Search This Blog

Wednesday, September 16, 2009

16 September Hari Malaysia!


Salam,

Hari ini 16 September, hari pembentukan Persekutuan Malaysia dengan gabungan Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Tanah Melayu. Hari ini juga adalah hari kemerdekaan bagi Sabah, Sarawak dan Singapura, bebas daripada penjajahan Inggeris.

Seharusnya hari ini menjadi hari 'besar' yang memberikan impak kepada semua rakyat Malaysia kerana pada tarikh ini pada tahun 1963, bermulalah sejarah baru negara bernama Malaysia.

Malangnya di Sabah dan Sarawak hari ini dingati sebagai hari cuti umum, dan di negeri-negeri lain hari ini adalah hari biasa. Di Sabah cuti pada hari ini dijadikan cuti sempena Harijadi Rasmi Kelahiran TYT Yang Dipertua Negeri Sabah.

Mungkin sudah sampai masanya untuk menjadikan hari ini sebagai hari yang benar-benar bersejarah, hari yang akan terus diingati oleh generasi mendatang. Sebelum ini sudah ada suara kedengaran mengangkat mertabat 16 September, namun hilang begitu sahaja.

Kita raikan 31hb Ogos sebagai Hari Kebangsaan @ Hari Kemerdekaan dan 16 September diangkat menjadi Hari Malaysia.

Mungkin selepas ini, 16 September tidak lagi berlalu sebagai hari cuti sahaja....

5 comments:

CINTA DUNIA said...

Salam ustaz,
Inilah masa yang sesuai untuk memperbetulkan sejarah pembentukan Malaysia. Sebelum 16 September 1963tidak ada lagi Malaysia, yang ada cuma persekutuan Tanah Melayu atau Malaya. Jadi 16 September perlu diiktiraf sebagai Hari Malaysia dan seluruh negara hendaklah diistiharkan cuti umum. Kita tidak boleh selamanya membohongi genarasi kita dengan fakta sejarah yang dikusutkan.

cikgu said...

Asslamualaikum ... Pada pandangan ana apa yang anta terang itulah hasil daripada kesilapan pemimpin yang meaanggap sejarah suatu perkara yang tidak penting. Generasi muda sudah tidak tahu sejarah kerana dibangku sekolah mereka dah tak belajar sejarah macam ana dulu - dulu. Kerajaan BN khas ye harus sedar yang mereka telah melakukan satu kesilapan dalam mengubal kurikulum pembelajaran anak - anak.Kebelakangan ini ustaz, yang palin malang lagi sirah Rasullah pun ramai orang Islam tak tahu dan ttak ambil tahu.

ONE said...

salam..

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI..
DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS..
MAAF ZAHIR DAN BATIN!

YANG GAMBI said...

Salam,

Selamat Hari Raya ‘Idil Fitri, maaf zahir batin.

matlan said...

asalamualaikum ustaz, ni nak bincang semula pasal 31 ogos dan 16 sept, ni saya nak cerita pasal borak2 kosong di surau lepas tarawikh, nak kecoh-kecoh pasal sembahyang 8 rakaat dengan 20 rakaat, sampai bila pun tak habis, kalau nak sembahyang 8 rakaat tak salah, kalau nak sembahyang 20 rakaat pun lagi bagus, tapi yang paling sibuk nak cari rakaat mana yang patut di buat ni kebanyakannya yang suka bercakap sahaja, golongan ini lah yang tak buat tarawikh 8 rakaat mahupun 20 rakaat, nak sambut 31 ogos, sambutlah, nak sambut 16 sept sambutlah, kan jelas 31 ogos itu hari mardeka, dan 16 sept itu hari malaysia.........nak sambut, sambutlah, nak cuti , cuti lah...tak pernah di larang, tapi ustaz aku tak pernah lupa 16 september, hari bahagia aku mendapat cahaya mata yang pertama, alhamdulillah........allah hu alam

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin