Search This Blog

Thursday, July 23, 2009

Keadilan Untuk Semua!


Salam,


Akhirnya kerajaan membuat yang ditunggu-tunggu, keputusan yang dituntut bukan sahaja oleh keluarga mendiang Teoh Beng Hock malahan oleh sebahagian rakyat. Keputusan ini tepat dan kena pada masanya, biar pihak yang terlibat dihadapkan ke muka pengadilan.


Kerajaan sudah menunaikan permintaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja dan melakukan inkues menyiasat kematian 'misteri' Teoh. Seharusnya semua pihak akan bekerjasama melicinkan proses siasatan ini. Semua misteri yang menyelubungi kematian ini mesti dibongkar!


Elok juga dihentikan sebarang spekulasi dan usaha mempolitikkan kematian ini. Semua pihak, khususnya DAP dan PKR harus bertenang. Janganlah hendaknya menjadi pendakwa dan hakim menghukum SPRM bersalah, ketika siasatan belum diselesaikan.


Pada masa sama, sesuai dengan slogan Keadilan Untuk Semua, satu suruhanjaya dan inkues juga wajar dibuat menyiasat kematian siswi UKM, Wan Siti Farihan Mohd Hassan yang ditemui mati jatuh bangunan pada 22 Jun lalu.


Tidak harus berlaku double standard dalam hal ini. Nyawa Teoh dan Wan Farihan sama bernilai dan berharga untuk negara ini. Cuma bezanya, kematian Teoh dibela oleh parti politik, siap ada perhimpunan dan perarakan lagi!


Keadilan Untuk Semua...semua werga berhak mendapat keadilan tanpa mengira bangsa, agama atau darjat. Seperti Saiful Bukhari Azlan, dia juga wajar mendapat pembelaan dan perbicaraan yang adil.


Keadilan bukan milik ekslusif siapa-siapa...


2 comments:

Keliwon Jantan said...

ustaz,
betulkah zahid hamidi ada berjumpa dengan ehud barak ? Kalau benar,apa hukum berkenaan pertemuan ini? samakah tak moleknya dengan penglibatan Nizar membakar lilin ? Cuba tolong ulas sikit ustaz, atau kawan2 lain dalam BPN @(blogger pembela nasib) UMNO

Syeikh YB said...

ustaz tak boleh jawab tu...ternganga-nganga. gambar najib nyalakan lilin dia takboleh nak kata apa

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin