Search This Blog

Saturday, August 1, 2009

Perlukah Demo ISA Hari Ini?

Salam,

Sehari selepas menyambut Hari Pahlawan, sambutan berkaitan ISA pula akan menyusul hari ini.

Pahlawan dulu-dulu, berkorban jiwa raga, bergadai harta, hilang nyawa melawan penjajah dan komunis. Hari ini, 'pahlawan' akan bertempur di jalanan. Tanpa penjajah, tanpa ancaman komunis, demo akan dibuat untuk mansuhkan ISA - juga untuk kekalkan ISA.

Berbeza bukan?

Semangat kepahlawanan memang disanjung tinggi. Sayangnya dilempiaskan di tempat yang tidak betul. Selain ISA, ada banyak lagi agenda yang boleh diperjuangkan. Kenapa ISA? Kenapa ISA sangat digeruni?

Hanya penakut sahaja yang takut dengan ISA. Bukankah bernama pahlawan itu orangnya berani dan tidak takut dengan sesiapa?

Apa yang dirisaukan sangat dengan ISA? ISA hanya akan menangkap orang yang bersalah, bagi yang tiada kesalahan apa yang dibimbangi dengan ISA.

Peliknya, ramai yang mahu mansuhkan ISA tanpa pengetahuan apa dia ISA. Jadi pak turut, bila orang kata mansuh, dia pun ikut demo!

Harapnya kerajaan tidak menari mengikut rentak golongan ini. ISA wajar dikekalkan - walaupun ada keperluannya untuk disemak semula.

Perlukah demo ISA hari ini?

Kalau setakat nak tunjuk berani buat demo, untuk menganggu ketenteraman awam...baik tidak payah!

16 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
USD said...

Anon 10:05, oleh kerana komen anda sangat bangang dan tidak layak singgah di blog ini, maaf, ia dipadam!

Ajin b. Gagah said...

Salam Ustaz,
Sama ada mereka buat demo kah atau minta ditahan kah, bagi saya itu hal kecil.

Apa yang yang penting ISA perlu dikemas-kini kan sealiran dengan keadaan. Namun di mansuh atau pun hapus? saya dengan bersebab; 100% tidak setuju.

Maseh ada lagi hal sensitif lagi sulit yang tidak mudah di tangani dengan setakat menggunakan perlembagaan atau pun akta polis.

Kes saperti tindakan subversive dari luar dan dalam, ideologi komunisma dsn, maseh lagi mengancam negara kita masa ini.

Negara yang mengamalkan konsep demokrasi klas satu saperti USA dan British pun masing-masing maseh menggunakan akta keselamatan negara mereka sama saperti ISA di negara kita.

So, dalam hal yang begini serius, kita kena bertindak lebih matang sebelum melakukan sesuatu yang merugikan masa depan rakyat,agama dan negara kita.

Syeikh YB said...

sebab Ustaz ada berpendidikan tinggi dalam agama..saya nak tanya satu soalan :

Adakah ISA tidak bertentangan dgn Agama Islam? Kalau tidak bertentangan boleh bagi dali dari Quran dan Sunnah. Kalau bertentangan di harap boleh bagi dalil.


Kalau kepandaian dan kepintaran bersandarkan otak sahaja...tidak ada maknanya

USD said...

Salam,
Solymone: Saya stuju dgn sdra. Pindaan perlu dilakukan, bukan utk dimansuhkan slagi wujud manusia yg x waras, kemaruk kuasa dsb.
Ampun Tuanku: Maaf, saya bukanlah org yg ada autoriti nak bagi fatwa. Klu TS Harussani pun digelar 'pelacur' oleh segelintir manusia yg tidak sedar diri, siapalah saya...TK

Unknown said...

Salam Ustz,

Anda yg menyokong ISA tentu ada hujjahnya dan mrk yg menentang ISA juga ada hujjah2nya. Rakyat bukan bodoh ! Kecuali kita merelakan diri diperbodohkan !

Umumnya,ambo setuju undang2 pencegahan TAPI kena la selari dgn kehendak ISLAM kerna "seseorang tu tak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah" Kenapa nak ikut USA atau BRITAIN yg dikatakan guna undang mcm ISA ni.....

Kena ada perubahan la. PM tukar baru nak kaji. PM dulu pulak kata mansuhkan ISA . Kena konsisten la..
Tak kena batang hidung sendiri sedap la cakap.....cuba kalau kena kita / keluarga kita ...Fikirkan !
Bukan menolak mentah2 Tapi kalau nak terima pun kena ada rasionalnya.

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
USD said...

Salam, dua komen Rosminah dipadam sbb benda yg sama, mgkin ada kesilapan teknikal smasa publish.

Rosminah : Sebagaimana yg nak mansuh bhujah diraikan, golongan yg bhasrat mengekalkan udg2 pcegahan ini juga wajar diraikan. Mungkin selama pelaksanaan ISA ini blaku p'aniayaan thdp org tidak bsalah, tp bukankah itu salah pengawal bukan salah udg2 ini? Sbb itu wajar ia dipinda di mana patut. Saya bpendirian udg2 ini harus dikekalkan kerana selagi wujud werga kita yg agak x waras, mletakkan udg2 di tangan sendiri, selagi itulah udg2 mcegah ini penting. Adakah kita mau menunggu negara ini hancur oleh tangan segelintir rakyat yg tidak memikirkan privasi majoriti rakyat, baru kita hendak btindak? Salahkah kita meniru USA @ Britain utk kebaikan ketika negara Islam lain tidak menunjukkan sesuatu yg baik utk ditiru?

Ajin b. Gagah said...

Puan Rominah,
Salam perkenalan yang tak kesampaian.
Mohon izin ustaz, saya nak bagi response kepada Puan Rosmah kerana menyentuh fasal USA dan Britain, 'point' yang telah saya pautkan sebagai contoh.

Untuk rekod, sebenar nya USA dan Britain telah menerima pakai konsep ISA setelah berlaku nya incident 9/11 ( rasa nya Puan tahu kes ini).

Justru itu, mereka telah mengkaji semula sistem keselamatan negara mereka yang selama ini tidak ada akta atau pun enactment yang boleh menahan sesorang untuk di persoalkan tanpa pehak guaman.

Kerana selama ini mereka telah di kongkongkan oleh arti kata yang Puan agongkan "seseorang tu tak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah". Amalan negara tersebut selama itu, selaras dengan lunas Demokrasi mereka. Then apa jadi?

Now, saperti yang Ustaz katakan, kita bukanlah orang yang ada autoriti nak bagi fatwa. Rasa nya dalam hal ini, kerajaan Malaysia telah menghalusi akta tersebut, selari dengan fatwa yang berpatutan. Terlalu komplek untuk di bincang di sini.

Namun, cuba Puan nyatakan di sini, negara Islam mana yang tidak mengamalkan perundangan dan perlembagaan yang berbentuk ISA?
Indonesia? Saudi Arabia? Turkey? Syria? Iran?

untuk tujuan kongsi pengalaman, ada lah juga baik nya kalau Puan tolong bantu kami dengan menghuraikan serba sedikit pandangan Puan yang tersirat cara-cara menangani kes-kes subversive yang boleh mengancam Negara kita.

Contoh nya, pada suatu ketika Negara Jiran berniat untuk merampas negeri di Borneo dari Malaysia dengan menanamkan ideologi bahawa kerajaan mereka lebih baik dan berhak untuk memerentah negeri-negeri tersebut?

Atau lebih dekat lagi, kalau ada nya elemen yang menghidupkan kembali ideologi dan doctrine komunisma dengan menggunakan sebaran halus berupa 'smart and underground intelligence move' yang di kendalikan oleh beberapa orang dalam dan luar negeri yang kaya Raya dan lagi berpendidikan tinggi lagi ultra ?

Pada pendapat Puan, dengan setakat menggunakan konsep "seseorang tu tak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah" cukup untuk menghalang pergerakan saperti ini kah? Apa lagi bila memikirkan kita di Malaysia ini terdiri dari kaum yang berbilang bangsa?

Sebelum Puan mengenali kami dengan terperinci, jangan lah cepat menuduh sembarangan bahawa kami di Sabah , tidak pernah merasa betapa pedih nya perasaan bilamana sanak saudara di tahan ISA. Namun yang betul itu ada lah benar, " salah tetap salah".
Dalam hal ini, 'berat mata Puan memandang, berat lagi bahu kami memikul'
Salam dan fikir-fikir kan lah

Pembela said...

Bagi pandangan ust yang tak ada autoriti untuk buat fatwa ni,adakah akta ISA ini adil?

Adakah menangkap orang tanpa bicara itu satu cara pencegahan yang betul?

Adakah memdera bukan sahaja tahanan ISA tetapi kaum keluarga tahanan itu termasuk isteri dan anak2 tahanan itu adil?

Adakah kesalahan pegawai tahanan itu halal dan boleh dibiarkan berlaku tanpa sebarang tindakan oleh kerajaan walaupun sedar ianya berlaku?

Pembela said...

Seandainya pernah menjadi mangsa tahanan ISA tetapi masih menyokong ISA itu bagi aku TIADA PERASAAN.

Kalau pernah melihat mangsa akta ISA tetapi masih menyokong itu dinamakan TIADA PERASAAN.

Anonymous said...

Salam Ustaz said.

Bagi saya perlu di ISA perlu mansuhkan,mereka yang waras dan tahu hukum agama islam pasti tidak menyokong ISA kerana akta ini zalim menahan manusia tanpa bicara dan bukti di atas kesalahan mereka adalah zalim! yang sokong ISA pun dapat saham juga di akhirat nanti..


Ustaz Sulaiman.

USD said...

Ustaz Sulaiman, sekumpulan manusia yg tidak waras ingin mbuat sesuatu yg mengancam keselamatan negara, dibicarakan di mahkamah memakan masa berbulan atau bertahun untuk dibuktikan. Pada pandangan ustaz, apakah cara pemerintah mencegah perbuatan tersebut daripada berlaku, tanpa ISA?

USD said...

Salam Pembela, ISA mungkin telah menganiaya sejumlah orang. Bayangkan berapa jumlah orang yg akan lebih teraniaya apabila sekumpulan orang mbuat gerakan subvesif mengancam keselamatan negara, ketika ISA sudah dimansuhkan?

Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz.

Saya beranggapan ISA sama sahaja macam undang2 lain. Macam pisau, kita boleh guna pisau untuk belah buah durian, dan pisau yg sama kita boleh guna tuk sembelih orang.

ISA boleh dikekalkan, tapi cara PELAKSANAAN tu kena betul.

Kalau ISA dikenakan kepada perisik negara luar, penjenayah berbahaya yg setaraf Dr Hannibal Lecter, atau pensabotaj negara, tentu lah xde masalah.

Malangnya ISA turut dikenakan ke atas pemandu teksi yang berjanggut, berkopiah. Ustaz yg mengajar di madrasah pun kena. Sampai bertahun2 di tahan, terpisah dengan anak2, keluarga.

ISA patut diubah isi kandungannya.Sepatutnya sebelum seseorang hendak dikenakan ISA perlu ada bukti kukuh, baru boleh kenakan tahanan. Dan tak sepatutnya penahanan tu sampai 2 tahun. Kena ada masa yang munasabah la kalau nak tahan tanpa bicara sekali pun.

Tak ada sesiapa patut teraniaya ustaz. Orang yang jahat kita kena hapuskan, tapi kita tak patut menganiaya orang yang x bersalah untuk hapuskan org jahat. kalau buat macam tu zalim hukumnya.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin