Search This Blog

Saturday, August 15, 2009

Terima Kasih...Rakyat Didahulukan!

Salam,

Bolg ini pernah menyiarkan luahan supaya runtuhan jalan raya di Kg Lupak, Beaufort dibaiki segera. Ramai yang menyuarakan sokongan atas usaha kecil blog ini, namun terdapat juga segelintir yang seakan marah, membidas blog ini dan blog lain juga. Kata mereka, kenapa lagi masuk blog?

Alhamdulilah, berkat daya usaha pimpinan yang prihatin, usaha pembaikan sudah mula dijalankan. Pihak kontraktor sedang giat melaksanakan dan jalan ini sudah boleh dilalui semula. Terima kasih kepada ADUN Lumadan, YB Kamarlin Ombi dan MP Sipitang, YB Sapawi Ahmad atas keprihatinan mendahulukan rakyat.

Beginilah keadaan jalanraya yang runtuh sebelum pembaikan dijalankan.

7 comments:

hilbert said...

Salam sejahtera Ustaz,

Begitulah kerajaan BN, janji tetap akan ditunaikan biar agak perlahan..tetapi keutamaan mereka adalah rakyat.

Sebenarnya Ustaz, di Sabah saya pernah melalui banyak jalan-jalanraya utama yang ada sekitarnya dalam tahun 2000 dulu, jika dibandingkan dengan keadaan jalanraya di Sarawak pada ketika itu, saya rasa Sabah terlebih dulu mengecapi jalanraya yang agak standard berbanding dengan sesetengah tempat di Sarawak.

Dulu, dari Lawas saya pergi ke KK melalui jalanraya dari Merapok dalam wilayah Sarawak, lepas tu ke Sindumin dalam wilayah Sabah..seterusnya ke Sipitang > Beufort > Keningau > Kimanis > Kinarut > Papar sebelum sampai ke KK. Sepanjang jalan itu saya sendiri menyaksikan bagaimana pembangunan di Sabah begitu pesat sekali membangun.

Ada satu tempat yang sangat menarik perhatian saya ialah tepi pantai sepanjang jalan antara Kinarut dengan Papar yang dibina seperti tebingan mungkin untuk dijadikan sebagai benteng tepi laut..mungkin sekarang sudah siap ke belum. Disana juga kita akan dapat melihat dua buah pulau cantik yang terletak ditengah lautan..mungkin namanya Pulau Kinarut.

Manakala ketika di Keningau saya pernah melalui jalanraya disitu masuk ke kawasan pendalaman dimana kawasannya begitu sejuk sekali dengan pemandangan yang begitu indah sekali dari atas bukit tinggi. Tapi disana adalah jalanraya yang dibina oleh syarikat pembalakan tetapi ia juga telah menjadi laluan bagi kenderaan masyarakat setempat. Yang peliknya, jalan disitu seolah-olah terus menaik..kereta terpaksa menggunakan gear rendah supaya terus dapat mendaki.

Di KK saya menginap di Shangri-la hotel. Suka menjamu selera di Tanjung Aru..nampak sangat indah bandaraya Kota Kinabalu jika dilihat dari sana.

Sabah juga telah dikurniakan dengan banyak tempat-tempat yang sangat cantik dan menarik semulajadi seperti Gunung tertinggi di Asia Tenggara dengan ketinggian 4095.2 meter dari paras laut dengan puncaknya yang dikenali sebagai "Low's Peak", Lembah Danum, Pulau Sipadan, Pulau Layang-layang dan banyak lagi.

Begitulah bertuahnya rakyat Sabah yang telah begitu banyak diberikan dengan berbagai tempat yang begitu unik sekali secara semulajadi dan akan ditambah lagi dengan bantuan oleh kerajaan Barisan Nasional dari semasa ke semasa demi rakyat disana. Rakyat Sabah harus berbangga dengan semua itu.

Anonymous said...

Tahniah !!!! YB Kamarlin & YB D. Sapawi.... Jalan Luagan Rampang Usak Bila kagi mahu diselesaikan ???? Tolg lah kalau berani.... By. Anak Beaufort

Anonymous said...

Saudara sekarang jalanraya kampung Lupak sudah ditimbus dan diperbaiki, mana lagi ada suara-suara sumbang yang gagah di bloger atau media cetak sahaja wal hal seingat saya perjuangan untuk meminta jalanraya ini dibaiki telah sekian lama disuarakan bukan sahaja ADUN sekarang malah ADUN Sebelum ini pun telah melakukan tanggungjawabnya, bagaimanapun tetap dipersalahkan ,soalnya kerajaan tidak akan SERTA MERTA Membuat tindakan atau meluluskan peruntukan untuk memperbaiki jalanraya ini,namun itu bukan isunya yang penting jalanraya ini telah diperbaiki sekarang bukan kerana suara bolger kerana CM tidak kenal siapa itu bolger

USD said...

Salam,
Hibermontell: Ya sudh improvement yg dbuat, prasarana sudh byk b'ubah, kemudahan semakin selesa, namun usaha seharusnya tidak bhenti setakat ini sebab masih byk lagi ruang untuk dibaiki, masih byk lg kemudahan yg agak ketinggalan.

Anak Beaufort: Harap jalan yg sdra pjuangkan akan mdapat phatian mereka pula slps ini.

Anon 7PM: Siapa yg mpjuangkannya tidak penting, yg penting rakyat didahulukan...keselesaan dan kemudahan untuk rakyat dpt dbaiki kerana rakyatlah yg m'angkat seorang pemimpin sehingga dia mampu mjuangkan sesuatu. Blog ini dan para blogger lain pun pasti tidak bhasrat utk 'minta puji', yg penting suara rakyat sudh disampaikan. Blog sbg media baru adalah salah satu salurannya, hanya yg buta kayu ja memusuhi media baru ini. Soal CM kenal blogger atau tidak, bukan psoalannya. Blogger pun x bniat utk dkenali CM, niat kami cuma utk mjadi suara dan penyambung hasrat rakyat jelata yg telah memilih BN sbg wakil mereka DUN / DR. Bukan bmusuh dgn YB sebelum ini atau YB sekarang atau mana-mana YB pun, cuma mbantu mereka melihat pmasalahan rakyat yg mengundi mereka...mana tahu tlepas pandang. TK

Ajin b. Gagah said...

Salam sdra Ustaz,
Tahniah, kerana jalan yang pernah di suarakan di ini dan blog sdra Dari Sabah, akhir nya telah di baik pulih semula.

Peranan blog ini maseh releven dengan syarat ada yang sanggup tranformasikan nya ke alam realiti.

kalau tidak silap saya, jalan ini lah yang telah saya sampaikan kepada Pengarah Kerja Raya Ir. John Anthony dan Ketua Penolong Pengarah Ir Roger Lim dan Ir. Ali Ahamad.

Saperti sdra katakan , cara mana ia di sampaikan yang penting tindakan akan diambil oleh pehak kerajaan.

teruskan missi sdra

matlan said...

asalamualaikum ustasz, tahniah atas tindakan yang di ambil oleh kerajaan BN dan YB Kamarlin dan YB Sapawi , kita minta segala ucapan tahniah dan terima kasih dari rakyat jelata agar dapat di translate ke kertas undi pada PRU 13 nanti....jangan lupa undi yb kamarlin dan yb sapawi dan BN.....allah hu alam.

USD said...

Salam,
Solymone: Ucapan tk juga utk sdra yg turut 'bsuara' dlm mpjuangkan jalan ini.
Matlan : Sewajarnya begitu...ucapan terima kasih bukan payah mau diucap.

Selepas menyiarkan jalan ini dlm keadaan rosak, adalah menjadi tanggungjawab menyiarkannya pula dlm keadaan sudh dbaiki.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin