Search This Blog

Friday, November 6, 2009

Ke Mana Langkah Dr. Jeffrey Seterusnya?

( Gambar Senjaliza )
Salam,

Dr Jeffrey Kitingan, bukanlah nama asing di arena politik Sabah. Memang cukup dikenali, terutama dengan 'aksi' beliau bertukar parti seperti menukar baju.

Satu sifat semulajadi beliau yang cukup dinngati ialah keinginannya untuk menjadi ketua dan tidak mudah berpuashati di tempat kedua. Mungkin bagi beliau, dalam mana-mana organisasi yang disertainya kerusi no. 1 'mesti' diserahkan kepadanya.

Sebab itu barangkali percubaannya mengambi alih kepimpinan parti AKAR sedikit masa lalu gagal dan ditolak oleh ahli AKAR, yang akhirnya membawa kepada pembubaran parti tersebut. Percubaan beliau menyertai Umno di Bahagian Keningau juga telah ditolak.

Maka tidak hairanlah apabila beliau bertindak meletakkan jawatan penting seperti Naib Presiden PKR, gara-gara tidak dipilih menjadi Ketua PKR Sabah. Mungkin Dr. Jeffrey boleh berdalih, namun umum memahami kekecewaan perlantikan orang lain - bukan dia - adalah punca utama krisis PKR Sabah ketika ini.

Walaupun masih menjadi ahli PKR malah masih Ketua PKR Keningau, hampir pasti Dr. Jeffrey akan 'melompat' lagi. Ke arah mana tujunya kali ini masih menjadi tanda tanya. Sama ada parti baru atau kembali rujuk kepada PBS.

Soalnya, masihkah Dr. Jeffrey berbisa seperti dulu atau pun rakyat sudah bosan dengan gelagatnya? Kita tunggu...

3 comments:

Senjaliza said...

Salam Ustaz. Sedikit fakta yang ingin saya berkongsi.

Ustaz Said "Sebab itu barangkali percubaannya mengambi alih kepimpinan parti AKAR sedikit masa lalu gagal dan ditolak oleh ahli AKAR, yang akhirnya membawa kepada pembubaran parti tersebut."

FAKTA SEBENAR.

Parti AKAR tidak dibubarkan semasa berkrisis Jeffry. Cuma Jeffrey tersingkir dari AKAR. AKAR telah bertahan bertahun lamanya selepas Jeffrey tersingkir. AKHIRnya Supreme Council AKAR dan Ketua Ketua Bahgaiannya membuat resolusi untuk membubarkan AKAR dan mereka secara in bulk menyertai UMNO. Pembubaran AKAR melalui kongressnya terakhir dirasmikan oleh Tun Mahathir dam Tun sendiri menerima kemasukkan semua ahli AKAR dalam UMNO.

USD said...

Tk Senjaliza atas pkongsian fakta. Hakikatnya begitulah wajah Dr Jefrey ni, bak parasit. Mana2 dia hinggap boleh rosak!

Rajawali said...

DR.J adalah Ibrahim ali versi sabah..semua parti yang disertainya akan rosak ataupun beliu mengundur diri jika tidak mendapat kekuasaan..rasionalnya eloklah DR.J membina sebuah patinya sendiri supaya tidak perlu memikirkan cara mendapat kekuasaan..kala ini parti baru mudah diluluskan ROS apatah lagi serpihan parti keadilan..Parti-parti dalam BN Sabah pun tidak mahu pisang berbuah berkali-kali kerana mengetahui gelagat manusia ini dan pernah berjuang bersamanya kecuali parti abangnya(PBS).ironinya syonara DR.J........

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin