Search This Blog

Monday, November 9, 2009

Cerita Pendek

Salam,

Suatu masa dahulu, seorang YB didatang oleh beberapa orang penyokong 'setia'. Tujuan mereka datang, selain untuk bertanya khabar dan bertukar fikiran, sambil membawa hajat masing-masing.

Sambil minum teh, mereka berbual...

YB : Ha Ali, Acong, Amai... apa yang saya boleh bantu kamu?

Ali : Begini YB, jambatan kayu di hujung kampung kami tu sudah reput. Kalau dapat kita baiki segera.

Acong : Jeti di kuala sungai kami tu YB sikit lagi mau menyembah bumi. Kalau ada peruntukan boleh juga kami memohon.

Amai diam tidak bersuara. Lantas menarik perhatian YB. YB : kamu Amai tiada masalah?

Amai: Malaslah aku memohon YB, janji YB tahun dulu pun belum kena tunai lagi. YB ni asyik berjanji saja...mana boleh tahan.

Ali pun menyampuk : Iyalah YB ni, permohonan kami yang dulu belum kena buat lagi.

Disokong Acong : YB ni janji saja ada... Janji sana, janji sini, susahlah kalau begini.

Suasana senyap seketika. YB mungkin mencari idea, jawapan terbaik untuk penyokong setia. Sambil melepaskan hembusan asap rokok, YB pun bersuara.

YB : Ok lah tu, aku sudah kasi janji cuma belum kasi tunai. Aku lebih baik dari 'pembangkang', durang jangankan kasi tunai, berjanji pun belum lagi...

7 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
USD said...

Sori Anon, aku x suruh ko baca...haha

cikgu said...

sambungan skrip ustaz said :

selepas itu YB itu berlalu pergi dengan keadaan egonya yang masih menebal ( dalam hatinya berkati... mudahnya memperbodohkan orang kampung. kalau macam ini mudahlah untuk terus berkuasa dekat pilihanraya nanti belanja air teh secawan, bagi kain batik , kain pelikat, duit sikit mesti menang lagi ni.)

Ali : Kau dengar apa yang YB kita katakan tadi.

Amai dan Acong : ya sahut mereka berdua.

Ali : kau faham apa yang dia katakan tadi.

Acong : Aku faham tapi agama aku kata ini tarak baik ...o, tipu punya YB.nanti mati kena pukul oh. Agama aku cakap orang macam ni tarak guna.

Amai : YB kita nanti mati kena bakar ni. cit... selalu tipu orang. cakap bagus tapi tarak guna punya orang.

Ali terus terdiam lalu termenung panjang. Amai dan acong ni boleh tahan juga pegangan agama mereka, aku ni pulak ustaz tapi tak terfikir sampai kesitu. setahu aku YB ni ada ciri - ciri munafik ni, malahan beliau berbangga pulak dengan sifat beliau,kata Ali dalam hati.

Lantas Ali bersuara :

Ali : tak baik cakap macam tu... walau macam mana dia, yang penting dia disebelah parti kita, dia yang beri kita kemewahan dan kesenangan .Soal tipu ke apa ke itu soal dia dengan tuhanlah kita jangan kacau urusan tuhan, hanya tuhan yang tentukan syurga neraka bukan kita.

Amai dan Acong : ok . Namun dalam hati mereka tertanya -tanya tuhan ke manusia yang memberi kesenangan dan kemewahan.

sekian...

USD said...

Bagus Cikgu ni, pandai2 sambung cerita. Cerpen sdh jadi cerpan. akhirnya, menjadi andaian tanpa bukti, tuduhan liar dan FITNAH.

Cikgu said...

Salam...

Nakal juga ustaz ni ye , bila dia buat cerita pendek tak menjadi andaian tanpa bukti, tuduhan liar dan FITNAH TAPI kalau ORANG LAIN terus jadi HAKIM penilai.

Cikgu said...
This comment has been removed by a blog administrator.
USD said...

Itulah ko Cikgu, ikut sedap kepala ho**k ko ja. Pandai2 ja ko sambung cerpen b'asaskan kisah benar tu. Bab sambung2 ceta ni memang korang pandai, lepas tu ditegur melenting, guna hujah agama utk defence...dunia 2x!

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin