Search This Blog

Tuesday, July 28, 2009

Selamat Tinggal !!!



Salam,


Hari ni kita rehatlah dulu. Jangan bicara soal TBH, ramai ‘peminat’ dia yang ‘melalak’. Kita beri peluang kepada inkues menjalankan tugas esok. Semoga kebenaran tersirna!


Kita ingin bicara tentang Chua Jui Meng yang menyertai PKR beberapa hari lalu. Dia dilaporkan

berkata antara sebab dia meninggalkan MCA ialah kerana dia melihat parti berasaskan kaum tidak lagi relevan.Kekecewaan tewas dan ditolak oleh ahli MCA, mungkin sebab lain yang tidak dinyatakan Chua.


Kita setuju, demi pembentukan bangsa Malaysia yang tidak beridentitikan kaum tertentu mungkin sudah sampai masanya untuk diucapkan Selamat Tinggal! Selamat tinggal perkauman, selamat datang 1Malaysia!


Umno, MCA dan MIC umpamanya, parti yang mewakili kaum utama di negara mungkin harus dibubarkan, jika mengikut perkiraan Chua. Harus cuma ada parti berbilang kaum di bawah satu parti. PKR pilihan Chua menjadi parti multi racial ini dan berjuang tanpa mengira kaum.


Cuma Chua juga wajar diingatkan. Selain parti, ada banyak lagi sektor berasaskan kaum di negara ini yang sudah tidak relevan lagi, yang mungkin wajar dikaji semula dan dihapuskan. Chua disaran supaya mencadangkan perkara ini kepada pimpinan PKR.


Sebagai contoh, sekolah berasaskan kaum dalam sistem pendidikan negara. Perlukah wujud sekolah untuk kaum Cina dan India ketika Chua bercakap soal tidak relevannya parti berasaskan kaum di negara ini? Jika identity berasaskan kaum ini hendak ‘disatukan’, Sekolah Kebangsaan kan ada untuk semua rakyat Malaysia.


Jika benar Chua ikhlas, inilah masanya, ketika di luar MCA untuk Chua bersuara! Jika tidak, Chua cumalah beretorik, menutup rasa kecewa dan hampanya...


2 comments:

ڤنا مينڠ / PENA MINANG said...

Assalamualaikum.

Hasrat 1 parti semua bangsa itu memang molek. Namun begitu sebagai seorang muslim, saya tidak mahu bangsa lain yakni kaum kafir mencampuri urusan Ad-Din saya.

Kalau satu parti sekalipun, pasti akan ada perjuangan berkepentingan. Sebagai contoh PAP Singapura. Mereka tidak meletakkan orang Cina menjaga hal ehwal orang Islam. Mereka meletakkan pemimpin Melayu dalam urusan berkenaan.

Biarlah saudara saya memimpin saya daripada membiarkan kaum kafir menjadi pemimpin kepada urusan kehidupan saya.

Anonymous said...

ustaz,

ya mmg kisah chua jui ming ni menarik utk komen. bagi pendapat aku la.

kepada yg tak kenal jui meng diaorg bleh ckp apa2 pun tapi yg kenal dia ,,, dia ni lg muda pun mmg jenis yg kerja kuat dibhgn dia. semua pemimpin BN baik dari umno dan mic semua dia kenal. pendek kata grass root cukup kuat.

yg menarik nya kenapa dia tinggalkan mca di penhujung karier dia selepas kalah di MCA.

dia juga antara pemimpim MCA yg lantang kritik anwar masa mula2 krisis anwar thn 98.

bukan dia tak tau perangai anwar, dia lebih maklum laa.

tapi kenapa dia pilih PKR..??

ada 2 teori. pertama ...

ingat ya walaupun dia kalah pemilihan MCA t/hari tapi di bhgn, dia masih cukup kuat dan ada byk bhgn MCA yg jadi die hard supporter.

selagi dia masih didalam MCA, org2 dia yg dah dicop didahi akan bermati2an pertahankan dia dan tak akan berdamai dgn tea kiet.

jadi dia keluar utk invite org2 dia yg didlm MCA ikut dia. bila dah semua keluar , percayalah satu hari nanti dia akan masuk BN semuka.

biasa la kan byk org tau teknik ni.

teori kedua.

MCA's think tank dah boleh baca bahawa melayu PAS-UMNO akan berdamai juga mengikut rentetan peristiwa 13mei 69.

jadi utk mengimbangi kuasa politik melayu, yg bila bersatu nnt akan lemahlah hak2 org cina. jadi basically no 2 is very much to deal with new m'sian politics.

azli

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin