Search This Blog

Wednesday, November 25, 2009

Selangor Menuju Dasar Tutup Pintu...


Salam,

Kerajaan Pakatan seringkali mendakwa mengamalkan kebebasan dan ketelusan. Kerajaan BN dikutuk kerana tidak telus, tidak bebas dan sebagainya.

Namun terlihat apa yang diumumkan oleh kerajaan Selangor, yang secara rasmi melarang penyertaan kakitangan kerajaan negeri dan pelajar di institusi pengajian tinggi miliknya hadir di program anjuran Biro Tatanegara (BTN), merupakan satu pembohongan kepada ketelusan dan kebebasan yang dilaungkan mereka.

Lihat sahaja alasan larangan ini : Program BTN sebagai "indoktrinasi kerajaan (pusat) BN untuk menimbulkan fenomena yang agak racist (perkauman) seolah-olah ingin memecah belah penduduk pelbagai bangsa dan agama."

Kata Exconya lagi, "Rata-rata (peserta BTN) termasuk anak saya sendiri, mereka kadang-kadang dibekalkan dengan buku kecil yang mengandungi pelbagai perkara yang menimbulkan kebencian kepada (pihak) yang dikatakan pembangkang kepada kerajaan Malaysia,”

Alahai Selangor, kerajaan ini nampaknya takut dengan bayang-bayang. Kalau sudah benar perjuangan Pakatan ini memang serasi dan sesuai dengan rakyat Malaysia, yang kononya bebas dan telus seperti dikehendaki Pakatan, apalah sangat yang perlu dirisaukan dengan dakyah BTN, jika benar seperti yang didakwa.

Tindakan kerajaan Selangor ini hanyalah permulaan kepada dasar tutup pintu, menghalang pelajar dan kakitangan Selangor melihat perbandingan maklumat. Soalnya, di zaman ini sesuaikah lagi dasar begini?

2 comments:

Unknown said...

Salam:-

Tutup pintupun tak guna...sampai orang masuk tak sedar. Last2 kain terbukakpun tak sedar..kah..kah..kah

CIKGU said...

Assalamaualikum...

Selamat menyambut hari raya idil adha.

SAYA MENYOKONG DASAR KERAJAAN SELANGOR.SAYA JUGA PERNAH MENYERTAI BTN DAN BERSETUJU DENGAN APA YANG DIKATAKAN TENTANG BTN. BTN IALAH SALAH SATU CARA BN NAK MEMANJANGKAN HAYATNYA.

SATU LAGI KENAPA KITA NAK BISING - BISING, HORMATILAH KEPUTUSAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR DENGAN RAKYAT NEGERINYA. KENAPA KITA PERLU SIBUK. ITU HAK MEREKA UNTUK MENJALANKAN DASAR YANG MEREKA RASA TERBAIK.IANNYA TIDAK MEL;IBATKAN ORANG LAIN PUN ATAU USTAZ SENDIRI BIMBANG TAKUT BN TAK MAMPU NAK TAWAN SELANGOR.

SEKIAN.

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin