Search This Blog

Thursday, July 9, 2009

Alangkah Bertuah Bukan Rakyat Xinjiang!


Salam,


Melihat keganasan dan perbalahan etnik di wilayah Xinjiang, China, antara minoriti Uighur dan majoriti Han, terfikir seketika satu perkara...alangkah untung dan bertuahnya lahir, menetap dan menjadi rakyat Malaysia.


Tidak dapat digambarkan jika lahir di Xinjiang, apalagi lahir sebagai etnik Uighur. Pasti hidup tidak aman dan tidak selesa, terjebak dalam 'penindasan' etnik majoriti. Sudahlah susah tidak dibantu, ditindas pula!


Keadaan malang berterusan apabila tidak diberi peluang dalam pelbagai bidang, khususnya peluang perniagaan. Ekonomi Xinjiang dikuasai etnik Han dan etnik Uighur menjadi etnik terpinggir.


Berbeza di Malaysia...


Aman sentosa, harmoni, makmur, segala peluang terbuka luas. Selagi tidak melanggar undang-undang, semu rakyat diberi kebebasan, bebas melakukan apa sahaja. Kebebasan bercakap membolehkan werganegara bebas bercakap apa sahaja, sekalipun ia mengguris orang lain.


Di bidang perniagaan, siapa yang berusaha lebih mampu menjadi kaya raya. Semua orang mampu menjadi jutawan, asalkan kena gaya. Tidak kira etnik apa sekalipun, tiada siapa yang terpinggir. Malahan etnik minoriti menguasai beberapa bidang, khususnya ekonomi melebihi kaum majoriti.


Cuma yang tidak difahami, di negara ini masih ramai yang tidak berpuashati...malah ada yang tergamak menyalakan api perkauman, berlagak hero demi survival masing-masing. Sudah diberi betis, hendak peha lagi!


Demi menawan hati para pengundi, demi memenangi kerusi pilihanraya, demi merebut kuasa, segelintir rakyat Malaysia leka dengan nikmat hidup di Malaysia. Ada yang sanggup menghina dan mencerca orang lain, cuba merobohkan asas yang telah dibina pemimpin terdahulu!


Mungkinkah apa yang berlaku di Xinjiang boleh berlaku di Malaysia? Jawapannya ada di tangan kita...


7 comments:

Datu sulaiman said...

Rasanya sesuai kalau Datuk Najib segara terbang ke china untuk menemui pemimpin China untuk menyuarakan pandangan Malaysia berkenaan konflik ini. Najib sesuai kerana ada hubungan baik dengan china, lagipun beliau baru balik dari china. Memandangkan kes melibatkan etnik yang beragama Islam maka Najib perlu memberi perhatian.

Anonymous said...

Tahniah Datu sulaiman kerana memberi kepercayaan dan keyakinan terhadap pemimpin UMNO yg selalu dikata org tak islamik....
Hairankan bila perkara2 begini terjadi pemimpin ULAMAK PAS tu apa peranannya ya??? Bukan kah mereka tu jagooooaaaaannnnn........

ikhlas drp BFT

Anonymous said...

Salam.
Sepatutnya org2 HINDRAF kena tengok peristiwa ini.

Mungkin juga sekarang ni diaorg sudah sedar........ maklumlah....?

Wak Labu Farm said...

'Kuasa politik', yang ramai akan menindas yang sedikit.

Datu Sulaiman said...

anonymous 7:30,

ini bukan soal jagoan..DS Najib berada dalam keadaan yang sesuai kerana gambaran bahawa beliau mendapat pemghormatan yang tinggi pimpinan negara China, seperti mana yang diterima oleh ayahnya dulu, jadi sesuailah beliau memainkan peranan..Ini bukan soal jagoan.Macam mana pun kita tunggu apa reaksi Ds Najib...

Pendekar Awang said...

Sy setuju.
ada diantara kita masih tidak bersyukur tinggal dbumi bertuah MALAYSIA.
yang menyalakan isu perkauman tu, baik hantar p SANAlah.
Malaysia bumiku yang tercinta.

matlan said...

aslamualaikum ustaz, bagi saya, ini bukan soal siapa jagoan, atau sesuai ke tidak sesuai, ini adalah soal tanggungjawab , tanggungjawb kita sebagai umat islam, dan sebagai saudara seislam,....dan perkara ini berlaku mungkin ada hikmahnya, tapi kita selalunya tidak akan belajar dari sejarah, dan perkara ini ada di sebut di dalam al-quran, tapi kita tidak mahu ambil tahu,......apa yang berlaku di china bukannya suatu yang baru, tapi kita perlu jelas di sana, ianya bukan masalah kaum, atau pun di mana2, apabila orang islam jadi kaum minoriti di satu2 tempat, mereka akan di inaya, bunuh, tindas dan sebagainya,( ini yang jelas berlaku) tapi kita lihat di mana tempat yang orang islam mejoriti, tiada apa yang berlaku kepada orang bukan islam, mereka hidup bahagia , cuma mereka tamak dan tidak mahu melihat orang islam semakin kukuh maka timbulah cerita konon mereka dibunuh beramai2, di tindas, dan di inaya seperti yang di dakwa oleh HINDRAF ( sememangnya tidak berasas ) ini semua dakyah musuh2 islam di seluruh dunia kerana untuk pastikan pemimpin yang di sebut di dalam alquran dan hadis rasulullah yang akan muncul dari kawasan timur ini dapat di nafikan keujudannya, sesungguhnya " orang2 yahudi, nasrani dan majusi itu tidak akan senang dengan kamu ( umat muhammad ) sehingga lah kamu mengikuti seperti mereka ( mengikut agama mereka )" - Al-Quran.......sama2 kita fikirkan- allah hu alam

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin