Search This Blog

Monday, June 1, 2009

Tolong Jangan Korbankan Subjek Sejarah!

Salam,

Pada mulanya TS Muhyiddin Yasin, TPM & Menteri Pelajaran mengumumkan selepas ini pelajar yang menduduki SPM tidak lagi boleh mengambil lebih 10 subjek. Alasan diberi, supaya pelajar tidak terlalu menumpukan bidang akademik semata-mata dan mengabaikan bidang lain.

Pengumuman ini mendapat reaksi yang pelbagai. Mungkin benar juga, akibat terlalu mengejar kecemerlangan akademik, sahsiah pelajar kita semakin jatuh merudum. Dari sehari ke sehari, ada sahaja laporan berkaitan masalah displin pelajar didedahkan.

Semalam, Muhyiddin mengumumkan pula bahawa subjek teras yang kini 6 subjek ( B.Malaysia, B.Inggeris, Pendidikan Islam / Moral, Sejarah, Matematik, Sains dan Sejarah ) ‘berkemungkinan’ akan dikurangkan menjadi 4 subjek. Keputusan berkaitan cadangan ini akan dimuktamadkan dalam waktu terdekat.

Harapan kita supaya apabila Kementerian Pelajaran berbincang dan membuat keputusan nanti, hendaknya janganlah dikorbankan subjek Sejarah. Nampak daripada 6 subjek teras tersebut, subjek Sejarah adalah yang paling tiada nilai pasaran, dan berkemungkinan akan tercicir!

Kita khuatir jika subjek ini digugurkan keadaan akan menjadi semakin parah, terutama di kalangan pelajar dan belia lepasan sekolah. Sedangkan ketika ini, subjek sejarah wajib dipelajari pun anak-anak muda kita agak ‘keliru’ dengan sejarah negara, apalagi jika ia menjadi subjek elektif? Mungkin ramai pelajar akan menggugurkannya dari senarai pilihan!

Ketika subjek Sejarah masih wajib dipelajari ketika ini, timbul persoalan semangat patriotisme di kalangan segelintir anak-anak muda kita – termasuk orang tua -, bagaimanakah pula situasinya apabila sejarah pembentukan negara ini, di mana kita bermula dan ke mana hala tuju kita, tidak lagi dipelajari di sekolah?

Kita bimbang apabila senarionya nanti semakin ramai yang melihat Chen Ping sebagai wira dan ikon perjuangan, tanpa melihat pengorbanan anggota keselamatan kita. Mengapa ini berlaku? Akibat ‘buta’ sejarah!

Subjek Sejarah mungkin tiada nilai pasaran, tidak menarik untuk dipelajari dan tidak glamour, tetapi daripada Subjek inilah nilai dan maruah kita dapat ditanamkan di peringkat sekolah. Soalnya, jika bukan subjek Sejarah, subjek apa pula yang akan terkorban? Rasanya tidak mungkin subjek Pend Islam / Moral.

Kementerian Pelajaran wajar berhati-hati dalam membuat keputusan. Satu kesilapan berlaku, pelajarlah yang akan menjadi mangsanya.

5 comments:

orgkuale said...

Tq ustaz. Sebenarnya keputusan untuk mewajibkan pelajar mengambil tidak lebih 10 subjek boleh dikatakan satu cadangan yang keterbelakang. Kalau menteri pelajaran terdahulu tidak melarang para pelajar mengambil lebih 10 subjek sekiranya mampu. Dan hasilnya lahirlah golongan pelajar Melayu terutama dari kalangan sekolah beraliran agama meningkat. Bagi saya tidak salah sekiranya para pelajar mampu. Tetapi sejak akhir-akhir ini,ada suara-suara sumbang yg telah nampak betapa inteleknya orang melayu.Dan mengatakan pihak JPA pilih kasih dalam memberikan biasiswa kpd glg bumiputera. Jangan atas desakan oleh glg bukan melayu semua kemudahan dan keistimewaan org melayu di tarik balik. Saya bukanlah bersikap prejudis tetapi sejak akhir-akhir ini,glg bukan melayu banyak mendesak kerajaan dan atas dasar perpaduan kononnya sedikit demi sedikit keistimewaan org melayu ditarik. Contohnya di Perak, setiap sekolah Cina akan diberikan tanah untuk mendirikan sekolah semasa pemeritahan PR. Tanah kg Baru, yag pada mulanya dimiliki oleh orang melayu, semasa pemerintahan PR melanjutkan pajakan tanah selama 1000 tahun. Sebenarnya penduduk Cina yg dipindahkan ke kg baru semasa pentadbiran British adalah ehsan org melayu. Mereka ini adalah golongan suku sakat parti komunis yg cuba di halang daripada menyokong parti komunis. Inilah tujuan kita belajar sejarah. Dan mungkin ramai yang tidak tau sebelum terjadinya peristiwa 13 Mei, Orang Cina di Pulau-Pinang pada tahun 1967, telah membakar duit kertas pertama kita dengan alasan gambar duit itu mengandungi cetakan pertama YDPA pertama Tuanku Abd Rahman.Dan mengatakan org melayu tidak layak memegang duit kerana miskin. Kita boleh merujuk Sejarah yang berlaku.Dan tindakan Menteri Pelajaran Malaysia akan mengurangkan subjek teras adalah tidak adil. Memang yang akan menjadi mangsa adalah mata pelajaran Sejarah dan pendidikan islam. Sudahlah PPSMI belum selesai dan menaikkan kemarahan dikalangan ahli akademik. Secara jelas bahawa dalam perlembagaan Malaysia fasal 152 menjelaskan bahasa melayu sebagai bahasa utama dalam pengejaran dan bahasa rasmi negara. Tetapi ternyata pihak KPM ambil lepas tangan saja yang penting tender dapat.Tahukah pihak KPM betapa kecewanya guru-guru yg tidak mengajar PPSMI, betapa mereka mendapat banyak keistimewaan, dari segi elaun dan segala kemudahan laptop dan sebaliknya. Di sini kita sudah kita lihat ada yang tidak kena. Jadi,harapan guru-guru terhadap menteri pendidikan yang baru dapat memberikan sedikit harapan kepada mereka dan jangan mengulangi kesilapan menteri yang terdahulu. Harapan seluruh org melayu, segerakan keputusan PPSMI dn kembalikan bahasa melayu dlm pengajaran mat n Sains. angan kurangkan subjek teras kekalkan kepada enam subjek. Mewajibkan semua sekolah aliran menggunakan bahasa melayu sbg bahasa pengantar. Wajibkan subjek BM lulus dlm semua peperiksaan sama ada UPSR,PMR dan SPM.Cadangan saya seterusnya di Perak selama Zambry memerintah selama dua bulan.Org melayu berharap agar beliau kembalikan tanah org melayu yg diambil oleh org cina terutama soal pajakan tanah kg baru,kerana beliaulah org yg habis menentang habis-habiskan penyerahan tersebut semasa pemerintahan PR, tetapi kini sudah senyap. Bukan membenci UMNO tetapi mahu UMNO pulih dan mantap dan kembalikan kuasa org melayu.Kalau negara Thai dan British, org yang cuba menghina Raja mereka akan dihukum dengan beratnya. Tetapi di Malaysia,kuasa Sultan dan Raja jadi mainan mereka.Mufti sudah jadi hinaan mereka, tanya diri sendiri,adakah mereka itu malaikat?

Datu Sulaiman said...

Saya berpendirian langkah perubahan yang mahu dilaksanakan TS Muhyiddin ini amat tidak perlu. Tidak ada sebab melakukan perubahan kerana sistem terbuka sekarang sudah cukup bagus. Janganlah semata-mata kerana ingin buat perubahan, yang tidak perlu diubah pun akan diubah.. Ada isu penting lain yang perlu difikirkan Muhyiddin seperti PPSMI yang belum selesai, samseng pelajar, gejala sosial sehingga melibatkan buang bayi yang melibatkan pelajar sekolah, inilah yang perlu dirangani segara oleh Menteri Pelajaran. Saya sokong kenyataan orgkuale bahawa langkah menghadkan subjek yang boleh diambil kepada 10 sahaja merupakan satu langkah yang kebelakang. Kita harap TS Muhyiddin tidak melakukan kesilapan yang akhirnya merugikan orang Melayu sendiri...

Ajin b. Gagah said...

ustaz,
Satu persoalan semasa yang serius lagi relevan untuk jadi topik.

saya terkilan juga, atas keperhatinan ustaz terhadap kepentingan subjek sejarah selaku bahan panduan anak-anak kita dimasa kini dan masa akan datang.

Walau macam mana pun, saya maseh percaya bahawa pemimpin saperti TS Muhyiddin (TSM) telah mengambil kira persoalan ' betapa penting nya ilmu sejarah untuk di amati oleh anak-anak muda kita'.
Kadang-kadang dalam penyebaran oleh media tanpa sempadan ini, lain yang tersirat lain pula tersurat.Mana lah tahu..

Kalau ada pun proses perubahan, mungkin hanya lah pada bentuk sistem; nama, kaedah dan sebagai nya.
Harus juga di ambil kira, proses menghadkan subjek ini hanya di implementasi kan pada tahap SPM. Makna nya, sejak tingkatan 1, penuntut telah di ajar ilmu sejarah. Kalau serius belajar,selama 5 tahun itu besar juga impak nya.

Namun, tidak salah juga kalau kita sampaikan kerunsingan ini dalam bentuk realiti. Contoh nya sampai kan kepada pemimpin tempatan untuk di sampaikan ke keperingat atas.. DUN dan Parlimen atau TS Muhyiddin sendiri.

Setahu saya, TSM ini orang nya terbuka kepada kritikan yang membina.

Kes sesensitif saperti ini, tidak perlu lah dipolitikkan sangat. Sebaik-baik nya, ia di uruskan melalui perundingan dengan menggunakan saluran yang Betul..

Kalau itu tidak berjaya, then baru lah gunakan 'option' lain yang lebih effective..


.

kif_0206 said...

10?
terlalu sedikit..
seharusnya kerajaan 'limit'kan
kepada 15subjek agar dapat membuka ruang terhadap pilihan kos untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA..
sebagai contoh,nur amalina,pelajar cemerlang spm 2004. Beliau dapat memilih samada kos sains,kejuruteraan,kesusasteraan,perubatan,
dan lain2 lagi.

Kementerian Pelajaran seharusnya
melakukan kajian terperinci terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan...
yang menjadi mangsa adalah pelajar
hasil daripada kesilapan kementerian..

USD said...

Salam,
TK atas komentar yg diberi. Kita tggu langkah KPM seterusnya...harap langkah baik utk semua!

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin