berterusan anda terhadap Kempen SSS ini.

______________________

It is our honor to inform you that we will be launching "Satu Sekolah Untuk Semua (SSS)" portal at

http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com

Please visit the website after the 12midnite Merdeka celebration on 31 August 2009 and check out the "e-patriot" tab

(http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com/patriotsinsuppor/).

We have listed your blog site under the "e-patriot" list (Patriots displaying SSS Logo). We wish to record our utmost appreciation for your support toward SSS campaign by displaying SSS logo at your blog site. Thank you for your continuous support toward the SSS campaign.


Terima kasih.

Satu Sekolah Untuk Semua

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin