Seperti yg dilaporkan, Datuk Yahya Hussin SU Badan Perhubungan Umno Sabah, yg juga merupakan Ketua Umno Bahagian Putatan berkata : Kemasukan Umno Ke Sabah Satu Rahmat.
Dari banyak segi, memang diakui banyak rahmat yg dibawa oleh Umno, terutama kestabilan politik di kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama. Selepas dan dapat menubuhkan kerajaan, banyak pembangunan yang telah dijana untuk memajukan negeri.
Ekonomi berkembang, politik stabil, pembangunan rancak berjalan dan rakyat semakin gembira. Amalan politik bermusuhan, benci-membenci dan fikiran kenegerian sempit berjaya dibendung.
Namun, semenjak akhir-akhir ini suasana agak kurang selesa mula berlaku, terutama apabila amalan buruk di kalangan ahli Umno mula berlaku. Politik wang umpamanya semakin berani dan secara terbuka, dilakukan. Main 'buyuk' sudah menjadi mainan biasa dan dianggap strategi mengalahkan lawan!
Dibimbangi amalan politik wang ini jika dibiarkan terus berleluasa, khusus peringkat Umno Sabah, suatu hari nanti pemimpin yang terpilih bukan kerana wibawa tetapi kerana banyaknya wang. Dikhuatiri juga Umno hanya akan dikuasai oleh golongan berduit dan meminggirkan ahli biasa yang tidak berduit! Keadaan ini mesti dijauhi...
Buyuk = Tipu
2 comments:
Baiknya di Sabah ialah mereka telah biasa dengan keadaan politik wang. Banyak manapun wang yang kamu taburkan, namun jika tidak disertakan dengan wibawa kepimpinan, kamu akan rugi kerana apakala pemilihan membuat keputusan, wang bukan lagi ukuran mereka. Kamu yang menabur wang tadi tetap akan kecundang jua.
Anon,
Di mana2 pun tempatnya, politik wang tetap x baik bah. Boleh tgadai masa depan bangsa, agama & negara gara2 duit ditabur...
Post a Comment