Search This Blog

Sunday, July 26, 2009

Wan Siti Farihan Juga Wajar Dibela!



Salam,

Sebagai tanda sokongan kepada perjuangan membela kematian Wan Siti Farihan, dinukilkan tulisan rbf. Selamat membaca!

Nampaknya perjuangan menuntut keadilan untuk Wan Siti Farihan dan keluarganya telah pun menunujukan cahaya di hujung terowong. Samada cahaya itu akan terus bergerak ke pertengahan dan seterusnya ke permulaan terowong terpulang kepada kita semua untuk menentukannya.

Terima kasih kepada beberapa blogger yang turut sama memainkan isu ini. Hasilnya, isu ini telah mendapat tempat di dada akhbar Utusan Malaysia hari ini. Walau bagaimanapun penjelasan daripada pihak Polis belum dapat memuaskan hati penuntut-penuntut keadilan untuk Siti Farihan. Polis berkata tiada unsur jenayah. Jika tiada unsur jenayah ,unsur apakah yang membuat beliau jatuh dari bangunan tersebut ?

Jika kes Teoh Beng Hock dapat diselesaikan sebanyak 60 % sebelum satu minggu ,saya juga ingin tahu berapa peratuskah siasatan kes ini telah berjaya diselesaikan dalam tempoh satu bulan ianya berlaku ?

Mengapa ada pilih kasih dalam kes begini. Sedangkan kes mereka berdua adalah sama,iaitu jatuh dari bangunan.
Adakah kerana Siti Farihan anak orang kampung, orang biasa dan bukannya pegawai khas exco atau orang politik, maka kes ini boleh disiasat perlahan-lahan ?

Sedangkan kedua-dua mangsa ini adalah pemegang MyKad. Yang membezakannya hanya seorang berstatus bumiputra dan seorang lagi bukan bumiputra,tetapi kedua-dua keluarga mereka harus mendapat layanan yang sama adil daripada Polis berhubung penyiasatan kes yang dialami oleh anak-anak mereka.


Utusan Malaysia juga sama,adakah kerana Siti Farihan hanya anak orang kampung, orang biasa dan bukannya pegawai khas exco maka berita mengenainya hanya disiarkan 'ciput' sahaja dan diletakan di muka surat 14. Kenapa ianya tidak diletakan di muka surat utama dan tidak diberi publisiti secara meluas. Inilah yang dikatakan kera di hutan di susukan,anak sendiri mati kelaparan.

Harap Awang Selamat dapat menjawabnya dalam Mingguan Malaysia.


Bab Kerajaan Selangor pula lagi teruk...
Dalam kes pencuri kereta yang mati semasa dalam tahanan Polis iaitu Kugan,kerajaan negeri telah menanggung sepenuhnya kos keseluruhan upacara pengkebumian Kugan. Puluhan ribu duit rakyat dihabiskan untuk seorang penjenayah yang telah melakukan jenayah sejak berumur 13 tahun lagi. Malahan,Exco Selangor juga turut dihantar semasa upacara pengkebumian Kugan di Puchong.

Begitu juga dalam kes Teoh Beng Hock,saya tidak pasti puluhan atau ratusan ribu duit rakyat Selangor dihabiskan untuk pengkebumian beliau. Yang saya pasti adalah kerajaan negeri telah menanggung segala kos upacara pengkebumian Teoh. Cuma jumlah yang saya tidak pasti. Malah kerajaan negeri juga menyediakan bas untuk rakyat dari Lembah Klang yang ingin memberi penghormatan terakhir .

Khabarnya kerajaan negeri akan menanggung kos kehidupan tunang Teoh serta anak yang bakal dilahirkan kelak. Berapa semua jumlahnya kelak,kita semua pun tidak tahu.


Mengapakah dalam kes Siti Farihan Kerajaan Selangor tidak menanggung segala kos pengkebumian atau memberi sumbangan kepada ahli keluarga mereka. Sedangkan kes ini juga berlaku di Selangor. Dan Siti Farihan juga adalah antara pelajar terbaik di UKM.

Mana suara-suara PKR,DAP dan PAS Selangor dalam kes Siti Farihan ini ?
Jika nasib penjenayah mereka boleh bela,bagaimana pula dengan nasib pelajar terbaik ini ? Kepada rakan-rakan blogger atau NGO-NGO saya berharap kita semua dapat membela nasib Siti Farihan dan ahli keluarganya.

Saya tidak mempunyai apa-apa kepentingan dalam kes Siti Farihan. Saya tidak pernah mengenali arwah, ahli keluarganya atau sahabat handainya. Saya cuma merasa terkilan dengan kehilangan seorang mahasiswi cemerlang ini. Negara kita telah kehilangan seorang yang bakal menyumbang kepada kemajuan Agama,Bangsa dan Negara.

Saya difahamkan,Siti Farihan adalah seorang insan yang benar-benar berpegang kuat kepada ajaran agama dan dalam masa yang sama beliau seorang pelajar yang cemerlang dan taat kepada ibu bapa.


Saya juga difahamkan membaca Al-Quran di subuh hari telah menjadi amalan Siti Farihan sebelum beliau meninggal dunia. Dan jika tidak silap saya ,sebelum beliau dijumpai mati,rakannya memberitahu mendengar beliau membaca Al-Quran seperti mana rutin harian beliau setiap hari. Dapatkah kita semua bayangkan perasaan ibu bapa Siti Farihan sekarang.

Apakah perasaan mereka sekarang bila melihat Teoh yang mati terjun bangunan dibela,dipuja dan diagung-agungkan. Bagaimana dengan nasib anak mereka ?
Kematian Wan Siti Farihan masih misteri. Bilakah semua misteri ini akan terjawab ? Walahualam !

Al-Fatihah untuk Arwah Wan Siti Farihan.

11 comments:

Putera Setumpok said...

awang selamat ni memang begitulah sifatnya...

dalam kes siti farihah ni wajar juga dibuat inkues untuk menyiasat kematian pelajar ini. jika PKR dan DAP tidak tertarik untuk berusara berkenaan tragedi ini, mengapa UMNO sendiri tidak bersuara..mana piginya pemuda, puteri dan wanita UMNO ? Mana piginya GPMS yang peka kepada nasib Melayu..,mana NGO NGO yang selalu melalak kunun meela nasib Melayu...? Walaupun universiti ini berada di Selangor, tetapi ingat unvivesiti ini dibawah pentadbiran menteri UMNO.

Ni orang UMNO sendiri mau ingatlah..,jangan asyik melalak dan meroyan tidak tentu pasal.

USD said...

Hello Putera Setumpok, klu benar PKR dan DAP memang juara keadilan dan membela kematian anak-anak muda, kenapa TBH saja? tidak siti farihan?

Ini maksud tulisan ini...so, soal lain yg ko sebut tu x relevan. Harap faham!

matlan said...

asalamualaikum ustaz, al-fatiha buat arwah siti farihan, saya setuju dengan pendapat penulis, dan sangat ingin menyumbang apa yang mampu, di dalam ruangan komen yang sedikit ini saya ingin meminta kepada semua umat islam di malaysia, tampa mengambil kira dari parti mana pun, marilah kita mendesak pihak yang bertanggungjawab agar perkara ini di bela dan segala siasatan di segerakan, kalau penjenayah seperti yang di sebutkan oleh penulis boleh di angkat sebagai hero dan juara, kenapa siti farihan yang mulia budi pekerti dan bijak akademiknya tidak di layan se-mulia dirinya.....semoga roh Wan Siti Farihan di tempatkan bersama golongan mukmin di syurga mu ya Allah......amin.

Putera Setumpok said...

ustaz said..

Saya faham maksud tuan itu. sekarang ini kita letakkan bahawa PKR dan DAP ni memang tidak membela keadilanlah, kita anggaplah bahawa mereka ini hanya mahu polulis politik dan mereka lepas tangan kes farihah ni...adakah ini bermakna UMNO sendiri pun membiarkan juga ?? Inilah maksud saya..kalau PKR dan DAP hanya berminat kes TBH dan Kugan, mengapa UMNO tak ambil perhatian kepada kes farihah ni..Tak payah tanya resposibaliti orang lain, sendiri buat..

Sekarang ni kita akuilah mungkin PKR dan DAP ni tidak minat kes untuk membela kes farihah..jadi kita minta agar UMNO bersuara terutama puteri kerana arwah ni seorang puteri..mana suara puteri dan NGO nya ????

reek said...

A few dubious printed statements, all the BN supporters jumping like monkey and jackass calling for the Selangor government

to be brought down.

Just like Najis, dumb assess think alike……….

cool man said...

Remember Raja Petra said: More than 90% of malays were actually non-Muslims, because they don't follow the teaching of Islam.

I firmly believe, when I die and go to hell, I will meet many "Malaysian Muslims" there, all the munafik who used Islam not for them to be closer to God, but for their idiotic, selfish and vicious self-interest.

More classic examples of half-past-six mentalities displayed by the present so-called leaders, ministers, and worst of all politicians (monkey brain), bad for the nation but good for those who knows how to take advantage of their stupidity.

Religion alone can never help us to become more clever and smart, especially with the present attitude and style of the malays, who are going backwards more and more, and heading for the caves and jungles in time to come.

In Malaysia the constitution is not the supreme document in law. It has been so trampled by the Umno gangsters; it has come to a point where these gangsters are a law unto themselves. To them the constitution is respected when it suits their intents and toilet paper when it does not.

Mob rule is tolerated by the police when it is an Umno orchestrated mob. Non-Umno gatherings are an inconvenience and clobbered to pulp.

Malaysia is dead as a nation. They are dying to call this land Tanah Melayu so we might as well let them destroyed it. It is no loss to the non-malays since they are treated as pendatang anyway.

Let these gangsters plunder and rob their own kind. They are notorious for inbreeding in any case. They would probably enjoy devouring their own kind too. Crooks and hypocrites at the helm will never grow a nation. Only chaos and disaster beckon.

I wish it were different, but I have long since decided they deserve what they get. No point in banging my head against the wall.

ruyom said...

Let Umno and MACC declare whether they are in any way behind these desperate acts.

If Teoh had died outside MACC, the lies that DAP had killed Teoh to shut him up may have greater traction. But to these liars and desperadoes, truth is the least important.

More lies, completely unbelievable ones, are in the pipeline.

There are people who are mortally frightened of the truth and that is why the demands not only of the family, but all right thinking and justice loving Malaysians for a Royal Commission of Inquiry has been blocked.

oversee said...

Yes, a lot of non-malays in Malaysia are leaving this country. But what the hell, they (babiputras) don't care. They are happy that we leave.

I do agree with you of those mentioned, our country is stepping backward, we are loosing in all aspects and yet overdue and retarded ministers are still available on shelf. The ministers think that they are the only ones capable and qualified to be there and not replaceable, otherwise the country could collapse.

Looking at Afghanistan, Iran, Iraq likes looking at this country future. The well connected babiputras are getting richer. This government is spoon feeding the babiputras at this nation expense. I am sick of this country too.

My advise is let them rot in their own stew.

The Barisan government has achieved 0% in reversing the trend of racism.

While South Africa has disbanded racism through the government initiative after the global news onslaught, our government leaders are propagating FACISM and RACISM in every way.

In term of racism, we are the most uncivilised country in the world. Look into our neighbouring countries of Asia, they are advancing economically on a straight forward objective, for their citizens.

Whereas we are moving in deviationist path, widely off the international economic theory for the sole objective, of propelling the well being of a supreme race.

Mahathir era is over, then we have Badawi. Is he changing the trend? Not a single sign of it.

How about the future under Najib? Sad, sad. They have more camouflage in readiness.

Rakyat Marhein said...

ustaz,
apa sudah jadi komen-komen mereka ni, mengapa dibiarkan komen-komen liar hinggap di sini ?

PAS-PKR-DAPigs said...

Ape untungnya PAS membela arwah Wan Siti Farihan? Abuk pun tara

USD said...

Salam, rakyat marhaen... komen ini dibiarkan utk ditatap pbaca blog saya, supaya kita semua memahami apa yg sdg 'mereka' fikirkan! Tpulanglah kpd pbaca mnilai dan mtafsir, klu sahabat2 pbaca masih x faham juga, apa lagi mampu kita buat?

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin