Search This Blog

Monday, September 7, 2009

Azan 5 Kali Sehari!

Salam,


Ketika menjadi pembangkang, memang mudah bagi PKR, PAS dan DAP menuding jari menyatakan kelemahan Kerajaan BN. Lagi mudah menyalahkan Umno kerana gagal menguruskan pelbagai perkara berkaitan rakyat, malah dalam segala hal berlaku dalam negara ini.


Kini ketika sudah memegang tampuk pemerintahan, baharulah gabungan tiga parti ini dapat merasai ‘nikmat’ bagaimana berhadapan dengan rakyat, yang keperluan dan kehendaknya bersifat pelbagai. Jika tidak ditangani dengan betul mungkin boleh menyebabkan kejatuhan!


Apa yang terjadi di Shah Alam, Sabtu lalu menjadi pengajaran berguna untuk gabungan 3 parti ini dalam menjalankan pentadbiran, bukan sahaja di Selangor malah di negeri lain yang dikuasai mereka. Mana pernah dalam sejarah, medan yang sepatutnya menjadi perbincangan bertukar menjadi medan melepaskan kemarahan penduduk seksyen 23 Shah Alam.


Kasihan kita melihat Menteri Besar, Ahli Parlimen dan ADUN yang diperlakukan sedemikian rupa, tidak dihormati malah di’boo’ pula. Memang perbuatan tersebut tidak baik dan tidak wajar, tetapi begitulah menifestasi apabila rakyat sudah marah. Setelah suasana menjadi tegang, baharulah inisiatif berjumpa rakyat digerakkan sedang sebelum ini banyak masa terbuang hanya untuk menuduh Umno menjadi dalang bantahan.


Sewajarnya isu sensitive berkaitan kaum dan agama tidak dijadikan taruhan untuk mendapatkan sokongan dalam pilihanraya. Berjanji memang mudah, yang payah untuk menunaikannya. Isu pemindahan kuil ini tidak akan menjadi sebegini hangat jika plan pemindahan yang dicadangkan oleh Kerajaan BN sebelum ini diguna pakai.


Isu laungan azan 5 kali sehari, sebagai balasan memindahkan kuil pun tidak akan timbul jika isu pokok pemindahan kuil ini tidak dijadikan modal politik meraih sokongan. Kepala lembu pun tidak diarak jika janji manis tidak ditabur, yang akhirnya memakan diri sendiri. Isu berbangkit lain juga tidak akan timbul jika mentaliti menyalahkan orang lain dalam segala hal dapat dikikis.


Setelah menyaksikan apa yang berlaku di Dewan MBSA Shah Alam, masih mahu menyalahkan orang lain?


10 comments:

Anak Lenggong said...

Keadaan tersebut tidak lah seterok makian..caci hamun dan fitnah daripada pemimpin dan penyokong pakatan pembangkang terhadap polis..sprm..spr dan juga pemimpin kerajaan..so sekarang ianya bakal diterbalikkan kepada puak pembangkang sebab rakyat sudah membuka mata dan dapat menilai mana yang baik..

Anonymous said...

penyokong umno semakin bodoh..tidak sedar semakin hampir ke neraka

Anonymous said...

Aku Respect pada Tan sri Khalid berani bertemu rakyat secara berdepan ....nak harap pemimpin umno batang hidung pun tak nampak .....syabas!!! Tan sri Khalid anda pemimpin berjiwa rakyat.


Azrul...

Anonymous said...

umno & kepala lembu, memalukan agama..

Anonymous said...

#Anon 1
Penyokong UMNO bijak tapi penyokong PR emosi terlebih. sabda Nabi s.a.w. Neraka Dajal adalah syurga dan syurga Dajal adalah neraka.

# Anon 2
Aku respek kt TS Khalid sbb bermuka masam bila kena boo dan juga krn sebelum ini dia ikut sekali maki hamun sesama saudara
se Islam semata kerana org itu
UMNO. Pemimpin PR mmg berani , berani kerana salah dan takot.

# Anon 3
Lagi memalukan bila PAS duduk diam bila Ronnie Liu benarkan arak di jual, peniaga Melayu dipinggirkan dan menderhaka kepada Sultan Perak serta menanam sifat patriotik melalui demoo jalanan .. ohh tak termasuk mencaci dan mencerca negara di luar negara dan menerima bantuan kewangan daripada Yayasan-yayasan zionis.

Kepada Anon-anon semua , selamat bertobat nasuha dan mufarakahlah daripada anasir Dajal. Ada berani ka ?

Yang Benar
Jas Salleh

Jas Salleh said...

Betul tu Jas ,

Anon 3 ekor tu agak nya terlebih hidu setanggi sami Hindu, takpun 3 ekur tuh dah minum susu lembu yang di mandram kat kuil, maklum ler kan falsafah dorang ialah SEMUA AGAMA ITU BENAR dan TAKDE YANG MENGATASI DAN MELEBIHI YANG LAIN , sbb depa baca kitab Al Toronawi pecahan mazhab Liberaliwati.

YANG GAMBI said...

Salam, kawan rasa anony yang buat komen pemimpin UMNO tak berani macam Khalid itu lebih bodoh dari 'kepala lembu', yang tak pernah keluar dari bawah tempurung agaknya. Tidak nampak ke, berapa ramai pemimpin UMNOa berjumpa rakyat, bukan macam pemimpin 'pakatan rompak' tahunya datang sebelah malam, tipu rakyat, kutip derma lepas tu balik tidur.....

Pooooooraaaaaah.......hanya orang bodoh sahaja yang terlalu percaya dengan kata-kata pemimpin 'pakatan rompak'.....

taheran said...

pemimpin umno jumpa rakyat berapa ramai polis ikut???ada teloorr kaaa??..cakap mcm bagus...yang gambii..u ni sudah buta hati laa sbb tu u tk nampak apa umno punya salah n bebal

Zulkarnain said...

taheran: pemimpin PR jumpa rakyat berapa ramai pendemo/unit amal ikut? baik hantar unit amal gi bersih surau ke, gotong royong ke. ade gak pekdah. aritu bincang kat dalam dewan pun pr siap bawak geng hindu lagi. siap "unit amal" & tak masuk lagi staff mbsa yang tak pasal2 jadi pak guard Pakatan Riot ni. Standard procedure la nama pun Pemimpin Malaysia, kene la ade escort. ape la punya bebal.

ko takyah la cakap orang buta hati. ko tu yang buta hati. arak dah leh jual kat shah alam, salahkan umno, dap hina islam, salahkan umno, rodziah ngan khalid luluskan kuil tukar ke seksyen 23, salahkan umno, sewa rumah pprt Selangor naik & penduduk kene halau, salahkan umno. habis ape jadah keje "pemimpin" pakatan riot ko tu? makan suap? dasar barua.

Sendiri said...

yg bising macam kera dan ungka tu bukan nya penduduk tu tapi juak-juak umeno yg gila kuasa..parti kepala lembu...tak dapat nak bezakan antara dialog dan pasar lambak...elok laa umno nie hanyut besama sampah sarap kat sungai kelang tu....

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin