Search This Blog

Tuesday, November 24, 2009

Semuanya Jadi Kacau...


Salam,


Speaker DUN terpaksa mengadu ke mahkamah. SPR juga terpaksa ke mahkamah. Mahkamah pula terpaksa membuat keputusan.


Selesai membuat keputusan, mahkamah terpaksa lagi bersidang apabila SPR merayu keputusan awal. Akhirnya, mahkamah membuat keputusan juga. Hari ini jam 2.30 petang mahkamah bersidang lagi mendengar rayuan SPR pula.


Jika gagal dalam rayuan, SPR tiada pilihan. Terpaksa menjalankan urusan PRK untuk mengisi kekosongan kerusi DUN. Pengundi tiada pilihan, suka atau tidak akan menjalankan tanggungjawab memilih wakil rakyat baru.


Pekerja parti pula akan berhempas pulas berkempen memenangi hati pengundi. Memastikan pengundi memilih calon yang diketengahkan.


Semuanya jadi kacau, gara-gara seorang YB yang sudah masuk penggal keempat ponteng sidang DUN dua kali berturut-turut. Diulang semula, YB ini sudah empat penggal menjadi wakil rakyat. Bagaimana dia boleh terlupa hadir ke sidang DUN yang memang menjadi sebahagian tanggungjawabnya?


Dicadangkan supaya setiap parti memberi kefahaman yang jelas kepada wakil rakyat masing-masing tentang pentingnya hadir ke sidang DUN. Harapnya, biarlah kes ini menjadi yang pertama dan terakhir dalam sejarah pilihanraya Malaysia.


Pilihanraya terpaksa diadakan hanya kerana YB ponteng…

3 comments:

kifli said...

SPR Kantoi. 3 Lagi Pilihanraya Selepas ini!!!!!!
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menolak permohonan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menangguhkan keputusan mengosongkan kerusi DUN Kota Siputeh di Kedah minggu lalu.

SPR akan memohon rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung penolakan penangguhan tersebut dan membatalkan pengosongan kerusi Kota Seputeh.

Kini, terbukti tiada siapa boleh lawan keputusan speaker termasuk SPR!!! ngokk punya tali barut BN. jadi, kita dah nampak keputusan mahkamah akan berpihak kepada keputusan speaker, bersedia rakyat Perak, pilihanraya Chnagkat Jering, Behrang dan Jelapang menyusul!!!

SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT!!!!!!

CIKGU said...

Assalamualaikum...

ALHAMDULLILAH.... KELIHATAN PEMIKIRAN USTAZ LEBIH BERSIFAT TERBUKA. YANG SALAH TETAP SALAH USAH DIBETULKAN DAN DIRAYUKAN.

SEKIAN.

Pemerhati said...

Tanpa PRK di Kota Siputeh, kita gagal melihat gelagat peraih undi UMNO-BN

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin