Search This Blog

Tuesday, July 14, 2009

Apa Jadi Pelajar Kita?

Salam,

Lupakan seketika PRK Manek Urai, pasti malam ini keputusannya akan diketahui. Sama ada pengundi di sana memilih janji pembangunan yang memang sudah terbukti atau kekal dengan keadaan sedia ada.

Redakan sekejap kecoh 100 hari DS Najib sebagai PM dan 11 komitmen beliau untuk rakyat. 100 hari rasanya bukanlah waktu yang mencukupi untuk melakukan semua bagi memuaskan semua pihak...tentu ada sahaja yang berasa tidak puas hati. Siapa dalam dunia ini yang mampu melakukannya, sedang Lim Guan Eng yang mahu mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz pun terpaksa berdepan dengan penduduk Kg Buah Pala!

Lupakan sejenak polemik PPSMI, keputusan sudah pun dibuat. Tidak difahami apa lagi yang mahu dicari? Buat salah, tidak buat pun salah. Mundurkah pelajar Malaysia jika tidak belajar Matematik dan Sains bukan dalam BI?

Perhatikan laporan di atas! Apa sudah jadi dengan pelajar kita? Mungkin anda ada pandangan?

7 comments:

Unknown said...

Salam Ustz Said,

Apa khabar Sahabat lama. Lama dah ikuti blog sdr cuma tak sempat nak komen. Tahniah ! atas inisiatif sdr. Tersentuh saya dgn slogan sdr " Katakan benar Walaupun pahit". Harap kita konsisten.

Pasal Manoharan tu...memang sial betul la dia. Betul la kata prof. Khoo Kay Kim "tak layak jadi warganegara".

Pasal PRK manek Urai - Tabik juga kawe kat BN kerana sekurang2nya berjaya kurankan majoriti byk sekali TAPI tak bermakna berjaya menangi warga Manek Urai. Sememangnya mrk dahagakan pembangunan . Janji Jambatan memang sgt efektif TAPI kena buat juga walaupun kalah sbb 5+++ orang undi BN.

Jumpa lagi.

Tarsut K.Krai Kelantan

sahabat mu,
Tarsut K.Krai, Kelantan.

YANG GAMBI said...

Gejala kurang sehat pelajar bukan kerana PPSMI, ibubapa, guru, masyarakat juga perlu mengambil tahu. Kalau Masyarakat kembali kepada sikap anak orang juga anak kita, insyaAllah gejala ini dapat dihindar....

Datu Sulaiman said...

sdr wak labu,
kalau boleh saya memberi teguran supaya istilah 'kafir' ni kita jangan gunakan kerana bunyinya terlalu kasar. Guna istilah 'bukan Islam' atau 'non muslem' lebih berhemah..Jangan kita tanamkan sentimen kebencian kerana Islam tidak mengajar kita membenci..Dalam satu aspek, jangan kita menghina mereka kerana belum tentu mereka yang kafir hari ini matinya nanti dalam keadaan kafir, mana tau sebelum mati mereka mendapat hidayah dan masuk Islam..Dan kita pula yang sedia Islam ini, belum tentu mati dalam keadaan Islam..,boleh jadi ada yang tergelincir sehingga mati dalam sifat kekufuran..bil hikmah lah yang wak labu.

Anonymous said...

Datu Sulaiman, teruskan perjuangan menegur mana yang silap. Saya lihat, saudara lebih menonjol memperjuangkan PR, teruskan.

Ustaz Said, masalah remaja Malaysia kini kian meruncing. Masalah moral dan sosial kalangan mereka sebenarnya amatlah menakutkan. Pelbagai kes telah kita dengar dan ibubapa pukul guru juga sudah menjadi terlalu biasa. Di manakah silapnya? Di mana kita menyimpan kata2 MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA.

Maaf saya katakan, dasar pendidikan negara turut menyumbang kepada keruntuhan ahklak remaja masa kini. Sedari usia 5-6 tahun, kita perhatikan apa yang dipelajari oleh mereka di tadika. Cuba luangkan sehari dua di tadika tajaan kerajaan (pra sekolah/ kemas) serta sehari dua lagi di tadika swasta (alam ria dan taman asuhan kanak2 Islam). Cubalah dan buat perbandingan.

Pada peringkat rendah pula, didikan agama walaupun diajar, tetapi menjadi tidak sepenting math, sains, BI, dll. Dulu, saya sempat bersekolah agama (baju melayu putih bersamping hijau)setelah pulang sekolah rendah harian, kini agak sukar untuk menghantar mereka ke sekolah agama kerana program2 sampingan di sekolah, namun semua itu memang tidak menjamin mereka menjadi insan yang berakhlak, cuma penerapan nilai Islam makin kurang dititik beratkan oleh ibubapa dan usaha ke arah itu pun seperti lepaskan batuk di tangga oleh kerajaan.

Kerajaan perlu serius merencana nilai2 keperibadian Islam dalam sistem pendidikan kerana kuasa ada di tangan mereka. Ibubapa pula perlu menyokong usaha tersebut. Usaha kerajaan tidak akan berhasil jika Ibubapa meletakkan 100% pembinaan siasah anak mereka ke bahu kerajaan.

Masalah sosial yang sedang dihadapi banyak bersilang kaitnya dengan pendidikan awal, pengaruh kawan2, hiburan keterlaluan (media elektronik dan cetak), ibubapa (terlalu sibuk mencari nafkah kerana desakan hidup, kemampuan menyediakan keselesaan yang terhad, cetak pengetahuan agama dll).

Tiba masanya kerajaan memandang serius gejala sosial ini dan mencari satu penyelesaian yang konkrit. ujudkan satu JK khas untuk mengkaji dan mencari jalan keluar.

anonymous said...

Tn Guru2 PAS pun sebut UMNO KAFIR - tak pernah sebut 'bukan islam' atau 'non muslem'.

Nak ajar orang kunun, ajar dulu Tn Guru2 PAS tu dulu.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin