Search This Blog

Loading...

Monday, November 16, 2009

Kelantan Semakin Panas ( Walaupun Banjir...)


Salam,

Dalam musim tengkujuh dan banjir yang melanda, ironinya suhu politik negeri Kelantan pula semakin panas. Semuanya gara-gara tajaan menunaikan haji kepada MB dan keluarga.

Walaupun akhirnya pemergian ke Mekah ini telah dibatalkan, namun imej MB yang bergelar Tok Guru telah tercalar. Imej PAS juga merosot kesan isu ini.

Sama ada isu ini benar atau fitnah, atau seperti kata Nik Aziz berkaitan kafir Quraisy, hanya akan diketahui apabila siasatan pihak berkuasa selesai. Rakyat pula melihat dengan teliti perkembangan terbaru ini dan rakyat pasti akan menghakimi 'kesilapan' yang berlaku.

Apa yang jelas pengajaran daripada insiden ini ialah PAS sebagai sebuah parti yang berpeluang memerintah, tidak lepas dari melakukan kesilapan. Bukan maksum dan kebal daripada kesalahan yang biasa dilakukan oleh manusia.

Mungkin selama ini mudah untuk PAS menuding jari atas kelemahan Umno dalam pelbagai perkara, dari insiden ini terlihat bahawa PAS juga 'mampu' lemah seperti mana ia menuduh orang lain.

Cuma yang ingin dilihat selepas ini tentulah bagaimana PAS mahu menguruskan isu ini. Bagaimana PAS mengatasi kemelut ini akan dinilai rakyat. Pastinya rakyat tidak mahu melihat PAS terus menyalahkan orang lain atas kelemahan sendiri!

11 comments:

Che Leh Jangok said...

Janganlah nak kata UMNO dah hantar seseorang untuk memikat menjadi menantu dan pekena dari dalam seperti selalu.

Kali ni memang demo doh keno sama sendiri doh. Tapi perancang sebenarnya ialah Mus dan Haji Hadi orang Ganu tu.

ONE said...

salam..

hari nie baru taja, besok lusa kalau nak beli jet pegi mekah pun x de sape kesah, al maklumlah nak beribadah..

lepas tue beli yg laen2 pon ok..

ruyom said...

UMNO is only good at spinning and deceiving the people, in particular the malays. The younger generation of malays now are smarter than their forefathers. The smart malays are shying away from UMNO because UMNO has deceived them for far the last 30 years. UMNO has brought harm onto themselves.

fargoman said...
This comment has been removed by a blog administrator.
konek said...
This comment has been removed by a blog administrator.
vesewe said...
This comment has been removed by a blog administrator.
coolooc said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Boleh said...
This comment has been removed by a blog administrator.
CIKGU said...

SALAM...

ZAMAN AKU KECIK - KECIK DULU AYAH AKU SELALU BERI GULA, KELAPA DAN MACAM - MACAM LAGI KEPADA TOK GURU MENGAJI AKU . ADAKAH DIKIRA RASUAH JUGAK KE....

KERAJAAN PUSAT DIBAWAH BN MENJANJIKAN JAMBATAN DI MANIK URAI JIKA BN MENANG. RASUAH KE TIDAK.

KALAU YB DATANG MAJLIS PERASMIAN DEKAT SEKOLAH. KITA BERI CENDERAMATA RASUAH KE TIDAK.

ISU NI LEBIH KURANG ISU LEMBU UNTUK HARI RAYA KORBAN DI SELANGOR JE. HANYA PUAK -PUAK USTAZ UMNO JE YANG MEMBESARKANNYA DAN BUAT KEPOH.

ustazSAID said...

Cikgu...ini bukan soal bg hadiah untuk tok guru mengaji atau cenderamata slp perasmian majlis. Sbelum ini, berapa banyak hadiah dan cenderamata yg MB Nik Aziz terima, tidak dipersoalkan pun. Cuma kali ini orang bertanya ( bukan orang Umno saja tau ) mengapakah kontraktor tsebut mberi hadiah yg begitu lumayan - RM65,000/seorang - utk MB dan keluarga?

Cikgu said...

Salam..

macam mana ustaz pun boleh berfikiran begitu menunaikan hajikan satu jihad. apa salahnya memberi sumbangan kepada orang yang kita hormati, salah ke menurut islam. bercakap biar sampai jalan ke akhirat bukan dunia sahaja. ustaz bercakap biar cara ustaz. Inilah dakwah namanya.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin