Dalam kehidupan kita, adakalanya kebosanan datang bertandang. Puncanya pelbagai, dari kebiasaan perlakuan atau pun mungkin kerana kekerapan melakukan sesuatu perkara.
Melakukan perbuatan yang sama secara kerap, diulang-ulang tanpa henti boleh membosankan. Episod yang sama dilakukan berulang kali juga boleh menimbulkan rasa bosan.
Lari kebiasaan dan melakukan kelainan mungkin boleh dilakukan untuk mengelak kebosanan.
Jika pada awalnya, mungkin boleh menimbulkan rasa simpati. Namun, kerana ia sangat berlebihan dan melampau, tidak menghormati sistem perundangan dan langsung tidak menghormati orang lain, akhirnya simpati bertukar meluat, menyampah dan melihat perlakuan sedemikian sebagai 'bangang'!
Seperti di Perak, bosanlah dengan gelagat mereka ni. Mungkin satu sidang di atas pokok boleh dilakukan untuk kelainan dan mengelak kebosanan...
9 comments:
Salam...
PADA HEMAH SAYA USTAZ, BOSAN KE, JEMU KE, MELUAP KE, ATAS POKOK KE ATAU APA- APA SAHAJALAH YANG USTAZ NAK SEBUT, ZAMRY AKAN TETAP BERMASALAH UNTUK MENGURUSKAN NEGERI PERAK. INI DISEBABKAN BN MERAMPAS KUASA MELALUI JALAN SUBHAH.USTAZ FAHAM MAKNA SUBHAHKAN, NAK KATA HALAM ,NAMPAK MACAM HARAM, BEGITULAH SEBALIKNYA. ISLAM MENCEGAH KITA MELAKUKAN PERKARA SUBHAH. SEELOK - ELOKNYA DIBUBARKAN DUN,GUNA JALAN YANG HALAL. LAGI PUN UMNO TELAH MENDAKWA TELAH MENDAPAT SOKONGAN YANG PADU DARI RAKYAT PERAK, LEBIH - LEBIH LAGI KETIKA PELANCARAN SATU MALAYSIA BARU - BARU, BOLEH DIKATAKAN BERPULUH RIBU YANG HADIR MEMBERI SAMBUTAN. aGAK- AGAKNYA KALAU BUAT PROGRAM CERAMAH KAT MASJID BOLEH TAK SERAMAI ITU. KENAPA UMNO HARUS TAKUT UNTUK BUBUR DUN, KALAU SUDAH MENDAPAT SOKONGAN PADU.
PS: SEKILAS PANDANGAN DARIPADA INSAN KERDIL BERBANDING USTAZ YANG PENUH ILMU DIDADA.
Jika DUN Perak dibubarkan, waktulah peluang BN nak menang election, PAS bermasalah, PKR pun kelam-kabut, satu negeri election berjuta pengundi asing boleh diseluruh dari negeri lain..
jadilah anak jantan wahai pejuang UMNO...jangan asyik berkokok sahaja,
Tapi selalunya puak UMNO tak berani!
Tahniah Ustaz yang sungguh berani !
Isu persidangan di Perak dan dakwaan Rampasan kuasa oleh BN sepatutnya tidak timbul. Dalam Demokrasi ! Mana Parti yang memiliki majoriti lebih adalah pemenang walaupun lebih 1 undi. Ini adalah asas demokrasi. Walupun BN tidak cukup majoriti untuk memerentah tetapi barang diingat 3 wakil rakyat bebas adalah menyokong BN dan telah diperkenankan oleh Paduka Sultan Perak, maka Dr Zambry diangkat menjadi MB. Ini adalah kira-kira mudah ! Wahai pembaca sekalian ! Apa yang berlaku di Selangor semasa pengumuman PRU12 yang lalu lagi dahsyat. Semua orang dalam pakatan rakyat telah mengepung bagunan SUK dan mendesak Khir Toyo mengosongkan bagunan sehingga memaksa FRU dan Polis mengawal keadaan. Ini bagi orang PR tak apa dan halal. Orang BN mengambil alih Kerajaan Perak secara teratur teratur dianggap Haram ! Macam budak2 main getahlah. dah pasang umpan, kalah main nak balik umpan itu. Pemikiran ini yang peliknya ada kat pemimpin PR. Sekolah sampai kat England, US, Australia, Mesir dan seluruh dunia, itu pun atas dasar pendidikan yang telah dibuat oleh kerajaan BN.Tak syukur dan berterimakasih langsung. Kalau di bahas pandai cakap pulak, itu dah tugas kerajaan. Seandainya kerajaan BN tidak bertanggungjawab kpd rakyatnya, kerajaan boleh menyediakan semuanya untuk rakyat dan menjuruskan pemikiran rakyat ke pemikiran negara dunia ke3.Disediakan parabola, tontonlah filem dari pagi hingga malam tanpa tapisan dan akhirnya pemikiran rakyat rosak dan tidak boleh berfikir yang baik.Kerajaan hantar rakyat belajar luar negara utk mendapatkan Ilmu, bukan membawa budaya mereka pulang ketanah air yang penuh kebencian terhadap kaumnya sendiri yang seagama. Budaya Melayu yang sopan dengan nilai agama islam yang baik sepatut menjuarai budaya ilmu yang bertamadun. Jangan asyik menyalahkan orang sedangkan diri sendiri telah terkena racun pemikiran yang dirinya tak perasan pun !
Hati Karma
Salam Cikgu 12.13am
Saya cuma nak tanya siapa yang mula-mula usulkan rampasan kuasa secara jalan belakang?
Yang saya nampak, bekas Adun PR di Perak yang keluar parti PR tidak masuk UMNO/BN.
Assalamualikum...
Terima kasih kepada yang bertanya, Umnolah yang memulakannya di kelantan iaitu ketika Pas hanya mendahului satu kerusi sahaja berbanding umno.
sekian.
Sedikit renungan untuk ulasan tidak bernama:
Firaun begitu banyak jasa bakti yang dicurahkan kepada nabi Musa. Firaunlah yang membesarkan Nabi Musa a.s. di istana beliau sehinggakan baginda dianggab anak sendiri tetapi kenapa akhirnya Nabi MUsa menentang Firaun.
Anon 12:11PM, dahlah bacul dasar penakut tak bnama, nak memandai pulak bagi komen bangang! Sorry la, komen yg x mbina tiada tempat d blog ini!
Salam Hati Karma, tu la pasal, kalau dah tertutup pintu hati semua fakta x mampu dilihat dgn mata hati...agaknya.
Cikgu...pernahkah cikgu menyatakan angan-angan Anwar Ibrahim menubuhkan kerajaan 16 Sept. 2008 sebagai subhah? Janganlah hendaknya ia menjadi haram @ subhah kerana dilakukan oleh BN/Umno tapi halal bila dilakukan oleh pakatan.
Nabi Musa menentang Firaun kerana prinsip akidah, tidak pasti pulak jika penentangan pakatan ini sama seperti Nabi Musa menentang Firaun.
SALAM USTAZ ..
1. SALAHKAH SEORANG YANG MEMPUNYAI CITA - CITA DAN IMPIAN TETAPI APA YANG DIKEHENDAKI MASIH BELUM TERCAPAI.APAKAH HUKUMNYA DARI PANDANGAN ISLAM.SELAYAKKAH SEORANG YANG MEMPUNYAI IMPIAN DAN HARAPAN YANG MASIH BELUM DIMAKBULKAN OLEH ALLAH DITUDUH SEBAGAI PENIPU DAN SEBAGAINYA.INGATLAH ALLAH SAHAJA YANG MEMPUNYAI SIFAT KUN FAYAKUN.
2. PERJUNGAN PAS ILAH PERJUANGAN UNTUK MEMPERBETULKAN KRISIS AKDIDAH YANG DIBAWA OLEH UMNO.
CONTOH KRISI AKIDAH :
1.(Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan): Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan -
2.(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992) Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.
3. (Datuk Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992): Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan
rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.
4.(Dato Seri Najib TunAbd Razak 20/4/93) Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan
SEBAGAI SEORANG USTAZ YANG PENUH DIDADA, USTAZ MENILAI SENDIRILAH KRISIS AQIDAH YANG BERLAKU DALAM PEMIMPIN UTAMA UMNO.
Post a Comment