Search This Blog

Friday, November 13, 2009

Lagi Pasal Bola...


Salam,


Sah Piala Malaysia kali ini menjadi milik Negeri Sembilan. Kelantan yang diharap dapat bersaing sengit, kena titik 3 gol. Cuma sempat dapat gol ehsan free kick.


Perlawanan NS dan Kelantan yang biasanya panas, berakhir dengan aman di padang. Pemain Kelantan menerima kekalahan secara pro. Halim Napi pun ok, suhu badannya tidak naik mendadak.


Cuma yang memanas di luar padang. Rekod baru tercipta perlawanan akhir dicemari oleh asap mercun, bunga api dan layangan botol ke arah padang. Pemangku Sultan dan Yam Tuan pun tidak dihormati. Apalagi Annuar Musa...


Lagi hangat membara, banner dan kerusi stadium dibakar. Penyokong Kelantan dituduh buat hal tapi mana ada bukti? Mungkin konspirasi nak malukan rakyat Serambi Mekah? Adakah kebakaran di tempat duduk penyokong Kelantan yang pulang awal bermakna mereka yang cuba nak bakar stadium?


Menapa suka sangat buat kecoh? Soalan yang sukar untuk dijawab. Dulu pun Stadium Kota Bharu berlaku rusuhan, hingga Kelantan terpaksa bermain di stadium lain. Nasib baik FAM baik hati. Larangan ditarik balik.


Ini pun FAM masih baik hati. Keroskan 214 ribu, tapi kena denda 50 ribu ja. Masih tidak bersyukur? Masih mahu buat kecoh lagi?


Eloklah jangan tonton bola di stadium, duduk rumah depan tv. Kalau rasa nak membakar juga, ambil rokok...bakarlah. Tak rosak stadium!

2 comments:

Aryan Aryad said...

asalmkum ustaz..=)

erm..nk tnye ni..rakyat kelantan rakyat serambi mekah ke....sape yg bagi kenyataan..??
bukn rakyat aceh ke..sampai kelantan lak perginye..pelik2..

pasal bola 2 memang betul..org kelantan ni taksub sgt gan team bola dorang..sembahyang xnk plak taksub..pe cer ni..
menteri besar berserban sana sini..pergi haji berulang kali pun da org sponser..xkn rakyat sendiri xpandai jage kot..
sepatutnye pergi tanah suci berdoa r agar rakyat berubah sikap..2 wat pe r kat sane eh...??

pas ni kalo da perlawanan bola rakyat kelantan diharamkan masuk stadium..ok gak 2..
renung2 kan n selamat beramal..=)

adf55650 said...

Assalamualaikum,
Cara yang paling baik bagi Kelantan cuma 1 sahaja. KELUAR DARI MALAYSIA dan buktikan boleh mentadbir negeri sendiri tanpa BN.
Dari segi ekonomi asik menyalahkan kerajaan pusat sahaja. walhal penduduknya cari makan di negeri2 tadbiran BN.
Dari segi Islam, tak nak ikut garispanduan yang ditetapkan. Pakai serban, simpan janggut sikit, dah dipanggil ustaz. Dah boleh keluar fatwa sendiri.
Main bola pun, tak boleh kalah pulak. So main bola sendiri je lah. X payah bergaul dgn orang lain. Istihar lah diri tu johan setiap tahun. Sape pun xkan marah.
Memalukan Mekah jer. Sampah berterabur merata-rata.
Kriteria ape yg dikatakan serambi Mekah tu?

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin