Search This Blog

Thursday, November 5, 2009

Bertindaklah Dengan Bijak Dr. Asri!


Salam,

Sepanjang minggu ini, Dr Asri menjadi orang paling popular. Setiap hari ada sahaja berita berkaitan beliau. Semuanya gara-gara penahanan JAIS, yang agak kelam kabut.

Kita serahkan kepada mahkamah mengadili beliau, jika benar JAIS akan mendakwa. Kita serahkan kepada umum menjadi saksi jika tindakan JAIS semberono dan melulu.

Apa pun, diharapkan Dr. Asri tidak melatah dan kelihatan menggelabah sehingga boleh menjejaskan reputasi beliau sebagai ulama' dan bekas mufti yang disanjung tinggi oleh semua golongan, tanpa mengira parti dan latar belakang. Jangan hendaknya beliau terperangkap dengan permainan pihak berkepentingan.

Hendaknya pendekatan Dr. Asri dalam menangani permasalahan yang berlaku bukan sebagai seorang selebriti, seperti menyaman orang lain , yang berlawanan dengan pendekatan bil-hikmah yang selalu disarankan kepada para pendakwah. Apalagi title 'Mufti' yang disandang beliau tentulah tindakannya jauh dari sifat konfrantasi.

Diharapkan Dr. Asri mampu bersabar terhadap cabaran menimpa, dengan menjadikan akhlak Rasulullah dan para sahabat serta ulama' terdahulu yang lebih tertekan, sebagai teladan untuk menzahirkan kesabaran.

Inilah masanya Dr. Asri membuktikan kemuliaan sifat mahmudah yang selau dilaungkan dalam setiap ceramah serta menunjukkan bagaimana pengorbanan tokoh ulama' terdahulu yang boleh diteladani, secara praktikal bukan setakat disebut-sebut.

Semoga Dr. Asri lebih kuat menongkah ujian, pada masa sama lebih matang mendepani isu dan bertindak dengan bijak!

2 comments:

Anonymous said...

nampaknya pada umumnya umat islam kini terjerumus dalam dua pegangan seperti yang berlaku pada zaman silam yang melibatkan pemerintah pertembungan antara kesufian dan salafi yang mana yang mana tidak dapat difahami oleh masyarakat dan menambahkan keliruan yang mana bersandarkan pada akal akan membenarkan satu golongan yang mana bersandarkan pada kerohanian akan membenarkan satu lagi seperti terjadi pada hilajj ibnu arabi dan yang lain lainya begitu juga dengan sejarah ulamak yang silam silam beza ianya kini terjadi zaman IT abab ke 21 zaman moden siapa yang dapat menguasai pemikiran pemimpin dan masyarakat dialah yang benar dan ingatlah begitu banyak pemencahan aliran hanya satu yang diterima ini bererti banyak tak semestinya betul hanya Allah saja yang mengetahui dan orang yang difahami dan dirahmati allah saja yang mengetahui berdoalah kita kpd allah dengan ikhlas agar kita selamat dari fitnah dalam agama ini.

CIKGU said...

Bersemadinya jasad bekas Mufti Selangor, Dato' Ishak Baharum di Makam Diraja, Shah Alam jam 10.55 pagi tadi, mengingatkan seluruh umat Islam tentang pemecatannya sebagai mufti akhir Oktober 1997.
Seluruh umat Islam tidak akan lupa dengan sejarah pemecatan Allahyarham.
Walaupun seorang pendiam, tenang dan sabar, Allahyarham tetap tegas dan berpegang pada prinsipnya.
Ceramah Allahyarham dilihat sebagai berpihak kepada PAS bermula pada majlis Maulidur Rasul di sebuah masjid di Alor Star, Kedah disiarkan akhbar Harakah dengan tajuk 'Awas Gelincir Aqidah - Mufti' pada 11 Ogos 1997.
Sebelum itu Ishak terbabit dalam mengetengahkan isu pertandingan ratu cantik dan penangkapan tiga gadis Melayu Islam dalam pertandingan ratu cantik pada 13 Jun 1997 di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa, Subang Jaya dan pengumuman larangan orang Islam menyertai sukan bina badan oleh Mufti Sarawak.
Tidak lama selepas itu, satu kenyataan dalam akhbar, oleh Kerajaan Selangor bahawa Kerajaan Negeri tidak akan memperharui kontrak Allahyarham yang akan tamat akhir bulan Oktober 1997.
Alasan yang diberi ialah umur Allahyarham telah menjangkau usia 70 tahun.
Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam mengenai fakwa tentang penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik sebenar telah dua tahun diwartakan mengikut Warta Kerajaan Negeri Selangor Jil. 48 No. 10 bertarikh 11 Mei 1995 ["Adalah haram bagi wanita Islam menyertai apa-apa jenis pertandingan ratu cantik" - Fatwa itu dibuat pada 28 April 1995 (JAI. Sel. 8014/7 Jilid III; P.U. Sel. 2780)].
Ketika Allahyarham mengeluarkan fatwa pertandingan ratu cantik itu haram, pelbagai pandangan dan alasan yang dikeluarkan oleh pimpinan Umno.
Mereka memberi alasan bahawa menggari tiga gadis Melayu Islam amat mengaibkan.
Perdana Menteri ketika itu, Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad mencemuh institusi agama dengan mengatakan; "Kita hormati Mufti pasal sesuatu peraturan yang dibuatnya tetapi kalau Mufti mengambil tindakan tidak mengikut Islam, takkan kita tidak boleh tegur."
Ketika Allahyarham mengeluarkan fatwa pertandingan ratu cantik itu haram, pelbagai pandangan dan alasan yang dikeluarkan oleh pimpinan Umno.
Mereka memberi alasan bahawa menggari tiga gadis Melayu Islam amat mengaibkan.
Dalam menghadapi isu tersebut, penulis politik masa kini, Ahmad Lutfi Othman telah mengulas isu berkaitan dalam bukunya, "Mufti lawan Mahathir".
Namum buku beliau dihalang pengedarannya dengan pelbagai cara.
Seminar Mufti dan Fakwa telah di anjurkan oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pada 23-24 September 1997 telah menyingkap tentang kelemahan institusi agama di negara ini.
Tindakan pemecatan Allahyarham terpaksa dilakukan. Jika tidak menyukarkan pimpinan Umno dan sekutunya untuk terus melakukan kemungkaran.
Itulah usaha yang dilakukan Umno bagi sesiapa sahaja yang bercakap benar dan menegur mereka yang berkuasa dalam kerajaan akan disingkirkan dengan apa cara sekalipun.
Mungkin ekoran pemecatan Allahyarham, ramai ahli agama dan mufti yang tidak berani menyuarakan kebenaran. Mereka lebih selesa berada dalam kemungkaran asalkan dapat meneruskan kenikmatan dunia.


APA KOMEN USTAZ ?

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin