Belum terlambat rasanya mengucapkan Tahniah kepada Tan Sri Isa Samad dengan kemenangan bergaya di PRK Bagan Pinang.
Alhamdulilah, seperti yang dijangka Isa Samad berjaya membuktikan keputusan pucuk pimpinan memilihnya sebagai calon tidak tersilap. Terbukti juga, dia wakil rakyat yang sesuai dan menjadi pilihan pengundi Bagan Pinang, di sebalik pelbagai isu peribadi melingkari kempen beliau.
Kemenangan ini tidak setakat memulihkan semula Isa, malahan tentu sahaja memulihkan semangat dan imej Umno, sambil 'menutup mulut' para pengkritik parti, yang bangga mencanang sebelum ini legasi Umno bakal berkubur.
Semoga kemenangan besar ini dapat menyedarkan orang Melayu pentingnya Umno terus diberi kepercayaan menjadi wadah perjuangan orang Melayu di bumi bertuah ini, demi memastikan survival Melayu dan Islam tentunya terus kukuh dan utuh.
Hendaknya kemenangan bergaya ini tidak melalaikan, bukan sahaja Isa Samad terhadap amanah rakyat Bagan Pinang, malah tidak pula melekakan Umno keseluruhannya terhadap visi dan misi perjuangan. Anggaplah kejayaan ini sebagai titik tolak kebangkitan Umno dan momentum kemenangan ini terus dikekalkan sehingga PRU13 nanti.
Di sebalik derita deretan kekalahan sebelum ini, tersembunyi hikmah berguna untuk dipelajari, rupanya dalam kecewa menerima kekalahan demi kekalahan...ada sinar di hujung terowong!
4 comments:
ustaz : Tolong bagi sedikit ulasan sikit tentang kemenangan Isa Samad dengan kata - kata TUN Mahathir :
Saya akui calon yang bersih pun boleh kalah dan calon yang kotor pun boleh menang. Di Bagan Pinang, saya percaya siapa juga yang dilantik sebagai calon, besar kemungkinan dia akan menang.. petikan dari che det.
Rakyat tidak selamanya menerima cramah penipuan, fitnah dan caci maki PAS-pakatan......
Rakyat telah menguji mereka di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah, ternyata mereka hanya pandai berhujah fitnah, tetapi tidak mampu melaksanakan janji-janji merreka.
Itulah balasan kepada pendusta......
asalamualaikum ustaz, tahniah UMNO, tahniah BN, dan tahniah Y.B Isa Samad. kekuatan Isa adalah beliau mengakui kesilapan beliau dengan rendah diri dan berusaha kuat untuk membersihkan nama , kerja kuat dan usaha yang gigih akan mendapat redha dari allah atas usaha-usaha tersebut, ustaz, cahaya itu bukan di penghujung trowong, tapi sebenarnya telah memang sedia ada, cuma kita yang tidak melihatnya atau ada yang menuntup mata atau memakai cermin mata hitam....allah hu alam
Peminat Tun...Tun M boleh mberi pendapat, siapa pun boleh mberi pendapat, semua pendapat benar dr konteks org yg bkata tp akhirnya dlm demokrasi, Isa adalah pemenang!
Yang Gambi...semoga momentum ini bkekalan.
Matlan...mungkin buta hati!
Post a Comment