Search This Blog

Tuesday, October 6, 2009

Sembang Tiga Sekawan...

Salam,


Di anjung sebuah surau, sambil menunggu waktu Isyak, tiga orang sekawan bersembang. Macam-macam hal dibualkan, dari cerita Tsunami di Samoa, gempa di Sumatera sehinggalah ke PRK Bagan Pinang.


Pak Samad: : Eloknya PAS tak payah bertanding di Bagan Pinang. Bagi ja Isa Samad menang.


Haji Sulaiman: Hish, mana boleh Pak Samad. Tak boleh dibiarkan Umno ni menang percuma. Kena ada lawan.


Wak Lebai menyampuk : Yalah Pak Samad, PAS tak menang pun takpe, ini perjuangan dakwah.


Pak Samad: Kawasan ni kampung halaman Isa Samad, ramai saudara mara dia di sana. Dia pun pemimpin lama berjasa, bekas MB pulak tu. Banyak kelebihan Isa ni nak menang.


Wak Lebai: Atas kertas memang Isa calon favourite. Tapi dalam keadaan Umno lemah sekarang ni, tak mustahil berlaku kejutan. Orang Cina sama India dah tentu undi PAS.


Pak Samad : Kalau PAS menang pun tak jadi apa pun. Kerajaan Mat Hassan tak tergugat pun, masih ada majoriti di DUN. Patutnya PAS tak payah bertanding, sokong ja Umno demi kesatuan Islam.


Haji Sulaiman yang berdiam diri sejak tadi mula bersuara: PAS kena tentang Umno selagi dasar perjuangan Umno ni belum berubah, perjuangan kebangsaan Melayu. PAS pulak perjuangkan Islam.


Pak Samad : Kan Umno pun perjuangkan Islam macam PAS jugak? Cuma Umno berjuang bil-hikmah, tak bising-bising macam ayam, bertelur sebiji riuh sekampung.


Wak Lebai : Islam Umno ni tak ori, Islam plastik. Dulu Islam Hadhari, sekarang ni buat mazhab baru pulak, mazhab 1Malaysia.


Pak Samad: Hish wak ni, janganlah pulak nak memandai. 1Malaysia ni bukan mazhab. Ini gagasan PM kita, nak satukan rakyat Malaysia. Tanpa mengira parti, bangsa atau agama.


Haji Sulaiman : PAS dan Umno ni sampai bila pun kena berlawan. Dasar perjuangan berbeza sangat. Satu ke kiri, satu ke kanan. Macamana tak berlawan ?


Pak Samad: Tapi Haji, dasar perjuangan PAS dan DAP pun sangat berbeza, macam langit dan bumi. Macamana pulak tu, dengan Umno PAS kena berlawan, tapi dengan DAP boleh pulak PAS berkawan?


Belum sempat soalan Pak Samad dijawab, azan Isyak pun berkumandang. Haji Sulaiman, Wak Lebai dan Pak Samad bangun mengambil wuduk.



18 comments:

Anonymous said...

Nampaknya...Skrip dah ada bila Ustaz said dah nak mula mengarah drama atau filem ?..kalau nak pelakon boleh ambil Ketua putera Umno Datuk Azeez..pelakon terhebat semasa pilihan raya...


Man nibong...

Anonymous said...

PAS boleh berkawan dgn DAP, PKR sebab UMNO dah kotor sangat. Takbur, rasuah dah menjadi budaya, ISA digunakan untuk kepentingan politik dan bukan utk keselamatan negara, Anwar Ibrahim dihina seperti anjing bila ditumbuk dgn tangan diikat & mata ditutup. Kemudian kata Anwar lukakan diri sendiri. Lidah UMNO bercabang lebih teruk dpd MIC.

Perjuagan UMNO sekarang adalah UMNO (Baru) Mahathir bukan UMNO seperti yg diperjuangkan oleh Datok Harun yg berjiwa rakyat. Tidakkah ahli2 UMNO tak tahu mainan silap mata Mahathir???? Dulu saya dan sekeluarga ahli UMNO tapi lepas Anwar dihina macam anjing maka saya samakan UMNO (baru)= Biawak hidup.

UMNO (baru) yg menyebabkan Melayu jadi LEMAH, kaki rasuah. Mungkin kata2 hikmat Hang Tuah "Takkan Melayu hilang di dunia" hanya akan tinggal sbg kata2 di lipatan sejarah.

Bersatulah hai bangsa Melayu kerana ALLAH bukan kerana kepentigan diri.......

Anonymous said...

Ustaz sekarang pun dah pandai mengarah. Skrip tu belum habis lagi, kalau boleh panjangkan sikit. Putera UMno mesti jadi pelakon utama, baru best.

mail lambong said...

MANA ADA UMNO RASUAH

UMNO CUMA AMALKAN POLITIK WANG

RASUAH HARAM POLITIK WANG HARUS

iceman said...

rasuah simpan bawah kupiah...tapi busuknya tetap keluar jugak

Anonymous said...

sedar la sikit bapak segala rasuah dan manusia paling kotor kerana kerja2 liwati adalah insan(tak layak pun) bernama anwar bin ibrahi..dia la bapak segala rasuah tetapi menuduh orang rasuah. cakap tak serupa bikin dan merupakan pemfitnah yang handal dan unggul. sebab itu muka dia dah macam lubang kunyit dah ghilang seri walau berapa banyak man pun dia cuba menujujuk dia seorang yang baik. bapak kaki rasuah ini bukan sahaja meliwat tapi pembohonfg dan pendusta yang hidupnya tidak akan tenang selama-lamanya. hinanya manusia bernama anwar kaki lubang bontot jantan ni..sesuai la dia dipanggil BABI..

TokJanggut said...

Faizal


Hang jangan pandai-pandai jatuh hukum.

Pada hakikatnya UMNO benci rasuah dan UMNO menyeru pengundi Bagan Pinang tidak meibatkan diri dengan rasuah dan memilih calon yang bersih.......rasuah tu keji.

Ustaz Sid mesti sokong aku 200%

tokmod said...

adooiiii.....
poneng kepala gue dah bmacam2 dtonjolkan...
djelaskan...
dbuktikan...
maseh pcacai pas dan pengangpu al-jubory tak mahu trima.
gue shorkan buatlah sembahyang tahajut & wihter mintak petunjok dari ALLAH spaya tidak myesal kemudian hari,juga tidak memudaratkan negara.

mudz said...

Kenapa UMNO pilih Isa?? Kalau bukan Isa, akan kalah ke BN??

Aku kecewa apabila UMNO memilih Isa, sebahagian keluarga aku menaruh harapan yang tinggi terhadap UMNO, hancur berkecai.

UMNO tidak pernah belajar dari kesilapan memilih calon yang imej tercemar bermula di Permatang Pasir melarat ke Bagan Pinang.UMNO tidak memperdulikan lagi imej calon asal kemenangan memihak kepadanya.

Walau pun Tun Mahathir dan Tengku Razaleigh tidak mahu UMNO memilih Isa sebagai calon. Tapi nasihat veteran UMNO ini ditolak mentah dengan alasan kehendak rakyat memilih Isa.

Ujud juga budaya kuno mengugut dari ahli-ahli UMNO sendiri untuk memboikot PRK jika Isa tidak dipilih. Budaya Melayu yang menjejekkan. Begini corak pemikiran Melayu yang dihasilkan oleh UMNO setelah lebih 52 tahun memerintah.

Kekalahan demi kekalahan menjadikan UMNO terdesak untuk menang.Kalau UMNO kalah lagi kali ini maka UMNO berada di landasan yang betul untuk mengakhiri riwayatnya.

Sejauh mana UMNO dapat bertahan??

Cikgu said...

Salam, Sebagai seorang ustaz yng lebih arif tentanagn agama sepatutnya berfikiran lebih matang daripada golongan yang kurang arif agama macam saya ni. Adakah salah orang Islam bekerjasama dengan orang bukan Islam. Rasullah pernah membuat perjanjian Hudaibiyah dengan orang kafir mekah, Perjanjian dengan Yahudi madinah demi untk mengwujudkan negara Islam yang aman. maju dan damai. Itulah yang berlaku dalam PAS ketika ini. Tetapi BN cukup berbeza, BN ialah hasil gabungan parti umno, Mic , mca dan lain - lai parti ianya menjadi satu. Hasilnya umno langsung tidak berani membuka mulut untuk melaksanakan pemerintahan yang benar- benar diajar oleh Islam kerana ianya sebuah parti gabungan walaupun penerajunya orang Islam. Saya bagi satu contoh ustaz, tidak pernah sekali pun keluar daripada mulut pemimpin umno untuk menjalankan hudud seperti mana yang dalam quran dah jelas menyebutnya contohnya hukuman kepada pencuri. Apa yang pemimpin umno beri alasan ialah hudud yang diperkenalkan oleh Pas bukan hudud sebenar, kenapa umno tak pernah nak buat hudud sebenar kalau benarlah hudud pas tak betul. Alasan yang paling bodoh ialah jika hudud dilaksanakan kelihatan tidak adil kepada orang Islam berbanding bukan Islam, masyarakat berbilang bangsa. Tak perlu saya ulas panjang - panjanglah ustaz sendiri pun tahu sebab anta adalah ustaz. Madinah sendiri pun masyarakat berbilang bangsa.kesimpulanya bila umno bergabung menjadi BN, umno bimbang jika umno bersungguh2 untuk menubuhkan kerajaan Islam, mereka akan ditentang oleh terutama gabungan yang bukan Islam. Demi menjaga gabungan umno bertoleransi dalam agama dengan alasan kita berjung untuk dengan hikmah. Ustaz hukum bertoleransi dalam agama adalah haram. Allah berfirman, BAGI MU AGAMA MU DAN BAGI KU AGAMA. ustaz lebih arif tentang bab itu. Jadi kalau DAP menolak Islam itu tak menghairankan kerana kalau umno sendiri yang nak buat kerajaan Islam pasti MCA dan MIC tak bersetuju. Tetapi yang menjadi satu perkara yang meyedihkan orang Islam sendiri yang was- was untuk menerima kerajaan islam termasuklah ustaz sendiri.Itulah diantara perkara yang membezakan perjuangan umno den Pas sebab itulah pas kena bertanding di b. Pinang walaupun kalau pas menang kerajaan tidak bertukar seperti mana umno bertanding di manik urai walaupun kalaulah umno menang di manek urai masih juga kerajaan tak bertukar. Waallhua,lam..

CINTA DUNIA said...

Molek benar pendapat kamu cikgu siad.Saya pun sebenarnya agak konfius dengan UMNO ni, dulu masa mereka gagah tidak selalu pun berhujah pasal perjuangan Islam ni tapi sekarang bila dah 'tua' dan 'tengah nazak' barulah bercakap soal Islam dan macam-macam lagi..Saya setuju bahawa satu yang gagal dijawab oleh UMNO ialah apabila..'mereka kata hudud PAS itu tidak betul, jadi cuba sekarang kita cabar UMNO untuk laksanakan hudud yang mereka fikir betul'...sampai sekarang, mana ???

USD said...

Salam Cikgu,
Soalan Pak Samad yg x sempat djawab oleh Wak& Haji Sulaiman : Mengapa PAS sangat 'mbenci' Umno tp 'sayang' dgn DAP yg Pengerusinya Karpal Singh kata: Langkah mayat saya jika mahu mdirikan negara Islam...

Datu,
Masihkah lg PAS bbicara pasal hudud sekarang, yg byk kdengaran kini Negara Berkebajikan, sama seperti yg sudah dilaksanakan sepanjang 52th oleh BN?

matlan said...

asalamualaikum ustaz, hudud itu hukum allah, di mana pun ia , ianya tetap sama, tapi yang aku musykil kenapa hudud pas kelantan dengan hudud pas terengganu tak sama.....pasal tu umno tentang hudud pas pasal tak sama dengan hudud allah ( ni aku ambik ayat Tun mahathir).....dan aku setuju dengan ustaz, adakah sekarang ni suara-suara hudud pas masih kedengaran, sedangkan isu arak di selangor pun HASSAN ALI terkedu di templak Rooney Lieu.....kerajaan kedah yang mejoriti kerusi pas pun tak boleh nak bawa hukum hudud untuk di bentang ,di cadang dan di aplikasikan di dewan undangan negeri...nak tunggu bila lagi? ni nanti dah nak pilihanraya balik baru sebok nak usul hudud di dewan...tapi tak sempat laksana atas alasan umno dah ambik balik pemerintahan kedah....apa cerita? ustaz, kalau umno cadang usul hukum hudud di perliman malaysia, boleh lepas ke undi 2/3, orang pas nak sokong ke usul umno? DAP, Keadilan, MCA, MIC nak sokong ke?......agak-agak nye le, kalau di kumpulkan semua MP-MP islam di perlimen tu untuk sokong usul hudud UMNO , boleh cukup ke 2/3......aku tak paham le ustaz, kalau nak luluskan undang2 ni, boleh ke kalau tak cukup undi 2/3 di parlimen....aku ni budak sains, bab undang2 ni yang aku paham cuma akta perikanan 1985 je, yang lain aku tak belajar ( atau kurang ariff le)....boleh ustaz tolong ajar sikit.....allah hu alam

Cikgu said...

Ustaz ketika zaman Abu Bakar Assidiq menjadi khalifah terbit satu golongan dalam kalangan orang Islam iaitu golongan yang enggan membayar zakat. Apa tindakan yang telah Saidina Abu Bakar laksanakan ilah memerangi golongan tersebut sedangkan hubungan baik yang dijalankan oleh Rasullah dengan golongan yahudi diteruskan seperti biasa. Kenapa saidina Abu bakar bertindak begitu sedangkan mereka pada asasnya Islam. Ustaz fikirlah jawapan daripada penerangan ini.

USD said...

Cikgu, masalahnya zaman Saidina Abu Bakar yg engkar diperangi selepas dberi penerangan jelas...bukannya dengan maki hamun, kata nista, fitnah, retorik dsb, seperti yg kelihatan sekarang.
Matlan: Kesian kita umat Islam, Hudud pun nak jadikan bahan utk main politik. Time nak menang, yes utk hudud. Bila rasa nak selesa, Nizar kata : tiada dlm plembagaan PAS yg sebut pasal hudud. Beranikah PAS langkah mayat Karpal?

Cikgu said...

Ustaz.. hairan saya macam mana ustaz berfikiran seperti orang kurang ilmu, belum cukupkah lagi 52 tahun memberi penerangan kepada umno tentang islam. Dakwah yang diajar oleh Rasullah bukan setakat memberi penerangan banyak lagi bentuk dakwah. Jangan sempitkan konsep dakwah ustaz.Poltik juga adalah sebahagian daripada Islam.Jangan uztaz juga pisahkan politik dengan agama cukup.

Anonymous said...

Saya perhatikan perkembangan komen dalam isu-isu yang dikemukakan ini lebih kepada persaingan menegakkan pendapat masing-masing, siapa yang lebih pandai atau siapa yang lebih hebat hujahnya. Ada ketikanya soal, fakta dan kebenaran tertolak ketepi pula. Inilah penangan blog kerana kebanyakan artikel yang ditulis dalam blog tidak ada suntingan daripada pihak yang berautoriti sebab itu sukar nak elak prejudis, propaganda dan pengadilan moral. Analisis yang longgar dan dangkal. Bila tulisan tidak objektif yang membacanya pun akan keliru. Tapi apa nak buat, kebanyakan orang sekarang ni lebih suka mencari ilmu daripada laluan singkat dan mudah, justeru banyak perkara yang ditafsir ikut perasaan bukan dengan fikiran,jauh sekali daripada usaha untuk menyelidik daripada sumber-sumber yang ilmiah. Mempertahankan parti masing-masing tak salah, tapi mempertahankan tindakan salah yang dibuat oleh kepimpinan parti tetap salah, memfitnah orang lain walau apa niat sekalipun tetap salah. Menyebarkan artikel yang bercorak fitnah kerana nak menjatuhkan reputasi pemimpin juga perbuatan tak beretika. Jadi fikir-fikirkanlah.

USD said...

Anon 8:04pm, saya setuju dgn anda, yg ramai org tanya ( saya cuma sampaikan dlm bentuk begini mlalui blog yg saya usahakan ) ialah : Mengapa PAS keras dgn sesama Islam tp blembut dgn kafir yg nyata & terang 'memijak' kesucian Islam.
Itu ja yg tanya pun, masalahnya puak2 ni, bila tanya lembu, dia jawab kerbau...itu yg payah tu!

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin