Salam,
Ts Muhyiddin Yasin malam tadi melontarkan cabaran kepada 3 sayap Umno: Wanita, Pemuda dan Puteri. Beliau meletakkan KPI politik untuk dilaksanakan dalam tempoh 2 tahun ini, iaitu menambah bilangan anggota baru, mendaftar pengundi baru dan membentuk jaringan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Soalnya, mampukah KPI ini dicapai?
Kita optimis jika seruan Muhyiddin supaya segala perangai ‘hodoh’ seperti menjadi batu api, batu ronson, kaki cucuk, talam dua muka, pepat di luar rencong di dalam dan si Kitol yang lidah bercabang, langkah menyilang...dibuang oleh setiap ahli, KPI ditetapkan akan mampu dipenuhi.
Bukan rahsia lagi, ada pimpinan sayap di Bahagian atau Cawangan tidak mahu menambah bilangan ahli baru atas alasan menyusahkan. Malah timbul ungkapan, kalau 100 cawangan ini pun sudah memeningkan kepala, apakan pula yang berlaku jika ada 200 cawangan, dengan andaian penambahan ahli baru akan menambah cawangan yang layak bersidang.
Bayangkan ada sayap Bahagian yang jumlah cawangannya tidak sampai 20 cawangan. Setiap kali mesyuarat perwakilan tahunan diadakan jumlah perwakilannya tidak sampai pun 100 orang. Memang mudah menguruskannya, namun ramai anak muda di luar
Menarik seramai mungkin pengundi baru dan membuat hubungan dengan NGO pasti juga akan memberikan cabaran kepada ketiga-tiga sayap ini untuk melaksanakan gerak kerja dalam tempoh yang ditetapkan. Wanita, Pemuda dan Puteri mesti ke hadapan dalam segenap bidang dan menjuarai segala permasalahan masyarakat.
Mungkin tempoh ‘bulan madu’ bagi pemegang jawatan utama di Pusat, Bahagian dan Cawangan sudah berlalu. Kini tiba masa untuk bekerja dengan lebih sistematik dan tersusun, bukannya asal ada program tanpa wujud target! Malah lebih buruk lagi, ada sayap Bahagian yang lesu dan tidak bermaya, tanpa ada program kecuali mesyuarat perwakilan tahunan.
Rakyat dan ahli Umno akan menilai prestasi ketiga-tiga sayap ini sama ada KPI yang ditetapkan berjaya dilaksanakan atau tidak. Kalau KPI ini tidak dapat dilaksanakan, apa kita mahu buat dengan Ketua sayap-sayap ni?
5 comments:
Tidak perlu KPI-KPI ini, yang perlu ialah bagaimana mahu merubah perangai orang-orang yang mengaku berjuang untuk UMNO dan bangsa Melayu, supaya mereka benar-benar ikhlas berjuang untuk rakyat dan bangsa daripada selama ini bilamana mereka sebenarnya berjuang untuk mengayakan diri dan keluarga...jawatan diguna untuk mendapatkan 'kabel'perniagaan, bukan utnuk menolong dan berbakti kepada rakyat..
Ini KPI-KPI hanya slogan..Hendak membasmi 'munafik-munafik'perjuangan dalam UMNO,mudah saja..,jangan salurkan tender dan projek melalui bahagian. Menteri-menteri harus jujur dalam membelanjakan wang dalam kementerian masing-masing, jangan meluluskan tender atau merekomen projek kepada orang-orang dikenali atas asas 'kabel'..
Kenapa orang bermati-matian merebut jawatan dalam UMNO? Jawapannya mudah..uwang,pangkat dan kuasa...tender dan projek ratusan juta ?? jika ini tidak dilihat dan ditangani oleh UMNO secara jujur,maka buatlah apa saja KPI, segalanya hanya akan jadi slogan dan retorika..siapa yang menilai KPI dan siapa pula yang menilai KPI orang yang menilai KPI tadi ? Ini semua persoalan yang subjektifkan ? Omong kososng saja semuanya !
Datuk sulaiman... malulah sikit sbb tak tahu proses tender ... mana ada projek disalurkan kpd bahagian???? pejabat daerah adalah. .... ha..ha..ha..
anonymous 8:10...
Kamu ingat boleh dapat tender pejabat daerah ? Pigilah dan mohonlah tender disana..kalau projek kelas F 100K ke bawah bolehlah..tapi kalau nak yang juta punya nilai...pigilah minta di pejabat daerah...apakah anda pura-pura tidak tahu..??? Atau anda mahu berlagak pandai...jangan buat-buat membohongi diri sendiri..tak kenal orang atas, sorilah kalau boleh dapat perojek dan tender yang besar. Saya cabar tuan, cuba apply tender makanan untuk asrama atau securit guard di sekolah, cuba pegi minta tender di pejabat daerah...bolehkah ?
Salam Datu Sulaiman, mgkin blaku ktirisan dsb, tp p'agihan projek mlalui Ketua Bahagian memang tiada. Barangkali yg dmaksudkan projek diagihkan oleh KB yg kebetulan MP @ ADUN...itu sememangnya peruntukan utk pembangunan melalui MP @ ADUN.
Post a Comment