Search This Blog

Tuesday, September 29, 2009

Budaya Baru Politik Malaysia!


Salam,


Kehadiran Ketua Pemuda Umno, Sdr. Khairy Jamaluddin ke Majlis Rumah Terbuka Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS mungkin mengejutkan ramai.


Walaupun amalan kunjung-mengunjung pada musin perayaan seperti Hari Raya adalah tradisi kita, namun kunjungan pemimpin utama parti yang berlawanan secara terbuka seperti yang dilakukan KJ bukanlah amalan biasa. Mungkinkah KJ cuba merintis budaya baru dalam politik Malaysia?


Kita berharap perbezaan pendapat atau pertentangan ideology di kalangan kita bukanlah halangan untuk sama-sama meraikan hari mulia yang menjadi milik bersama. Begitu juga, dalam hal kehidupan yang lain.


Hendaknya politik tidak membataskan perjuangan kita yang sama – mendaulatkan kalimah Allah di muka bumi. Berbeza tidak mengapa, tapi apa salahnya kita bersatu untuk kepentingan bersama!


Semoga semangat Aidilfitri kali ini mempertautkan ikatan ukhuwwah di kalangan kita...

3 comments:

Anonymous said...

ustaz,fenomena di atas merupakan fenomena yang biasa dan tidak mengejutkan.seperti tahun2 yang lepas, ramai pemimpin atasan parti dari BN dan PR berkunjung ke rumah terbuka sesama mereka walaupun berbeza fahaman politik. Fenomena kemesraan pemimpin politik berlainan parti juga boleh dilihat di kantin atau lobi parlimen, walaupun mereka baru saja bertikam lidah di dalam parlimen,mereka boleh merokok dan minum teh tarik sama2 di kantin. Ini tindakan profesional, berbanding dengan pengikut bawahan yang taksub membabi buta dan tidak bertegur sapa atau tidak kunjung mengunjungi di hari lebaran.

ana cikgu said...

Tak ada perkara lain nak ditengahkan ,cerita - cerita seperti ni dah basi.Kunjungan sebegini sudah lama berlaku, takkan kerana khairy maka bermula budaya baru dalam politik.Fikirlah dulu sebelum menwar- warkan antakan ustaz.

matlan said...

asalamualaikum ustaz, islam itu bersaudara, apa lagi melayu islam sesama melayu islam, di harap golongan muda yang lebih berpelajaran dan berakal ini akan membawa perubahan kepada cara berpolitik lapuk dan kotor yang di bawa oleh orang2 lama, budaya bermusuhan kerana perbezaan fahaman politik sehingga terbawa-bawa kepada perbezaan fahaman dalam beribadat perlu di buang,......kita perlu jelas di sini dan perlu tunjuk kepada DAP, MIC , MCA, GERAKAN, PBS , dan lain2, bahawa orang islam dan melayu boleh berbeza pendapat dan berbeza pandangan politik, tapi bab agama kita sependapat, setiap orang islam yang meninggal itu, hanya sedekah fatiha , bacaan yasin dan doa dari saudaranya seislam yang akan sampai kepadanya tidak dari rakan se-parti, se-pakatan, atau se-barisan yang kafir......allah hu alam

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin