Mungkinkah nyawa kuli tidak berharga di mata bos?
Bukan sekali dua, malah sudah berulangkali kes pekerja maut kerana terhidu gas beracun - karbon monoksida - ketika menjalankan kerja pembersihan di ruang yang sempit tanpa pengudaraan yang sempurna.
Kejadian terbaru di tapak pembinaan Loji Penapis Air, Kg Lawa Beaufort seharusnya membuka mata pihak yang berkenaan. Dalam kejadian ini, nyawa 6 kuli melayang. Satu faktor yang ketara dalam kejadian ini ialah kegagalan pihak pengurusan @ majikan mengambil tindakan wajar.
Urutan kejadian yang menyedihkan ini bermula apabila 2 orang kuli masuk ke kawasan tangki untuk kerja pembersihan. Selepas dua jam, 2 orang lagi menyusul untuk meninjau kerja rakan mereka yang terdahulu. Diikuti kemudiannya oleh 2 orang lagi rakan mereka. Kesemua mereka maut.
Hanya selepas 6 orang terkorban, baharulah majikan memanggil bomba untuk mengeluarkan mayat mangsa. Apakah kerana kuli ini adalah PTI yang tiada pas kerja, maka nyawa mereka tidak berharga di mata majikan?
Pihak Jabatan Tenaga Kerja dan agensi berkaitan wajar bertindak tegas terhadap majikan. Bukan sahaja dalam kes ini, malah kepada semua majikan yang lalai. Ternyata dalam kebanyakan kes, majikan gagal mengambil langkah keselamatan yang perlu.
Dalam banyak keadaan, kuli sering menjadi mangsa...
2 comments:
Salam Ustaz,
Selepas ini mari kita tengok apakah tindakan pihak berkuasa terhadap insiden ini berasaskan konsep 'rakyat didahulukan pencapaian diutamakan'. ? Rakyat sedang memerhatikan, apakah semuanya sememangnya hanya slogan kosong saja...?
asalamualaikum ustaz, selama pengalaman saya mengaudit atau sebagai auditor bagi pensijilan ladang bagi akuakultur, saya beranggapan setiap tempat seperti tempat berlakunya kemalangan ini pasti mempunyai sistem pengurusan yang terkawal, prosedur kerja pasti ada, S.O.P perlu ada, dan kebiasaannya kita akan salahkan majikan apabila berlakunya kemalangan, walhal kebanyakan kemalangan di tempat kerja berdasarkan rekod adalah banyak di sebabkan kecuaian dan kelalaian pekerja itu sendiri, dengan kata lain kebanyakan pekerja indon (ohm) dan dan pelipin ni yang kemalangan, terjatuh,atau apa2 la, kebanyakan saya tingu akibat ingin menunjuk hebat atau minta puji bah,,,,ini pengalaman saya la. saya tidak berani juga menyalahkan pihak majikan semata-mata kerana saya tidak mengetahui keadaan sebenar di tempat tersebut....pernah satu ketika dulu di kolam udang di kuala muda kedah, seorang pekerja bangla jatuh dengan lori kecil 3 roda tu masuk dalam kolam, hanya kerana minta puji mau tunjuk teror depan kami student praktikal yang ada di kalangan kami tu student perempuan , awek cantik2 juga , nasib baik nda mati.....allah hu alam.
Post a Comment