Search This Blog

Tuesday, November 17, 2009

Pengajaran Dari Kota Siputeh...


Salam,

Terdapat banyak pengajaran yang boleh diambil dari keputusan Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur yang mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh kosong dan mengarahkan satu PRK diadakan.

1. Sebagai wakil rakyat, kehadiran ke persidangan DUN adalah satu tanggungjawab yang 'wajib' dilaksanakan. Persidangan DUN adalah platform yang sesuai menyampaikan suara nurani rakyat - bukan terpekik terlolong di jalanraya.

2. Amanah rakyat dan pengundi yang telah memilih seorang calon menjadi YB hendaklah dijunjung. Bukti menjunjung amanah ini tentulah dengan hadir dan menyertai perbahasan di sidang DUN atau Dewan Rakyat.

3. Kalau pun tidak dapat hadir atas apa jua alasan, maklumkan kepada pihak yang berkenaan. Dalam konteks ini, Speaker adalah orang yang mesti dimaklumkan. Seorang murid sekolah rendah pun tahu memaklumkan gurunya jika dia tidak hadir ke sekolah.

4. Jika sakit, selepas berjumpa doktor, berehatlah di rumah atau di tempat yang sesuai. Janganlah merayau di tempat lain sehingga kelihatan ponteng di Dewan.

5. Satu kursus untuk para YB wajar dilakukan untuk mendedahkan apa yang boleh dibuat dan apa yang tidak boleh. Kalau ya pun nak ponteng, janganlah sehingga dua kali berturut-turut.

6. Kesilapan boleh diterima, namun kesilapan yang ini adalah satu kesilapan 'bodoh', yang langsung tidak boleh diterima. Hukuman berat wajar dikenakan kepada pelakunya. Dicadangkan supaya pelaku ini 'diharamkan' untuk menjadi calon dalam mana-mana pilihanraya selepas ini.

7. Speaker pula, janganlah asyik nak tengok kesalahan lawan ja, kesalahan kawan sendiri pun kena ambil tindakan juga. Baru adil namanya...


9 comments:

mahfuz said...

Memang betul kata awak tu wakil rakyat ikut suka-suka dia saje bila dah jadi ahli ADUN. Mereka lupa amanah dan kepercayaan diberi oleh rakyat. Masa berkempen macam macam janji ditaburkan untuk menarik hati rakyat mengundinya. DS Najib kena pastikan calun yang betul betul layak dan berjiwa rakyat untuk membawa perubahan dan pembangunan di kawasan Kota Putih.
Wakil rakyat macam inilah yang selalu memberi imej buruk kepada parti. Entah berapa banyak lagi PRK akan diadakan selepas ini. Ini mungkin rezeki penduduk kawasan Batu Putih apabila ramai penyokong parti turun ke sana. Speaker pun macam confident aje parti mereka akan merebut kawasan itu. Ahli wakil rakyat BN kena pastikan juga speaker berlaku adil terhadap wakil rakyat parti pemerintah.

Cikgu said...

Salam...

Buat pertama kalinya saya bersependapat dengan ustaz. Ustaz boleh bagi tahu dekat PM tak payah buat rayuanlah.Buang masanya bagi peluang dekat orang lain jadi ADUN.

de_kerinchi said...

Assalamualaikum ustaz...

Sebenarnya tabiat ini wujud dari akar umbi lagi..rasanya ramai juga AJK bahagian yang tuang bila tiba time bersidang..kalau kat report kedatangan tu boleh dikira jumlah kehadiran sebulan...di bimbangi resmi ini akan terbawa-bawa keperingkat yang lebih tinggi....

Seorang yang menawarkan diri menjadi pemimpin harus sanggup juga memiliki komtimen yang tinggi...

kifli said...

UMNO tidor tak nyenyak akibat “tidak apa attitude” ADUN Kota Siputih.
N3: KOTA SIPUTEH:19,771
1. DATUK ABU HASSAN SHARIF (BN-UMNO) 8,160
2. Ismail Wan Teh @ Jaziz (PAS) 7,665
Maj: 495
Jumlah Mengundi / Votes cast :16,103
Peratus Mengundi/Percentage Voted :81.4
Rosak / Spoilt Votes :278
(2004: ABU HASAN SARIF (BN-UMNO) Maj: 1,573)
Ponteng memonteng di kalangan peajar-pelajar Melayu di sekolah dan Universiti telah terbawa-bawa sehingga kepada Wakil Rakyat BN Kota Siputeh, Datuk Abu Hassan Sharif.

Bahana ponteng dan ”tidak apa attitude” kerana ponteng dari menghadiri dua persidangan DUN ini, ia telah mengakibatkan UMNO dan BN terpaksa membayar kos yang tinggi kerana terpaksa menghadapi Pilihanraya Kecil ”out of nothing”.

Jika dilihat keputusan yang lepas di mana majoritinya hanya 495 kepada Datuk Abu Hassan Sharif ternyata ini akan membuat BN dan UMNO tidor tidak nyenyak kerana kedudukan BN seperti telor dihujung tanduk.

Sikap wakil rakyat ponteng dan ”tidak apa attitude” ini jelas membawa lambang sikap wakil-wakil rakyat UMNO Kedah keseluruhannya sehingga mengakibatkan mereka kalah tersepuk dalam PRU yang lepas.

Mereka ”take it easy”, ”no problem Datuk”, ”everything under control Datuk”, ”you are OK datuk”, ” we are strong Datuk”, “Kalau kurang 50% pun we still win Datuk..” inilah ayat-ayat pemusnah yang membawa mala-petaka kepada BN dan UMNO Kedah dalam PRU yang lepas.

Hari ini mereka sibuk melaung-laungkan slogan “BN Menang Kedah Senang” pula, hanya untuk menyedapkan hati pemimpin-pemimpin mereka. Mungkin PAS juga harus cetuskan satu slogan baru ”PAS Ganyang BN Terkangkang, Jong Pecah Yu Kenyang".

kifli said...

BN Menang, Kedah Kecundang



Dan kerajaan negeri di bawah PR pula boleh menggunakan tagline ini:




BN Menang, Kedah Kecundang

PR Kalah, Kedah Susah


Pada 12 November 2009 lalu, Umno Kedah telah melancarkan slogan atau tagline berbunyi "BN Menang Kedah Senang" yang kononnya bagi menaikkan semangat ahli-ahlinya supaya bekerja lebih kuat untuk menawan kembali negeri ini daripada pemerintahan PR. Bukan main hebat lagi nama tagline itu dan ia bertambah hebat, sebab yang melancarkannya ialah TPM, Muhyiddin Yassin sendiri.




Tapi BN Kedah yang ditunjangi Umno tentu tak senang duduk mendengar ucapan bajet yang disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak kelmarin. Ini kerana walaupun belum memerintah sampai 2 tahun, kerajaan PR Kedah telah membuktikan mereka tidak perlukan BN untuk menjadikan Kedah senang. Malah berdasarkan angka-angka yang dipaparkan menunjukkan BN menang bukan akan menjadikan Kedah senang, tapi akan terus kecundang! Seperti apa yang dikatakan oleh Ustaz Azizan, sepanjang jangka waktu yang begitu singkat memerintah Kedah, kerajaan negeri di bawah PR telah membuktikan banyak kemajuan:

kifli said...

Ternyata pertukaran kerajaan dari BN ke Pakatan sekarang pun tiada membawa kesusahan kepada rakyat, sebaliknya pemimpin BN yang 'susah'. Hilang banyak sumber pendapatan. Jika BN menang, tentulah juak-juak tersebut yang kenyang. Maka slogan "BN Menang, Kedah Senang" sepatut ditukar kepada "BN Menang, Kroni Kenyang".

yusz felda said...

A;kum ustaz said.. jelas SPR disalahkan.. Pakatan Rakyat dah beritahu awal salah SPR.. tapi kerana tak mahu 'ego' tercalar.. SPR degil.. mengapa anggap Pakatan Rakyat boleh 'diperbodohkan'? sekarang Mahkamah Tinggi menjelaskan kepada orang UMNO sendiri bahawa tindakan SPR yang 'sokong UMNO' membawa padah.. jika begini.. bila 'rakyat diutamakan'? ust noryusry, tawau

A Muslim said...

Assalaam muAlaikum,

"Film 786'' is a movie that Holland has made in which our beloved prophet(S.A.W.W), is made fun of.

60 million Muslims can destroy the economy of Holland by taking less than 5 minutes to forward this message so that we can answer Allah Subhana Wa Tala when He asks us what actions did you take when His most beloved (S.A.W..W) was made fun of?

Denmark is Loosing.

Please don't let this mail stop in your pc.

----------------------------------

Great News.

Hope you all know about the Denmark newspaper who made fun of our Holy Prophet PBUH and till now they do not regret... let us make them regret for good.....

The Danish Ambassador, Prime Minister and Denmark National Channel; all are trying to do something just to stop the boycott by Muslims since last month through which their losses have reached 4 billion Euro. If we continue to boycott Denmark products 7 months more it could reach around 80 billion Euro's loss.

Believers do not let this message stop in your PC. Please forward this text to as many Muslims as possible ...

Can't u spare 15 minutes in order to spread this message among Muslims ...

ASAP?

REMEMBER THE PROPHET (SAW) MIGHT ASK YOU ON THE DAY OF JUDGMENT,' WHAT DID YOU DO WHEN THEY MADE FUN OF ME? HOW DID YOU DEFEND ME?'

Boycott the following:*
7-up drink, LEGO, Cadbury chocolates, Hall Chewing gums or any product with barcode no. starting with 57*.

Please convince all Muslims to circulate this to Muslim ummah to ban Danish made products.

DIARI PKGMEN said...

1.SPR kena sedar kalau nak kelentong tu biar bertempat.Kali ni dah orang tau lagilah malu.
2.Dula masa memerintah(UBN)boleh lah ejas-ejas dengan speaker bila ponteng.Ni tak boleh ejas dah.Dah kantoi. Apa pun serahkan kepada rakyat.Nanti adalah slogan "Rakyat Kota Seputih Anak Emas Kerajaan".Mesti punya.

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin
Jahanam Israel!

Cerita Berkaitan

Blog Widget by LinkWithin