Search This Blog

Loading...

Saturday, November 21, 2009

Dr. Asri Ke Mahkamah...


Salam,


Akhirnya, Dr. Asri seperti yang diketahui, didakwa di Mahkamah Syariah atas kesalahan mengajar tanpa tauliah. Beliau memilih untuk dibicarakan.


Biarlah mahkamah menentukan sama ada Dr. Asri bersalah atau tidak. Jika benar beliau bersalah, terpulanglah kepada mahkamah menentukan hukuman yang wajar untuk beliau.


Cuma yang menjadi soalan kepada kita, perlukah seorang bekas mufti - yang logiknya tidak mungkin menjadi mufti jika tidak layak - mendapatkan sekeping surat tauliah untuk menyampaikan dakwah atau mengajar?


Ketika di sudut lain, begitu ramai orang yang berdakwah dan mengajar agama tanpa tauliah di pentas politik. Malahan segelintirnya pula menyampaikan 'ajaran' yang mengelirukan.


Soalan lain, pernahkah penyampaian dakwah agama lain dipantau 'tauliah' atau sasaran dakwah mereka? Dibimbangi dakwah mereka dihalakan kepada orang kita dan kita terlepas pandang hal ini, ketika begitu sibuk 'bercakaran' dan mencari salah sesama kita.


Apa yang diharapkan, mendakwa ulama' di mahkamah bukanlah satu trend baru dalam masyarakat kita, atas apa jua niat pun...

3 comments:

CIKGU said...

salam ustaz...

Apa yang diharapkan, mendakwa ulama' di mahkamah bukanlah satu trend baru dalam masyarakat kita, atas apa jua niat pun...

TETAPI TREND MEMECAT JAWATAN ULAMA SEPERTI ALLAHYARHAM BEKAS MUFTI SELANGOR DATO, ISHAK BAHAROM, MEMACAT IMAM SEPERTI IMAM RAMLANG TELAH PUN BERLAKU.

TREND TERKINI PULA YANG MENULAR DALAM MASYARAKAT KITA IALAH PENGHINAAN TERHADAP ULAMA.ULAMA DITUDUH SESAT, WAHABI, MANAKALA PEMIMPIN YANG KURANG DALAM ILMU AGAMA PULA DI SANJUNG DAN DITERIMA APABILA MEREKA MENGELUARKAN SESUATU PERKARA YANG MELIBATKAN AGAMA.

SEKIAN WAALLAHUALAM BISAWA,

Che Leh Jangok said...

Tiada tauliah tu je yang boleh di guna sebagai alasan. Lain lain alasan tiada. Namun tangkap mesti kena tangkap juga. Sebab dah ajak masuk Pas tak mahu. Komen dengan 7 soalan pila. Dah tu menulis menyinggong mereka pula. Itu marah tu.

Anonymous said...

Ramai anak2 orang UMNO yang dah rosak akhlak disebabkan emak bapak mereka memikirkan mereka tiada tauliah untuk mengajar anak2 di rumah tentang kepentingan menutup aurat dan bersolat.
Yang menjadi mangsa adalah anak2. Jika mengajar tanpa tauliah, mereka pula akan didakwa di mahkamah seperti Dr Asri.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin