Search This Blog
Wednesday, March 24, 2010
Macam Budak-budak...
Salam,
Perangai budak-budak, akan merajuk apabila tidak mendapat sesuatu yang dihajati. Tidak mendapat permainan dikehendaki, pasti akan menangis. Merajuknya sampai sanggup tidak menjamah makanan.
Sama macam perangai ADUN Titi Tinggi, YB Yip Sun Onn. Meletak jawatan sebagai ADUN sebab merajuk tidak dilantik Exco Perlis. Buruk perangai kalau orang tua yang merajuk.
YB Yip ni mungkin tidak faham. Di DUN Perlis cuma ada dua kerusi milik MCA. Takkan dua-dua nak jadi exco. Dapat satu pun kira untung. Ni meletak jawatan pula sebagai ADUN, memang tidak wajar.
Sebagai pemimpin yang dipilih rakyat, tindakan meletak jawatan atas kepentingan peribadi menampakkan perasaan tamak haloba dan peribadi yang berjiwa kerdil. Orang sibuk nak pulihkan MCA yang sedang berkecamuk sekarang, dia pula sibuk memenuhi agenda peribadi.
Ada kalanya, karenah budak-budak ni tak perlu dilayan sangat. Makin dilayan, makin besar kepala. Biar sahaja...kalau dia terus letak jawatan, letak calon Umno dalam PRK. Senang cerita...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
yaa setuju, kalo orang MCA masih keras kepala, letakkan calon UMNO je tempat tu... mari kita lihat sapa yg kena... tak sedar dek untung MCA ni.Dia ingat undi MCA je diarong leh menang ke??
ustaz,
adakah ADUN ini bagi tau ustaz yang beliau letak jawatan kerana digugur sebagai exco ? Sebenarnya BN terkejut beruk kerana takut-takut jika ADUN ini bagi tau yang dia letak jawatan sebab hilang keyakinan kepada BN.
Apapun kita patut respect kepada ADUN ini kerana beliau meletak jawatan bukan MELOMPAT atau KELUAR parti. Apa pun alasan dan pandangan, tindakan ADUN ini sangat bermaruah tinggi.
Salam Datu...lain kali, ikuti pkembangan semasa mlalui media perdana dan alternatif spy tahu rentetan sesuatu peristiwa. Jangan main belasah ja...Tk
Baca sini: http://anginperubahan.blogspot.com/2010/03/yip-sun-onn-letak-jawatan.html
Ustaz said...
Nie ha...apa kejadahnya pulak PM pi pujuk Yb. Yip.Biarlah dia letak jawatan letak Umno sebagai calon
kalau macam nilah sikap PM dan UMNO aku pun nak letak jawatan dalam UMNO sebagai ketua pemuda cawangan sebab hilang kepercayaan pada PM kerana kecewa dengan sikapnya yang kini dah banyak Auta!
Along..Ketua pemuda Cawangan Bandar Mersing.
Salam ustaz,
apa pandangan ustaz pada kawan ustaz anony 10:58 ni ? Mengapa mau pujuk ? Ustaz kata saya main belasah .. Saya tidak main belasah, sebaliknya saya hanya mahu menyindir tangapan mudah ustaz.. Main boleh main sembronoh saja tuduh orang merajuk...
Bila 4 MP PKR sudah jadi Bebas, saya tanya kawan-kawan di sana, apa sudah jadi, adakah PKR benar-benar sudah retak menanti belah ? Mereka hanya senyum dan bagi tau bahawa itu perkara biasa saja sebaliknya PKR dan PR semakin kuat. Saya tidak percaya, tetapi apabila BN tidak sanggup untuk menghadapi satu PRK maka terbuktilah bahawa PR memang masih digeruni, ditakuti dan dibimbangi UMNO/BN akan pengaruhnya !
Biasalah Datu dlm dunia siber...ramai penyamar yg x bnama. Letak nama pun takut, nasihat saya jgn dilayan...
Dlm media memang jelas YB Yip merajuk x dlantik exco. Satu Msia tahu...cuma Datu ja yg kena menunggu YB Yip bgtau scara peribadi.
Kasihan Datuk ni.. ketinggalan bas... org lain dah lompat parti dan meninggalkan PR dia masih melihat PR masih kuat..... kasihan...kasihan....YB merajuk pun dia tak tahu..ha..ha..ha.. memang tak faham..faham.. sengaja tak nak faham...
Post a Comment