Search This Blog

Monday, August 3, 2009

Edisi Khas : BPN Mendesak Tindakan Tegas Terhadap Blogger Hina Mufti Perak Setaraf Pelacur!

Salam,

Lupakan seketika polemik ISA, blog ini akan menyentuh persoalan yang dilontarkan sahabat pengunjung berkaitan ISA pada kesempatan lain.

Penulis ingin berkongsi dengan pembaca dua perkara:

1. Ucapan takziah untuk keluarga Allahyarham YB Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, ADUN Permatang Pasir yang telah kembali ke rahmatullah beberapa hari lalu. Semoga Allah mencucuri rahmat ke roh Allahyarham, Amin. ( Perbezaan ideologi dan politik kepartian seharusnya tidak membataskan persaudaraan seagama! )

2. Menyampaikan hasrat BPN supaya tindakan tegas diambil terhadap blogger yang 'kurang ajar' - menyamakan Mufti Perak dengan pelacur! ( Rasanya lelehan hingus mufti ni lebih mulia daripada blogger yang entah siapa-siapa ni?)

Dari Blog Panglima Perang Cyber.

1. BPN memandang berat tindakan blogger pembangkang di sini ( http://www.malaysiawaves.com) yang telah menyamakan Mufti Perak dengan gelaran pelacur.

2. Perbuatan ini sangat tidak patut dan begitu menghina seorang Mufti yang begitu dimuliakan di sisi masyarakat sebagai ikutan dalam hal hal agama Islam. Apatah lagi beliau dilantik dan dipilih oleh Sultan Perak sendiri selaku Ketua Agama Islam negeri Perak.

3. Mufti Perak tidak pernah menjadi ahli mana-mana parti mahupun memegang jawatan politik dan bukan orang politik.. Seharusnya tidak patut beliau menjadi sasaran kecaman atau penghinaan yang memalukan tersebut meskipun ada pandangan beliau tidak disenangi oleh mereka..

4. BPN mendesak agar tindakan tegas dan keras dikenakan terhadap blogger Malaysiawave ini dan juga mana-mana blogger yang berani menghina tokoh agama di negara kita, yang mana jika tidak dibendung dari sekarang ia boleh menggalakkan rakyat Malaysia untuk menghina tokoh agama seperti Mufti ini yang jelas tidak ada kepentingan politik di dalam berfatwa atau memberi pandangan.

5. Diharap suara Blogger Pembela Negara ( BPN ) ini akan dibaca dan disebarkan agar menjadi isu yang tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.

Yang benar,

Panglima Perang Cyber

Ydp Blogger Pembela Negara
Jumaat / 31 Julai 2009 /10.35 malam

14 comments:

pakcik said...

bapa borek anak rintik,,

YANG GAMBI said...

Salam bro,

Mereka yang menjadi barua menulis blog inilah sebenarnya "PELACUR PAKATAN ROMPAK NEGARA".......

reek said...
This comment has been removed by a blog administrator.
malay pig no brain said...
This comment has been removed by a blog administrator.
vesewe said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Salam

Apa all these kurang ajar comments in here..typical racist chinese lepas geram kat sini.

If you don't have anything good to say, don't say anything. Go learn some manners. Kurang Ajar.

USD said...

Maaf, blog ini bukan tong sampah utk keluarkan pendapat yg langsung tidak diterima akal. Mungkin, jika di China orang macam ni sudah kena pancung kepala!
Untungnya di Malaysia, boleh hidup aman dan mengumpul kekayaan, lepas tu tidak pula bersyukur!

hilbert said...

Salam 1Malaysia Ustaz,

Terima kasih atas semangat bersama menegakkan kebenaran.

Saya telahpun buat komen ke blog tersebut iaitu http://www.malaysiawaves.com , yang ternyata telah begitu rosak sekali pemikiran penulisnya.

Saya desak beliau supaya memohon maaf daripada Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria diatas penulisan yang paling tidak bertamadun itu.

Tuan Ustaz, walaupun saya bukan Islam, namun saya sentiasa sedar bahawa perbuatan menulis ternyata memburukkan orang lain tanpa usul periksa sebagaimana yang telah dilakukan oleh penulis blog itu yang secara sengaja menghina seorang Ulama adalah sangat bertentangan sama sekali dengan prinsip Islam itu sendiri.

Saya hairan, kenapa sampai ke hari ini belum ada tanda-tanda lagi bahawa tindakan akan diambil terhadap penulis blog terbabit. Jika dulu penulis bloglain yang pernah menterbalikkan bendera Malaysia didalam blog beliau telah dikena tndakan, maka kepada penulis blog Malaysiawaves juga harus diambil tindakan serupa daripada pihak berkuasa.

Saya dapati kegilaan seperti ini semakin menjadi-jadi sejak PRU-12.

Rakyat 1 Malaysia said...

Ustaz,

Eloklah perkara ini diadukan kepada suruhanjaya komunikasi dan multimedia supaya blogger berkenaan dapat diambil tindakan. Begitu juga dengan sahabat blogger di BPN yang suka mencarut dan memaki hamun orang lain yang tidak sehaluan dengan mereka.

Saya fikir sesuai digunakan ISA untuk blogger-blogger yang suka meroyan dan mencarut seperti ini.

konek said...
This comment has been removed by a blog administrator.
miya said...
This comment has been removed by a blog administrator.
vesewe said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Atuk Banjar Masin said...

Sikap perkauman sangat penting demi mengekalkan kuasa politik melayu/Islam.

Sikap perkauman dikalangan kaum cina dan india sangat tebal dan kukuh, itu sebab mereka boleh hidup senang dan maju di mana2 sahaja di muka bumi ini.

Sikap perkauman cina boleh disama kan dengan bangsa yahudi.

Kaum cina sangat bijak 'menyamarkan' sikap perkauman mereka sehinggakan sukar bagi melayu yang bodoh mengesan nya.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin