Search This Blog

Loading...

Wednesday, November 11, 2009

Dr. Asri Masuk Gelanggang?


Salam,


Jika benar Dr. Asri berhasrat menjadikan gelanggang politik sebagai medan dakwah, jika beliau terus dihalang bersuara, adalah satu langkah yang silap.


Kewibawaan dan ketokohan beliau sebagai ikon yang diterima ramai, tanpa mengira ideologi politik - pasti akan tercalar. Sebagai ahli politik, tentulah suaranya nanti adalah suara parti yang diwakilinya.


Tidak kira, sama ada beliau memilih PAS atau Umno sebagai wadah perjuangan, beliau pasti tidak akan dapat mengelak untuk menyampaikan dakwah dari kaca mata organisasi di mana dia berteduh.


Implikasinya, dakwah yang akan disampaikan nanti sudah tentu tidak akan diterima semua orang. Jika dia bersuara sebagai ahli politik Umno, mahukah ahli PAS atau PKR menerima pandangannya, walaupun mungkin apa yang disuarakannya adalah suara kebenaran.


Setakat ini, begitulah situasinya. Politik pertentangan yang diamalkan selama ini menjadikan apa sahaja yang datang dari pihak lawan mesti ditentang. Kebenaran tidak lagi dijadikan neraca penimbang, sebaliknya kemenangan dijadikan matlamat sehingga menghalalkan segala cara!


Ummah akan kehilangan tokoh yang mampu menegur kesilapan - tidak kira di pihak pemerintah atau pembangkang - kerana selepas menjadi ahli politik tentu Dr. Asri akan menjadi milik parti.


Rasanya, eloklah bersabar dan berlapang dada. Biarlah soal politik diuruskan oleh orang politik, sementara dakwah diteruskan oleh orang seperti Dr. Asri.

5 comments:

Kosing said...

Kat Malaysia ni semua perjuangan dalam bentuk kepartian meletakkan kuasa, pangkat, harta dan wang ringgit sebagai keutamaan. Semuanya dalam bentuk masuk bukannya keluar.

Segala perkhidmatan konon-kononnya untuk rakyat akhirnya diclaim melalui pelbagai cara yang kadang kala menjerumuskan rasuah, penipuan dan bermacam kaedah dalam ertikata matlamat menghalalkan cara.

Ustaz Asri ni pun kalau ada niat dan hasrat sebagaimana ahli-ahli politik yang lain…silakan masuk politik.

Cuma pada pandangan saya hujung jatuhnya adalah maruahnya sebagai seorang ilmuan islam yang berkecuali bakal tergadai.

Kalau betul betul ikhlas naka BERDAKWAH… tak payah masuk tapi keluar bersama Jamaah Tabligh. Lihatlah betapa luasnya khazanah Allah SWT dan medan dakwahnya terbentang ke seluruh alam. Pengorbanan yang tidak mampu dibayar oleh sesiapa pu kecuali oleh Allah SWT.

Dan kalau nak sangat berdakwah dengan cara berpolitik, bertandinglah sebagai calon bebas.Cubalah…saya dah alaminya dan telah mendapat suatu pengajaran berguna.

asraf said...

Sokong kosing...
Ust Asri kne ikut jemaah tabligh br btul2 rase cabaran berdakwah ni..

CIKGU said...

ASSALAMUALAIKUM.... USTAZ :

Sekadar memberi pandangan.

Bagi ana ulasan ustaz mengikut pandangan ana TERLALU SEMPIT PANDANGAN USTAZ MENGENAI POLITIK,

Politik Dalam Islam

Tentunya sebagai agama yang mencakup semua aspek kehidupan, islam tidaklah melupakan atau meninggalkan permasalahan politik, yang dikenal dengan istilah “siyasah”.

Jika dikatakan saasal waliy ar ro’iyah berarti pemimpin itu memerintahkan, melarang dan mengendalikan rakyatnya. Karena itu menurut terminologi bahasa siyasah menunjukkan arti mengatur, memperbaiki dan mendidik.

Sedangkan menurut etimologi, siyasah (politik) memiliki makna yang berkaitan dengan negara dan kekuasaan. Disebutkan bahwa ia adalah upaya memperbaiki rakyat dengan mengarahkan mereka kepada jalan selamat di kehidupan dunia maupun akherat serta mengatur urusan-urusan mereka. Al Bujairumiy mengatakan bahwa politik adalah memperbaiki urusan-urusan rakyat dan mengatur perkara-perkara mereka.

Politik dengan makna seperti ini merupakan dasar hukum, karena itu tindakan-tindakan para penguasa negara yang terkait dengan kekuasaan disebut dengan politik. . Ilmu politik adalah ilmu yang mengetahui tentang macam-macam kekuasaan, perpolitikan sosial dan sipil, keadaan-keadaannya : seperti keadaan para penguasa, raja-raja, pemimpin, hakim, ulama, ekonom, penanggung jawab baitul mal dan yang lainnya. (al Mausu’ah al Fiqhiyah juz II hal 8963)

Syeikh Yusuf al Qaradhawi mengatakan bahwa islam bukanlah melulu aqidah teologis atau syiar-syiar peribadatan, ia bukan semata-mata agama yang mengatur hubungan antara manusia dengan Tuhannya, yang tidak bersangkut paut dengan pengaturan hidup dan pengarahan tata kemasyarakatan dan negara.

ULASAN YANG PALING KURANG TEPAT IALAH :

Biarlah soal politik diuruskan oleh orang politik, sementara dakwah diteruskan oleh orang seperti Dr. Asri.

KATA - KATA INI SEOLAH - OLAH MEMBENARKAN KATA - KATA ORANG UMNO SATU MASA DULU IAITU POLITIK SUKU AGAMA SUKU.


Wallahu A’lam

ustazSAID said...

Salam Cikgu, harap jika Dr. Asri memilih wadah yg bukan pilihan Cikgu, dia tidak ditempelak mengguna hujah Syeikh Yusof Qardhawi. Hujah politik suku, agama suku ni heboh suatu ketika dulu bsama Amanat Hj Hadi, sekarang sdh x kedengaran lagi?

HANG JEBAT said...

SALAM...

KESIMPULAN DARI ULASAN USTAZ :

1. USTAZ JUGA MEMILIH JALAN YANG KURANG TEPAT UNTUK BERDAKWAH KERANA USTAZ JUGA CUBA MENYAMPAIKAN DAKWAH MELALUI POLITIK.

2. POLITIK SUKA, AGAMA SUKU MEMANG TIDAK KEDENGARAN LAGI TETAPI PENGAMALIANNYA DALAM NEGARA KITA CUKUP HEBAT.

3. AMANAH HJ. HADI SAYA BERSEDIA BERHUJAH MENGUKAIKAN APA YANG KUSUT DIKEPALA.INSYAALLAH....

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin