Search This Blog

Tuesday, July 21, 2009

Masih Ada Tidak Kena Dengan Gambar Ni?


Salam,

Selepas tersiar gambar Nizar menyertai upacara vigil bersama pimpinan DAP di Ipoh, ramai yang memberi komen. Tidak salah memberi komen, yang salahnya komen keluar tajuk!

Di pihak Umno, tindakan Nizar ini nyata salah. Ada saja alasan yang diberi untuk menyalahkan Nizar. Ini biasa... atas sifat berlainan parti. Umno vs PAS.

Penyokong PAS tentu sahaja mempertahankan pimpinan dan YB PAS ini. Pelbagai alasan diberi mewajarkan perlakuan Nizar ini. Ini juga biasa...cemuhan umno mesti dijawab kerana perlawanan parti. PAS vs Umno.

Cuma jawapan penyokong Nizar ( dan PAS juga ) nampak tidak meyakinkan. Bukan pula menjawab soalan, tapi memberikan soalan. Dengan kata lain menegakkan benang basah!

Yang lagi pelik ada pula blogger PAS yang tidak setuju dengan Nizar dan amalan ini. Bukan sebab Umno atau apa sahaja, kalau ia tidak 'manis' di sisi agama, takkan nak setuju juga!

Seharusnya perkara begini dilihat melampaui politik kepartian. Bukan soal PAS atau Umno, tapi soal kesucian Islam. Salahkah simpati? tapi janganlah sampai nak ikut telunjuk buat apa yang tak perlu!

Ah kita tunggu ajalah fatwa pimpinan tertinggi PAS, kalau ulama yang lain bagi fatwa nanti kena gelar terompah kayu pulak...

10 comments:

tak sokong mana2 said...

Kesian Nizar, dia tahu apa yang dibuatnya tu akan menimbulkan isu, tapi akibat nak menjaga (menurut) pendamping2 DAPnya itu, dia buat juga... Memang dia ni tak boleh memimpin...

Anonymous said...

Maksud candle vigil:
A candlelight vigil is an outdoor assembly of people carrying candles, held after sunset. Such events are typically held either to protest the suffering of some marginalized group of people, or in memory of lives lost to some disease, disaster, massacre or other tragedy. In the latter case, the event is often called a candlelight memorial. A large candlelight vigil will usually have invited speakers with a public address system and may be covered by local or national media. Such vigils may also have a religious or spiritual purpose. On Christmas Eve many churches hold a candlelight vigil.(Perbuatan Ini Adalah berasal dan Perbuatan Penganut Keristian)..Fikirkan lah ye..apa-apa yang anda buat yang berkaitan Islam sebelum ini..bermula dari kosong semula..itu pun jika Taubat di terima..

Anonymous said...

Satu lagi difinasi dan maksud perbuatan yang ditiru oleh Nizar: american ditc...
A small candle kept burning in the chancel of Christian churches to symbolize the presence of the Holy Sacrament; an altar light. 2. A candle lighted by a worshiper for a special devotional purpose. 3. A light or candle kept burning at a shrine or before an icon.

One Malaysia rasional said...

tulis ustaz ini mengundang ramai pula 'ustaz' dan 'alim ulama' yang memberi komen..beginilah, saya fikir elok ustaz refer kepada mufti negeri, patut ada fatwa dikeluarkan supaya ianya tidak berterusan menjadi fitnah dan perbelahan..nanti akan muncul pula lagi beratus-ratus 'ustaz' dan 'alim ulama' memberi komen di blog ustaz ni.

Unknown said...

salam Ustz Said,

Kawe tunggu hujjah / pandangan mrk yang berotoriti agar kita tidak mudah buat kesimpulan....

Kawe setuju isu ini perlu dibincang melampaui politik kepartian....

Unknown said...

salam Ustz Said,

Kawe tunggu hujjah / pandangan mrk yang berotoriti agar kita tidak mudah buat kesimpulan....

Kawe setuju isu ini perlu dibincang melampaui politik kepartian....

Anonymous said...

Wah Hebat sunggoh Datuk Nizar dan Sdranya..
Perangai ikut pati sekutu nya.
Ini contoh terbaik "selective prosecution","selective amnesia".

"selective" maana nya kalu ade untung pada saya aje, baru ambil bahagian.

Teringat saya akan ciri ciri kumpulan manusia di negeri malaysia yang asal usul dari benua lain, mereka sendiri berkata kaum mereka mengamal kan falsafah "praktikal dan pragmatik".
Saya punya adelah saya punya.
Anda punya adelah saya punya.
Semua untung saya punye.
kalu rugi ,gahmen punye.(IPP kontrak).
sebiji buah sikap pati datuk yang sebelah Datuk Nizar..
Hebat...
Walau apa pun teman rase MEREKA ni tidak akan belajo hingga Perseketuan Tanah meayu dapat drampas dari melayu atau yaumul Qiyamah, yang mana dulu.
changkat lobak.
arjuna waspada.

Anonymous said...

N.Ajis kata " Bulih belako. Dio buak lagu tu takdo ha punyo. Jamin syurgo tu. Hok mati tu pun ambo jamin syurgo. Alamak ambo sapo nak jamin syurgo plok...?" Hua.. Hua.. Hua....

eXception said...

Aku rasa nanti Nizar akan kata tindakan itu di luar kesedarannya, mcm aksi beruk dia kat Parlimen ari tu... Dia akan kata ianya tak dirancang dan secara spontan. Kepala bapak dia!!!

http://exception2008.blogspot.com/

whiteorange said...

Aku tau hukum tapi bukanlah pandai sangat. Akal cetek aku berkata, meniru perbuatan kafir itu kafirlah.
Aku seorang tukang kayu. Dulu aku perna diminta seorang rakan Hindu untuk membuat kereta Kavadi mereka.Upahnya amat lumayan. Sebelum aku ambil keputusan untuk membina rumah kavadi tersebut,aku merujuk dahulu kepada seorang Ustaz tentang Hukum membina rumah Kavadi tersebut. Cuma Ustaz bagi aku pandangan mudah, tak payahlah. Aku faham maksud yang tersurat dan tersirat Ustaz ini. Nizar pun patut berfikir macam aku fikir, kepentingan agama mesti didahulukan, bukan kepentingan wang atau politik yang mesti didahulukan. Bab agama ini bukan seperti masak lauk asam pedas,kurang garam tambah garam, kurang asam tambah asam dsb supaya bertambah enak. CUKUPLAH NIZAR, JANGAN KELIRUKAN LAGI UMAT ISLAM YANG DAH BANYAK KELIRU ...

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin