Salam,
Selepas kecoh isu Pusat Penyembelihan Babi di Kedah bulan lalu, DAP terus ‘mempamerkan’ wajah sebenar mereka. Jika sebelum ini, mereka agak malu-malu, sejak akhir-akhir ini mereka sudah tidak malu lagi.
Di Selangor, Ronnie Liu memberi fatwa bir bukanlah arak dan bertindak mengarahkan penguatkuasa MBSA memulangkan arak yang dirampas.
Di Pulau Pinang, Jeff Ooi membidas Mohd Razali Abdullah, ahli JIM hanya kerana JIM meletakkan visi melaksanakan syariat Islam menjelang 2020.
Terbaru, Look Siew Fook Ketua Pemuda DAP mengutuk Dr Ridhuan Abdullah ( dan Islam ) dengan kata-kata kesat dan lucah, hanya kerana mempertahankan ‘zuriat’ Teo Beng Hock di perut tunangannya!
Semakin hari, selepas kemenangan 8 Mac 2008 lalu, DAP terus giat menyerlahkan wajah sebenar mereka di persada politik tanahair.
- Apakah semua ini berlaku kebetulan kerana DAP merasakan mereka menjadi ‘BOS’ dalam pakatan pembangkang?
- DAP merasakan rakan pakatan mereka tidak akan berani berbuat apa-apa, hatta menegur pun sikap kurang ajar mereka kerana sudah mabuk kuasa?
- Atau DAP sudah mula melihat ‘buih-buih’ sedang pecah di depan mata mereka untuk diambil kesempatan?
Siapakah yang mampu menjawab persoalan ini?
4 comments:
Biadapnya DAP hanya kerana satu sebab: -
Ada orang Melayu yang mengaku beragama Islam bersekongkol dengan kafir laknatullah ini.Melayu yang beragama Islam sama2 membenarkan perkara mungkar yang terang2an dilakukan oleh sikafir ini.Melayu yang beragama Islam duduk semeja dengan oramg kafir ini dengan tujuan politik peribadi bukan politik yang dituntut oleh Syariat.
saya setuju dengan Ainul. Ada segelintir melayu lebih DAP dari DAP sendiri. lihat saja dalam blog pinkturtle..
Dalam satu pihak, anda semua boleh menyalahkan PKR dan PAS kerana bersekongkol dengan DAP,tetapi dalam masa yang sama, anda semua juga perlu melihat tentang mengapa ramai sahabat kita yang berhijah ke PKR atau DAP ? Pemimpin UMNO (sebahagian) juga harus dipersalahkan kerana menyebabkan ramai sahabat kita meninggalkan parti warisan Melayu ini. Ketidaktelusan dalam perjuangan menyebabkan ramai orang mula hilang kepercayaan kepada UMNO. Walaupun bukan semua pemimpin UMNO begitu tetapi kejelikan yang semakin menjadi-jadi menyebabkan sahabat kita melihat bahawa UMNO ini sudah memuakkan.
Hari ini konon bertempik untuk memperjuangkan nasib bangsa tetapi yang sebenar ialah perjuangan untuk diri sendiri dan kroni. Menggunakan jawatan politik untuk mencari kekayaan, mendapatkan tender dan projek..Bila dah kaya berlagak dengan kemewahan, dengan rumah banglo dan 'ninja king' atau mercedas..Ini yang membuat rakyat meluat. Rakyat bukan suka DAP atau PKR pun, tetapi rakyat geram.
Jika anda semua mahu mengajar kesombongan DAP ini maka kita perlulah melakukan perubahan.Kita perlu reform UMNO, kita buang sahabat-sahabat yang berada dalam UMNO untuk mencari kekayaan diri dan keluarga dan mari kita angkat sahabat-sahabat yang benar-benar pejuang tulen, bukan pejuang projek dan tender.
asalamualaikum ustaz, saya setuju dengan pendapat datu sulaiman, tapi tak kan hanya kerana anda tak dapat nak jadi kapten kapal, anda nak tengelamkan kapal tersebut.....dan sangup bersekongkol dengan musuh2 islam yang nyata hanya kerana nak tengelamkan kapal yang anda tak dapat nak jadi kaptennya...al-quran telah jelas dan nyata menyebut dalam surah al-baqarah :ayat 120 " golongan yahudi dan nasrani itu tidak akan berdiam diri sehinggalah kamu mengikuti agama mereka".......allah hu alam
Post a Comment