Search This Blog

Monday, March 8, 2010

Perosak Kestabilan Rakyat (PKR)? - Harimau


Salam,

Tandus idea melihat politik Malaysia. MCA tak habis-habis bergolak ketika parti mereka semakin lemah, DAP semakin kuat. Bukan fikir nak kuatkan parti, asyik berebut siapa nak jadi Presiden. Eloknya tendang ja MCA ni...

PKR pula tak nak terima hakikat. Asyik salahkan wakil rakyat yang keluar parti. YB Zul habis kena belasah selepas kena pecat. Semua kisah peribadi dijaja, sedang dulu mereka ni cukup mulia di mata PKR. Keluar ja terus jadi najis...hampas!

Baik baca tulisan Harimau Menaip - bagus juga idea 'mamat' ni. Selamat membaca...

Ramai yang tertanya-tanya, mengapa ramai sangat Ahli Parlimen dan ahli-ahli Pakatan Rakyat yang menyeberang titian lahanat sejak akhir-akhir ini? Kelihatan pula, kelemahan dan kekeldaian mereka didedahkan secara bersiri dan berterusan oleh rakan-rakan blogawan Pro Pakatan Rakyat. Mudah sungguh mencari salah bekas-bekas PKR ini. Nampak sangat, mereka TIDAK LAYAK bergelar calon Pilihanraya sejak hari pertama lagi. Siapa yang pilih mereka sebagai calon agaknya?

Asal sahaja kekecohan melanda, pasti ada nama PKR disebalik insiden tersebut. Siapa agaknya yang bersalah?


Anwar Ibrahim sebenarnya tidak layak menjadi Ketua dan pembantu-pembantu beliau adalah terlalu baghal untuk menyedari kebangangan ketua mereka itu.

Kita semua menyalahkan Pak Lah dan KJ kerana kejatuhan BN dan pengagihan kekayaan kepada kroni-kroni. Mengapa pula kita tidak menuding kelima-lima jari kepada Anwar Ibrahim kerana kegagalan dan kepunahan dalaman Parti Keadilan Rakyat?

PR menjadi kuat kerana ahli-ahli BN menyokong mereka dalam senyap. Mereka menyangka Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri.


Sekarang semuanya tinggal angan-angan bagi Anwar. Umur beliau semakin lanjut. PKR tiada pemimpin yang berkarisma untuk menggantikan Anwar. DAP sudah nampak ini semua. DAP bukan cina bodoh!


Kestabilan dan keamanan yang dikecapi Rakyat kerapkali digoncang dengan isu-isu politik baik dari PR mahupun dari UMNO. Dari mata rakyat, PKR paling kerap menjadi dalang.


Untuk apa agaknya parti ini ditubuhkan? Mungkinkah sudah tiba masa untuk dikuburkan? Setidak-tidaknya, Anwar perlu bersara. He is nothing jika Cina Ah Siang yang menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen.


Mungkinkah Anwar akan mengulang kata-kata Mahathir iaitu "Perjuangan Belum Selesai"? Ingat! Anwar is nothing!


Nota kaki: Ahli PKR adalah ahli yang direject dari parti yang lain.


5 comments:

Harimau-Menaip said...

Tuan,

Ia kebenaran. Terpulang kepada kita untuk menerimanya. Kalaulah Anwar jadi PM, lepas tu apa? Ataupun Siapa penggantinya? Azmin? Hadi? Ah Siang?

Anwar pun tidak dapat jelaskan.

Unknown said...

Untuk renungan bersama....sambil senyum klik disini ..senyum tu sedekah.

CINTA DUNIA said...

Ketika ramai wakil rakyatnya keluar parti,PKR nampak tenang saja...malah berani pula memecat wakil rakyat..Apa erti ini semua ? Mungkinkah UMNO tengah kebengongan memikirkan situasi ini..? Siapa yang gelabah sebenarnya..?

Dulu bila timbul ura-uran akan berlaku 'aksi lompat dari Bn ke pembangkang, maka sibuklah juak-juak Bn mengura-urakan agar undang-undang anti lompat diperkenalkan..Tapi bila 'aksi' itu tak menjadi, senyap pula dan sekarang macam teruja pula dengan aksi 'keluar parti @ lompat keluar ini.. Apa ni, apakah matlamat menghalalkan cara ???

matlan said...

asalamualaikum ustaz, saya tetap berpendapat bahawa, apabila kita terlalu ekstrim menyokong parti kita, kita secara psykologinya atau secara minda tidak sedar ini akan melihat apa yang lawan kita buat adalah salah,.......tetapi sedarlah, sahabat rasulullah pernah berkata, untuk mengetahui kelemahan dan memperbaikinya adalah baik kita dengar komen atau pendapat dari musuh kita.....ustaz, saya setuju dengan nota kaki tu ustaz. allah hu alam

Anonymous said...

Ustaz, YB Zul wajar dipecat oleh PKR kerana ia menjadi liabiliti kepada parti. Kalau BN nak pungut YB ni, pungut je lah. Tak payah sibuk-sibuk nak cari publisiti. Jangan menilai ahli PKR daripada kacamata parti lain. Ini satu kesilapan besar. Apa cerita pula ahli UMNO yang yang datang dari bekas PKR? Bukankah mereka juga ahli yang direject oleh parti? Dalam amalan demokrasi, setiap orang berhak untuk menjadi ahli mana-mana parti yang berdaftar dengan sah di negara ini. Cara ustaz berfikir sangat pelik dan menghina hak seseorang individu untuk menjadi ahli mana-mana parti. Sikap beginilah yang membuatkan orang meluat dengan parti yang ustaz wakili, walhal parti tidak bersalah, yang silap penyokong parti yang tak cukup ilmu tapi sibuk membicarakan sesuatu isu mengikut nafsu sendiri.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin