Search This Blog

Loading...

Thursday, November 19, 2009

Kalah Lagi...


Salam,


Selepas tewas di Tashkent minggu lalu, pasukan bolasepak kita kalah lagi kali ini dengan pasukan Uzbekistan. Nampaknya peluang kita untuk melihat pasukan negara beraksi di Piala Asia semakin samar.


Belum lagi dikira bagaimana negara layak menghitung kelayakan ke Piala Dunia, kita pula masih terkial-kial untuk ke Piala Asia. Pada edisi yang lalu, pasukan kita layak atas tiket sebagai tuan rumah bersama.


Telah banyak analisis dibuat dengan pasukan bola kita. Sejarahnya ada, bukan tiada. Generasi pemain terdahulu pernah layak ke Sukan Olimpik dan pernah menjadi pasukan yang digeruni di peringkat Asia. Nama-nama seperti Mokhtar Dahari, Santokh Singh, Soh Chin Aun, Hassan Sani dan banyak lagi, bukanlah nama asing di persada bolasepak Asia.


Soalnya, mengapa generasi pemain terkini tidak mampu mengulangi pencapaian cemerlang pasukan negara seperti sebelum ini?


Mungkin satu tranformasi perlu dijalankan bukan sahaja kepada pasukan ini, tetapi merangkumi keseluruhan pengurusan FAM. Mungkin jika perlu distruktur semula, mengapa tidak sahaja dilakukan rombakan besar-besaran!


Jika dinilai sambutan, bolasepak terus mendapat sokongan pelbagai pihak. Final Piala Malaysia umpamanya, terlihat keghairahan yang bukan kepalang di kalangan penyokong bola. Negeri Sembilan yang muncul juara pula menapat habuan lumayan di atas kejayaan mereka.


Sayangnya, keghairahan dan kejayaan ini tidak seiring dengan pencapaian bola negara. Nampak gayanya, kita cuma menang sorak dengan hiruk-pikuk menang Piala Malaysia...

3 comments:

CIKGU said...

salam...

Banyaknya duit rakyat dibazirkan tetapi hasil pulangannya... cukupnya mengecewakan. Alangkah bainya duit - duit tersebut dimanfatkan kepada golongan yang lebih memerlukan.Prinsipnya mudah kepentingan di utamakan. Ini juga membuktikan kegagalan kerajan BN dalam bidang sukan di negara. Aku cadangkan Menterinya dipecat... tak pandai buat kerjalah tu. Contohi vietnam, kemboja dan lain -lain negara Asia yang bajetnya tak seberapa tetapi dalam bola sepak prestasinya hebat.
JADI PENGKRITIK BOLA SEPAK PULAK AKU HARI INI TAPI TAK APALAH AKU PUN JUGA PERNAH WAKIL DAERAH SATU MASA DULU DALAM PERMAINAN INI, TAPI ULASAN NI KENA ADA BIAS POLITIKLAH KERANA NAMANYA LAMAN POLITIK.

Anonymous said...

OI CIKGU..KO NI CIKGU BETUL KA @ MENYAMAR CIKGU...KALAU CIKGU BETUL, PATUT LA BUDAK2 KITA MAKIN TERUK. CIKGU PUN TAK FAHAM BAHASA. ORANG CAKAP PASAL BOLA PUN NAK JUGA CERITA PASAL POLITIK. KALAU MACAM TU, MB KELANTAN KENA RESIGN LA PASAL KELANTAN DAHLAH KALAH, MENGAMUK PULAK MALAM FINAL BARU TU..HAMPAS!

CIKGU said...

SALAM...

KELANTAN KALAH DALAM PERLAWANAN AKHIR.. SENDIRI MAHU INGAT. JANGAN INGAT SEMUA AORANG KELANTAN ORANG PAS TETAPI ADA JUGAK ORANG UMNO.
SATU LAGI BUDAK TAK BERNAMA NI SEKOLAH MANA DULU PANGGIL ORANG MAIN OI AJE. KURANG BERADAB. SATU LAGI DAH NAMANYA BLOG USTAZ NI BLOG POLITIK.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin