Search This Blog

Friday, November 14, 2008

Lambat la Tuan ( Bakal ) Presiden !

Bakal Presiden Umno, DS Najib Tun Razak bkata: Tidak Guna Menang Jika Parti Tewas.

Ingatan Tuan Presiden ni sangat baik dan tepat. Apa guna bmegah dgn jawatan Ketua Bahagian dan segala Ketua Sayap Parti, jika selepas PRU akan datang parti kalah. Menjadi ketua di bahagian dan kawasan pembangkang. Senario ini banyak tjadi di Kedah, Perak, P.Pinang, Selangor dan Kelantan.

Sayangnya, ingatan Tuan Presiden ni macam agak tlambat la. Tlambat kerana Tuan Presiden mberi ingatan selepas mesyuarat cawangan dan bahagian sudah b'akhir. Tlambat kerana banyak sudah ahli-ahli di peringkat bawah yg kecewa.

Bagi yang menang memanglah suka. Yang kalah kena terima hakikat, adat btanding pasti ada kalah-menang. Ini bukan main bola yg ada keputusan seri...

Cuma bagi ahli yg tidak dapat bsidang di cawangan atau tidak dapat mhantar pwakilan ke bahagian, cawangan digantung, ahli yg dinafikan hak btanding kerana alasan teknikal, tidak cukup pcalonan dsb... mcmana kita nak jawab?

Lain lagi kes politik wang yg bleluasa. Yg menang kerana memberi lebih. Yg disokong kerana banyaknya 'modal', kerana dia anak pembesar, kerana dia diberi 'perkenan'...

Semua ini Tuan Presiden, ibarat luka yg mengambil masa untuk dirawat. Rawatan yg betul dan munasabah akan mbuatkan luka tsebut sembuh. Jika tidak drawat atau tsalah rawat, takut nanti ia akan mjadi nanah. Lebih parah lagi, menjadi barah pada PRU nanti...

Sepatutnya Tuan Presiden melontarkan ingatan ini sebelum tempoh pemilihan lagi, supaya semua ahli parti insaf parti keramat yg direbut jawatannya ini sedang 'sakit'. Supaya semua sedar jika ahli masih tidak berubah, masih dgn perangai hodoh, jelik dan dungu, sakit akan menjadi parah, dan boleh mbawa maut!

5 comments:

Anonymous said...

Saya amat setuju 100%. Kali ni UMNO kena cari ubat yg lebih berkesan bagi menengani & mengubati wabak yg semakin menular dalam kalangan ahli-ahli parti yg kalah dan yang dinafikan haknya akibat penipuan yg telah dirancang dengan teliti dan yang cuba dipertahankan sesetengah pemimin tertinggi dlm UMNO.
Itu cerita yg kalah atau yg dinafikan haknya dlm UMNO... Bagi yg dijanjikan agar tidak bertanding melawan mana-mana jawatan baru2 ni pula lain lagi penyakitnya... apabila dah menang janji sudah tidak ditepati. Sebagai rujukan tanyalah Bahagian UMNO Beaufort, khususnya Pemuda UMNO Bahagian Beaufort.
Paling jijik didengar apabila ketua pemudannya mengatakan nak lantik kawan (yg sebelum ni nak lawan dia tanding ketua pemuda tetapi dah berunding baik) untuk salah satu jawatan dlm pemuda Bahagian ,tetapi akhirnya dia lantik orang lain. Macam mana si kawan tak naik berang & meradang, diaorang canang seluruh kampung si kawan tu tak terima jawatan. Tapi surat tawaran tak pernah kasi main cakap lisan sja mana boleh. Kalau ada surat tawaran & si kawan tu tulis atau tanda tidak mahu menerima barul ngam. jadi sekarang mahu tunjuk dia tu kononya baik dan menepati janji dia canang seluruh negara katanya si kawan tu tak terima jawatan yg ditawarkan.
Jadi kalau melihat kes ni.. tentu nya si kawan yg jadi mangsa tu meradang dan tentu pengikut-pengikutnya juga turut terguris. Soalannya mahukah lagi mereka menyokong UMNO kalu mereka sudah ditindas dan dipermainkan oleh UMNO???
MATI LAH KALI INI, MUNGKIN PRU 13 PARLIMEN BEAUFORT, DUN N25 KLIAS & DUN N26 KUALA PENYU AKAN BERTUKAR ANGIN , PENGUNDI NAK CARI SESUATU PARTI BARU UNTUK DISOKONG...

bungaraya said...

Ditempat saya permainan politik berjalan 100%. Ketika pemilihan cawangan dan bahagian berjalan, langsung tidak timbul perbincangan mengenai politik wang, masalah sosial masyarakat, masalah pendidikan anak-anak, masalah pengangguran kaum belia, dan berbagai-bagai lagi. Yang timbul adalah bagaimana kaedah yang harus diguna-pakai untuk meengalahkan si anu dan si ani. Setelah pemilihan habis, masing-masing balik membawa diri, samada gembira maupun duka. Gembira kerana menang dan duka kerana kalah.
Jauh lah untuk memikirkan kontrak sosial, hak istimewa kaum kita atau masalah nepotisma dan kronisma. Tak ada semuanya. Yang ada berapa engkau dapat? berapa orang pemimpin yang bagi your duit? dan aku rasalah soalan sebegini tidak akan terhenti dikawasan ku saja.
Sepatutnya mereka tidak patut lupa, bahawa jika perkara sebegini bersemarak hingga perhimpunan Agung Pusat mac 2009 nanti, Pru ke 13, mereka bagai yang diberikan amarannya oleh Pak Najib.

huguon said...

Ya. ada sorang member tu, terpilih utk G2.. mengundi di peringkat nasional, skarang ni sudah berkira-kira bayar hutang, beli hp baru. Memang hebat. :)

Anonymous said...

Senario di Sipitang. hari minggu lalu seorang exco wanita umno malaysia gagal bertanding merebut jawatan ketua wanita gara-gara tidak cukup pencalonan. Lucukan.
mana mau dapat pencalonan bila pencalonan dihalang dan ada juga mesyuarat diadakan cuma oleh dua ajk wanita danseorang ketua wanita cawangan.
Bila mesyuarat wanita dimulakan keadaan menjadi kecoh, bukan oleh perwakilan wanita tetapi oleh ahli lelaki. Bila masa pula mesyuarat wanita umno dipenuhi oleh ahli lelaki. Siap dengan kehadiran polis memegang m-16 dan anggota rela di dalam dewan.
Puncanya mudah saja, sebab exco ini dihalang ialah kerana dia mampu mencabar kepimpinan bahagian berbanding ketua wanita sekarang ini yang lemah. Dua penggal menjadi adun lumadan sikit pun tiada pembelaan kepada wanita.
kasihanlah wanita umno sipitang terus dipimpin oleh ketua yang lembab dan lembam.

USD said...

Anon 11;36am - Sabarlah kawan, jgn sampai nyamuk sekor kelambu dibakar. Bakar aja 'nyamuk' tu buat salai

bungaraya - Nilah masalah parti keramat kita ni. Buang masa utk perkara yg x perlu, dan blum insaf2 lagi.

Hugoun - Sekor kerbau mbawa lumpur habis semua tpalit...x adilkan!

Anon 9:58am - malas aku nak komen la pasal tu, biaq pi la depa !

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin