Search This Blog

Friday, July 17, 2009

Siasat...Jangan Politikkan!

Salam,

Kematian 'mengejut' Setpol Exco DAP Selangor, pasti akan menjadi berita sensasi seluruh negara dalam tempoh terdekat ini.

Pasti banyak persoalan yang timbul daripada insiden ini. Semua orang berhak bertanya mengapa dan bagaimana insiden ini boleh berlaku? Penjelasan yang diberi setakat ini, mungkin jauh daripada memuaskan semua pihak!


Kita menyokong sepenuhnya jaminan pihak Polis untuk menjalankan siasatan dengan adil dan tidak akan menyembunyikan apa-apa maklumat berhubung kejadian ini. Siasatan menyeluruh terhadap kes ini harus dilaksanakan segera supaya 'misteri' yang menyelubungi kejadian ini juga dapat dirungkai segera!

Sambil kita mengucapkan takziah kepada keluarga dan tunang mendiang, kita juga berharap supaya kes ini tidak dipolitikkan oleh pihak berkepentingan. Biarlah politik dikaitkan dengan orang yang hidup, janganlah kematian juga dijadikan modal meraih sokongan!
Janganlah ada pihak yang menangguk di air keruh...

6 comments:

bungaraya said...

Salam Ustaz,
Hanya dua kemungkinan. Dibunuh atau membunuh diri. Tak mungkin tergelincir dan jatuh kerana tingkap bangunan tersebut tidak membolehkan perkara itu berlaku. So? Confirm dibunuh atau membunuh diri. Apapun puncanya keserabutan minda atau ancaman tel bimbit dari orang-orang tertentu. Siapa orang tertentu itu, anda fikirlah sendiri.

Aryan said...

salam ustaz..

just nak betulkan sedikit kekhilafan utk URL one malaysia tu = www.1malaysia.com.my bukannya onemalaysia.com.my ..

anyway, keep it up..

yg benar tetap benar.. yg batil tetap batil//

Junaidi Blog said...

jika benar ada kedua japapan dari sangkaan kita .... so apa yang boleh kita perkatakan poleitik hari ini sudah semacam diracuni oleh cara pemikiran barat yang terlalau taksub untuk berbunuhan demi kuasa . kalau gin adanya baik tingalakan duni politik kita tanam kankong di laman ruam anak kampung ... takut nanati tak masuk syurga .... apa tidak yang berkopiah dan tak berkopiah sama aja ...... sikit salah melenting ... sikit benar tak nak puji ..

Junaidi Blog said...

Asalamualikum ..... ustaz

bagai pihak Komuniti BESTARAI menjemput Tuan dan semuanya ke Program sepakat BESTARI Peringkat Daerah Beaufort
dan Anjuran Pengerusi Komuniti BESTARI Daerah Beaufort

pada 24, 25 , 26 julai 2009

Macam - macam ada ....
Tarik Tali
Melukis
Bolasepak 18 - 19 20 Julai 2009
Kuit
ugang
sukenaka
main gasing
Maian Layang Layang
Gubahan Bunga
memasak
pamiran 40 buah agnsi kerajaan
ratu kebaya
kearaoki
pentarama jabatan penarangan Malaysia
\


Terimakasih

USD said...

Salam, tk semua..
Aryan,tk, kesilapan sudh dbetulkan.
Jun, Insya Allah

Anonymous said...

Ustaz said,
saya yakin ni bukan satu konspirasi, kalau ini satu konspirasi, takkan lah pihak yang melakukannya begitu bodoh melakukannya di satu tempat terbuka, maksudnya senang di ketahui orang, senang dapat bukti dan jika SPRM yang dikatakan punya angkara, takkan lah buat benda tu di pejabat mereka sendiri. Jangan terkejut nanti kalau pihak yang melakukannya itu adalah dikalangan orang-orang yang sengaja buat heboh skang...

Kapten Lancang Kuning

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin