Search This Blog

Thursday, August 20, 2009

Kota Siputeh: Apa Kamu Buat YB?


Salam,

Selepas 7 PRK, satu lagi PRK diadakan di DUN Kota Siputeh, Kedah. Dilaporkan oleh Malaysiakini, DUN tersebut bakal dikosongkan apabila ADUN sekarang, Datuk Abu Hasan Sharif hilang keanggotaannya setelah gagal hadir dua kali persidangan DUN Kedah.

Seksyen 51 Perlembagaan Negeri Kedah memperuntukkan mana-mana anggota DUN yang tidak hadir sidang Dewan dua kali berturut-turut hilang keanggotaannya dan hendaklah mengosongkan kerusi yang disandang.

Amatlah malang jika PRK ini terpaksa diadakan gara-gara ADUN gagal hadir bersidang, yang tentunya di luar pengetahuan Speaker sehingga Speaker terpaksa pula menghantar surat ke pejabat SPR negeri. Keputusan berkaitan perkara ini akan ditentukan oleh ibu pejabat SPR di Putrajaya.

Apa alasan bagi ADUN ini, yang juga Ketua Umno Bahagian Jerlun gagal hadir dua kali berturut-turut tidak pula diketahui. Namun dari segi moralnya, perbuatan 'ponteng' - tanpa makluman pula - amatlah tidak wajar! Tidak adil bagi pemilih di kawasan yang diwakili.

Mungkin jika PRK ini diadakan kelak, Umno kena memastikan Abu Hasan bukanlah calonnya. Pilih sahaja orang lain dan ketepikan ADUN ini. Sudah empat penggal mewakili kerusi berkenaan, seharusnya kesilapan begini tidak berlaku.

Umno juga wajar meneliti senarai calon yang bakal diketengahkan. Jangan sampai selepas penamaan calon, timbul cerita di sana sini berkaitan isu moral!

15 comments:

~PakKaramu~ said...

Salam ramadan al mubarak

Anonymous said...

salam.
agaknya YB jenis ni lah yg telah menyebabkan UMNO dlm keadaan sekarang ni...genarasi pemimpin seperti ini harus dipadamkan dlm kamus UMNO..bikin susah sja.
by. anak beaufort

CiKaDaK said...

Salam..
Nak kata xde pengalaman dah masuk 4 penggal jadi ADUN. Jika ye pun uzur sakit hantar la surat makluman pada Speaker mohon diberi cuti dari menghadiri Persidangan awal2 lagi. Lagi pun Persidangan DUN yg ke 2 hanya berlangsung sehari je..adeh la YB YB..
Berapa banyak kos nak kena keluar buat PRK dan bukan pasti dapat lagi pertahankan kerusi tersebut..akhirnya org Melayu asik la berpecah belah sibuk berpolitik xsudah jadinya..jangan akhirnya hanya dpt makan pasemboq Kodiang je udah

matlan said...

asalamualaikum ustaz, inilah perkara yang sangat mengecewakan, di kala kita hanya ada sedikit kuasa yang ada, tapi yang sedikit ini lah tidak dijaga dengan baik, cuai! dan bodoh sangat ADUN ini,...dulu nak sangat jadi calon, bila dah dapat tak nak buat kerja pula.....benar lah sabda rasulullah s.a.w "bahawa segala sesuatu jika tidak di serahkan kepada ahlinya, maka tunggulah kehancurannya".....allah hu alam

Anonymous said...

sangat tepat komen tuan/puan. Spesis pemimpin begini sangat ramai dalam UMNO sebab tu UMNO makin teruk. Kebanyakan orang UMNO sibuk cari jalan nak jatuhkan pembangkang walau dengan cara yang tak wajar, tapi terlalai dalam usaha memperbaiki UMNO. macamana rakyat nak terus yakin dengan UMNO?

USD said...

Salam,
Pak Karamu : Salam Ramadhan kembali...
Anak Bfort, Cikadak. Matlan & Anon 8:00pm : Inilah masalahnya...kita sengaja mcari masalah, dan bsusah payah pula utk selesaikannya!

Datu Sulaiman said...

Saya rasa ADUN ini telah mengeciwakan partinya. Takala UMNO bergelut untuk mengekalkan kuasa pemerintahan negara, dia pula buat tak kisah. Sepatutnya kalau uzur bagilah surat pada speaker.. Kalau SPR membenarkan kekosongan kerusi ini rugilah UMNO..

Datu Sulaiman said...

Saya rasa ADUN ini telah mengeciwakan partinya. Takala UMNO bergelut untuk mengekalkan kuasa pemerintahan negara, dia pula buat tak kisah. Sepatutnya kalau uzur bagilah surat pada speaker.. Kalau SPR membenarkan kekosongan kerusi ini rugilah UMNO..

mail lambong said...

jangan lah marah adun tu...

mungkin dia dah tak semangat jadi adun..

al-maklumlah banyak projek tak dapat..nak hidup macam mana..baik dia buang pangkat daripada berkhidmat tanpa dapat apa-apa imbuhan.

penyokong-penyokong umno kena lah lancarkan tabung derma bagi membantu meringankan beban adun tersebut..

dulu dia bagi hampa duit sekarang hampa laa pulak bagi dia duit..

Lebai Mangkuk said...

YAB DSNTR sebagai Perdana Menteri Malaysia harus segera bertindak menghapuskan petualang2 negara yang sedang bermaharajalela. Petualang2 negara ini sudah menjadi terlampau biadap dan berani bertindak ikut suka hati mereka.

Saban hari mereka menabur fitnah dan mem buruk2 kan kerajaan yang memerintah. Terutamanya di lama2 blog yang pro Pakatan Rakyat. Ceramah2 yang mereka anjurkan juga telah banyak menghasut rakyat membenci kerajaan. Perbuatan mereka ini sudah melampaui batas. Jika tidak dibendung dengan segera, keselamatan negara akan terancam.

Perdana Menteri sepatutnya tidak membiarkan ianya terus berlarutan sehingga ketahap yang tidak boleh dikawal lagi. Ini akan menjadikan negara jadi huru-hara dan kacau-bilau. Yang mendapat susah ialah rakyat jelata yang tidak berdosa.

Tindakan utama yang patut di buat oleh kerajaan ialah 'mengharamkan ceramah2 politik', keduanya mengawasi blog yang anti-kerajaan. Mereka yang bertanggung-jawab mesti dihukum mengikut undang2 ISA kerana mengancam keselamatan negara.

Segeralah bertindak sebelum terlambat.

de_kerinchi said...

Assalamualaikum

Selamat menyambut bulan ramadhan dari saya sekeluarga..semoga segala ibadah, diterima dan diberkati Allah S.W.T.

hilbert said...

Salam Ramadhan al-Mubarak Ustaz,

...serta selamat berpuasa...

laksmanaRE said...

UMNO oh UMNO...
apalah nasibmu.. mengharapkan pagar, pagar pula tak tau jaga diri rebah begitu saja.. saya rasa tidak perlu berbicara banyak tentang adun yang ntah apa nama dia???? perkara sudah berlaku, tinggal tunggu hukuman saja.. UMNO kalau mahu teruskan kelangsungan dalam politik negara harus membuat total reformasi... tapi bersediakah pemimpin-pemimpin UMNO ni... contoh senang macam mana sdr Rohaizat tu boleh di pilih menjadi calon permatang pasir?????

saya yakin ada banyak lagi talent dalam UMNO yang bersedia berkhidmat dengan baik kepada masyarakat dan negara.. UMNO kena pilih orang yang sesuai saja, jangan main ikutkan hati nanti binasa menyusahkan diri..

UMNO kena menyiasat tangan-tangan jahat dalam parti ni, keahlian mereka dalam UMNO jawatan pula dah besar tetapi bukan untuk berkhidmat untuk rakyat dan negara hanya untuk mengenyangkan perut sendiri... UMNO kena sembelih ahli macam ni...

mail lambong said...
This comment has been removed by a blog administrator.
mail lambong said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin