Salam,
Perhatikan petikan kata di bawah:
“Husam ini Allah buat bukan untuk Kelantan sahaja tetapi untuk rakyat Malaysia, dia budak yang cerdik, pengalaman banyak dan pemikiran jauh ke depan.
Kata-kata ini lagi hebat :
“Saya selama ini tidak sebut kerana takut kecil hati Exco lain sebab mereka ada portfolio masing-masing, tetapi portfolio Husam iaitu Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri banyak memberi manfaat kepada Kelantan. Banyak fikiran dia selamatkan politik Malaysia,”
Seperti yang dilaporkan, kata-kata ini adalah suara MB Kelantan Datuk Nik Aziz ketika menafikan desas-desus perletakan jawatan exconya, Datuk Husam Musa. Memang sangat bertuah menjadi pemimpin seperti Husam Musa.
Disayangi MB, dipuji melambung tinggi. Bertuah Kelantan memiliki pemimpin 'cerdik' macam Husam. Nampak rugi negara kita kerana pemimpin hebat seperti Husam tidak diketengahkan. Mungkin PM Najib boleh mengusahakan sesuatu seperti melantik Menteri Kewangan III, sekembali dari luar negara nanti. Bukan apa, untuk selamatkan politik Malaysia.
Cuma peliknya, bagaimana pemimpin hebat macam Husam ni kena belasah oleh Ustaz Nasa dalam pemilihan PAS tempohari? Kalau hebat tentulah menang bergaya, senang-senang menang, bukannya kena titik dengan Ustaz Nasa. Agaknya perwakilan PAS 'buta' tak nampak, macam MB Kelantan nampak!
6 comments:
Depan orang ramai bolehlah beri belakang gitu Husam weh !
Salam
Husam mungkin terkenal di Kelantan dan beliau pada mulanya ialah Naib Presiden yang bertanding melawan penyandang Timbalan Presiden.
Seperti tradisinya, penyandang akan mempunyai lebih advantage. Ditambah pula Husam lebih muda daripada Ust Nasa, mungkin kurang sedikit pengalamannya dan kurang kesesuaiannya berganding dengan Tuan Guru Hadi. Kemudian ditambah lagi dengan laungan "Kepimpinan Ulama" semasa Muktamar lepas.
Pujian Nik Aziz ada asasnya kerana Husam bekerja dibawahnya. Lagipun portfolio Husam amat penting dan prestasi Husam mengawal perbendaharaan negeri Kelantan amat bagus dengan sekatan kewangan dari Kerajaan Pusat.
Kesal yang amat kerana berita yang disiarkan oleh media arus perdana begitu "direka-reka" oleh sumber-sumber yang dirahsiakan. Sekurang-kurangnya sebelum berita itu disiarkan, mintalah penjelasan tuan punya badan dahulu. Sokong kata Tok Guru, adakah wartawan ini tiada kursus? Jika berita ini tersebar dalam ruangan blog atau web persendirian, saya sedikitpun tak terkilan.
Minta maaf.
Fazli Salleh
setiap manusia ada kelemahan dan kekuatan. Ada panas ade sejuk, ada kering ada basah, ada bodoh ada pandai, ada miskin ada kaya, ada siang ada malam, ada SYURGA ada NERAKA.. Allah telah menciptakan itu semua dengan lengkap. Untuk apa ini semua?
1) yang tidak taat pada Allah dan rasul akan ke neraka
2) yang patuh pada Allah dan rasul akan ke syurga
jelas bukan?diri kita sekarang berada dlm group/golongan mana?ada 2 jalan je Tuhan tunjuk.....
kenapa kita selalu mencari kelemahan orang?kelemahan kita macamana?jika tiada perdana menteri, rakyat dan pembangkang skrg...apa akan jadi pada dunia khususnya malaysia.....Allah jadikan semua yg ada disekeliling ini semuanya BERHIKMAH yg malaikat sendiri (yg telah mempertikai kewujudan manusia di atas muka bumi) pun tidak tahu....
fikir-fikirkanlah...
catatanhamba.blogspot.com
Salam...inilah politik NAMANYA!NEXT SHOT PLEASE...!!!!!
Assalamualaikum...
Cuma peliknya, bagaimana pemimpin hebat macam Husam ni kena belasah oleh Ustaz Nasa dalam pemilihan PAS tempohari? Kalau hebat tentulah menang bergaya, senang-senang menang, bukannya kena titik dengan Ustaz Nasa. Agaknya perwakilan PAS 'buta' tak nampak, macam MB Kelantan nampak!
Inilah kehebatan pemimpin yang ada dalam PAS,masing -masing mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan mereka bukan jenis gila kuasa hingga lobi melobi, rasuah merasuahi antara satu sama lain untuk mendapatkan kuasa. Politik wang tak mainlah. Apa ustaz nak hairan. contoh yang paling tepat ialah zaman khalifah Arrashidin, iaitu selepas kewafatan Rasullah, ketika itu terdapat 4 sahabat rasullah yang semuanya hebat - hebat dan sangat berkelayakan untuk mengantikan rasullah tetapi mereka tidak berebut kuasa pemerintahan, malahan laluan diberikan kepada Saiyidina Abu Bakar, seterusnya Saiyidina Umar, Saiyidina Othman dan Saiyidina Ali.
TAK PELIK , USTAZ JE YANG PELIK.
Salam Cikgu, Husam sama dgn yg mana : Abu Bakar, Umar, Usman @ Ali ?
Post a Comment